Wednesday, June 28, 2017

Sumbak dan Darak

Jom kita belajar longhat Terengganu hari ni - SUMBAK dan DARAK.

 'Sumbak' ni sebenarnya 'sumbat'.. Kalau longhat Terengganu, huruf 'T' dihujung perkataan, akan berbunyi huruf 'K'.

Sumbak maksudnya 'traffic jem/sesak sangat (Traffic congestion)'.

Contoh ayat : Jalang sumbak dari pagi tadi gi. (Jalan jem giler start dari pagi tadi lagi).

***

Darak pulak sebenarnya 'Darat'. Darak ni maksudnya 'Jakun'..

Contoh ayat :
Darak ngat mu ni (Jakun sangat kamu ni) ;

Bile orang darak turung bando, semua bende nok tengok (Bila orang jakun masuk ke bandar, semua benda terpegun nak tengok).

Hehehe.. Bunyi macam kelakar kan? Tapi itulah keunikan loghat Terengganu..
Selamat hari raya semua. * Peace*

Tuesday, June 27, 2017

My Travel Towel




Ini adalah tuala yang aku selalu bawa bila pergi travel mana-mana walaupun untuk balik kampung , hatta bawa pergi camping atau hiking..

Tuala biru tu aku punya. Yang hijau tu FL punya. Dua-dua ni tuala microfiber. Sangat ringan, sangat lembut, cepat kering dan jugak boleh lipat kecil-kecil. Microfiber towel ni disebut juga sebagai pocket towel. Sebab boleh muat dilipat kecil -kecil, muat masuk poket atau handbag.

Tuala belang biru-putih tu saiz dia sebesar tapak tangan je bila dilipat dan setinggi botol mineral yang bersaiz kecil. So kalau masuk dalam beg, memang tak makan banyak space.

Tuala biru-putih tu jenama Kathamndu, aku kirim kat Blogger John belikan kat Butik Kathmandu di Melbourne lama dulu. Tuala hijau yang FL punya tu, jenama Sea Summit beli kat kiosk yang jual peralatan untuk aktiviti outdoor kat Alamanda, Putarajaya (kiosk depan Butik Travel Time).


Monday, June 26, 2017

OOTD Hari Raya 2017





Raya tahun ni tema warna BIRU..
#teamrayabiru

Outfit mummy :
Tudung : Tudung Jalan TAR
Top & Skirt : TUCZ (Butik TUCZ kat Alamanda, Putrajaya).

Outfit FL :
Koleksi LARA ALANA dari JAKEL.

Berkeris di Pagi Raya

Suamiku hari ni menjadi Pahlawan Melayu..





Tahun ni tema raya kami - BIRU. #teamrumahbiru ..

Baju melayu tu beli kat Jalan TAR hari tu.Baju tu dijual siap dengan butang keris tu.. Tak tahu pulak butang tu tengah viral. Kitaorang beli baju tu sebab cuting dia ngam dengan en.suami.Pastu,murah pulak tu. Aku rasa tahun depan, trend butang 'wau' pulak tak pun bentuk 'bunga', ataupun bentuk 'masjid'... Ngehngehngeh...

Sunday, June 25, 2017

Eid-Mubarak 1438H!


In every shared smile and laughter, in every silent prayer answered, in every opportunity that comes your way – May Allah bless you immensely!

Eid Mubarak 1438h to all my readers.. You are always in my thoughts... Forgive me for all my wrong doings if i ever hurt you through my writtings...Thank you also for always support me and read all my words. May you enjoy every single moments on this eid-fitr..

Saturday, June 24, 2017

Berbuka Puasa di Masjid

Dulu, masa aku bujang dulu aku selalu buka puasa kat masjid. Boleh dikatakan hari - hari aku berbuka di masjid. Masjid yang paling aku suka ialah Masjid Putra, Putrajaya. Sebab kat situ suasana dia best sangat, rasa macam berbuka kat masjid di Tanah Suci. Dan mereka yang berbuka kat situ terdiri dari semua kelas masyarakat - ada yang kaya taraf pak menteri dan ada yang miskin atau asnaf. Tetapi pabila duduk makan atas tikar yang sama, kita semua adalah sama - saudara seislam yang menyembah Allah Yang Satu.

Kenapa aku buka puasa di masjid? Sebabnya aku nak barakah dan nak kumpul pahala sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan ni. Aku tak nak terkejar-kejar, nanti aku juga yang penat. Jadinya, lebih baiklah aku berbuka saja di masjid, selepas berbuka boleh terus solat magrib berjemaah. Pastu, boleh rehat kejap sementara nak tunggu azan isyak. Dan seterusnya boleh terus solat isyak dan solat terawikh berjemaah. So, tak lah terkejar-kejar nak ke masjid / surau untuk menunaikan solat terawikh jika berbuka puasa di rumah.



Pastu, bila masuk ofis esokkannya, bila kawan - kawan tanya "semalam berbuka kat mana? " (Diaorang saja tanya tanda prihatin). Jawab aku, "berbuka makan nasi kat masjid". Pastu diaorang gelak atau barangkali senyum sinis.

"Aku masa study bolehlah berbuka kat masjid, sebab masa tu tak ada duit",kata mereka.  So, adakah maksudnya, dia cuba nak kata aku ni pokai/ 'tak-ada-duit' sebab tu berbuka puasa di masjid??



Kalau aku balik kampung pulak, maid a.k.a bibik yang bekerja di rumah keluargaku akan tanya :

Bibik : "Kamu buka puasa macam mana di sana?".

Aku : "saya berbuka puasa di masjid bik".

Bibik : "Apaaaa???? (pastu gelak) "

Aku : "Kenapa bik? Kenapa bibik gelak?"

Bibik : "Kamu malas ya masak?" atau "kok mahu berjimat duit ya? "

Aku : "Tak lah bik. Saya nak senang. Usai makan, saya boleh terus boleh solat di sana".

Bibik : " Ooooowwh begitunya? "

Berdasarkan 2 perbualan yang aku nyatakan ni, aku rasa masyarakat Malaysia masih lagi mempunyai stigma yang orang berbuka kat masjid adalah merupakan mereka yang 'cheapskate' atau meraka-yang-suka-makan-free.




Jujur aku katakan yang aku sedih bila ada segelintir masyarakat yang mempunyai stigma macam tu. Sedangkan di Tanah Suci Mekah dan Madinah, berbuka puasa di masjid adalah digalakkan dan semua jemaah enjoy je berbuka di masjid, walaupun orang tu bergelar Mak Datin atau Tan Sri atau anak raja sekalipun,tidak ada langsung perbezaan taraf ketika beribadat dan masyarakat kita tidak pula beranggapan jemaah di Tanah Suci yang berbuka di masjid sebagai 'cheapskate'. Tetapi bila kat Malaysia, kenapa wujud stigma macam tu?

Kenapa kita semua tak boleh berfikiran positif jer dari duk mengata orang tu cheapskate lah, kedekutlah, nak berjimat, malas, dan yang seangkatan waktu dengannya. Kalau kita tak boleh nak buat kebaikan dan kebajikan, janganlah kita bersangka buruk pada orang yang berusaha nak mencari redho Allah. Sepatutnya di bulan yang mulia ini, kita perbanyakan berdoa dan berzikir dari bersangka yang bukan-bukan...

Aku berharap semoga selepas ini, di tahun-tahun akan datang, stigma masyarakat yang mengatakan berbuka puasa di masjid itu adalah orang yang 'cheapskate' dapat diubah kepada yang lebih baik dan positif. 

Ok lah, itu je nak cerita pasal kisah berbuka puasa. Esok dah raya, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfirti buat semua pembaca Dorsett Pink. Semoga perjalanan kalian untuk pulang beraya di kampung selamat,selamat pergi dan selamat pulang...

Terima kasih korang sebab sudi membaca entri ini.. 

P/S : Semua gambar diatas adalah di Masjid al- Hasanah, Bandar Baru Bangi..

Wednesday, June 21, 2017

Jualan Hari Raya di Car Boot Sale UPM Serdang

Dah nak dekat raya kan? Hari ni Lebuhraya dah start sibuk, orang dah start pulang ke kampung.. Esok lusa jangan cakap la, lagilah makin sesak. Jadi, rancang perjalanan anda sebaiknya. Kad Touch&Go tu jangan lupa top-up siap-siap.

Tapi dah saat akhir ni, korang dah habis shopping ke? Kalau belum, datang lah ke Univerisiti Putra Malaysia ( UPM) , Serdang. Sebab kat sini ada car boot sale, bukan student UPM yang jual tau. Semua yang jual kat sini peniaga dari luar. Memang kat UPM ni setiap hari Rabu di minggu terakhir setia p bulan ada car boot sale ni. Sehari je setiap bulan, tapi sempena raya ni, car boot sale dibuat 2 hari - hari ni & hari esok.

Bertempat di tempat parking hadapan Dewan Besar UPM. So, korang yang stay di area Bangi, Sri Kembangan, Balakong, Kajang, Putrajaya, Puchong boleh la datang sini...

Macam-macam ada jual kat sini. Ada tudung, ada blouse, ada kerongsang, baju kanak-kanak dan sebagainya. Semuanya murah-murah.








Tuesday, June 20, 2017

3 Jam Berlalu Tanpa Kata

Jam menunjukkan jam 12 tengahari. Sudah 3 jam aku memandang skrin laptop. Sepi.. Telifon? Pun sepi. Aku tak bawak handphone hari ni. Sengaja kutinggalkan di rumah. Tak nak ada gangguan.. Kononnya nak mencari ketenangan untuk menulis thesis. 

Tapi. Hampa.

3 jam berlalu tanpa sebarang perenggan baru terbentuk. Mindaku buntu. Aku cuma mampu memandang skrin laptop dengan pandangan kelam. 

Ku pandang kiri, ku pandang kanan. Masing-masing sibuk menekan keyboard laptop masing-masing. 'Banyaknya idea dia', bisik hati kecilku. Pandangan biasa di librari, semua sibuk dengan buku dan laptop sendiri. Tiada siapa dibenarkan buat bising disini namun kami dibenarkan tidur disini. Sofa empuk terbentang luas di hadapan mata, namun mataku tidak menunjukkan tanda-tanda untuk tidur...

Layu..Aku sedih.. 

Sedih mengenangkan nasib diri yang perlu menyiapkan tesis pada Julai nanti untuk dihantar kepada pihak Universiti pada September akan datang. Segalanya perlu disiapkan pada hujung Julai sebelum proses penyuntingan dibuat oleh proofreader profesional. 

Sepatutnya, ketika saat ini, jari-jariku tengah sibuk menekan keyboard ini untuk menyiapkan senaskah tesis akademik. Aku sepatutnya gusar dan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan naskah tersebut. Itulah kertas jawapan bagi peperiksaan aku. Segalanya akan dinilai dari kertas jawapan tersebut samaada lulus atau tidak.

Setelah 4 tahun masa berlalu, berhempas pulas memerah otak untuk memikirkan sesuatu yang bernilai dan setaraf dengan peringkat pengajian PhD, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Air mata telah menjadi teman seperjuangan untuk melalui tiap getir perjalanan ini selama 4 tahun ini. Hanya kepada Allah aku bersujud memohon pertolongan agar terus memberikan aku ketabahan dan kekentalan jiwa untuk aku melalui perjalanan yang penuh berombak ini. 

Dan akhirnya aku berjaya melalui setiap fasa peperiksaan dengan cemerlang. Bermula dari menyiapkan proposal untuk memohon biasiswa, proposal defense, compulsory exam dan akhirnya aku kini dalam proses menyiapkan draft terakhir tesis PhD ku ini. Namun aku masih sedih walaupun dah tiba pada peringkat ini.

Sedih sebab idea tak muncul-muncul. Dah 3 jam berlalu tanpa sebarang ayat baru terbentuk. Dan perkara ini dah menjadi norma bagi semua pelajar PhD. Terkebil-kebil tak tahu nak tulis apa.

Satu perkataan - WRITER'S BLOCK.

Ya Writer's Block! Aku pasti!

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/phd-writers-block.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/phd-writers-block.html

Writer's block adalah fasa di mana penulis atau dalam bahasa akademik disebut sebagai researcher kehilangan idea untuk menulis. macam-macam cara dibuat, namun idea yang ditanggih untuk meneruskan penulisan tidak muncul-muncul. Dan akhirnya skrin laptop hanya mampu dipandang sepi...Sepi tanpa kata.. 

Dan kuharapkan buku ini mampu menyuntik kembali semangat aku yang telah hilang. Aku menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa, Tuhan Yang Satu. Aku berdoa pada Yang Maha Besar, Tuhan Semesta Alam agar dengan penulisanku hari ni dapat mengembalikan semula momentum penulisan tesisku dan mampu menjana idea-idea yang bernas untuk aku menghasilkan sebuah tesis yang berkualiti di penghujung Julai nanti.... Amiiin...

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/phd-writers-block.html

Monday, June 19, 2017

Bersahur di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

Asyik-asyik orang share pasal tempat berbuka puasa je.... Jadinya, aku nak cerita pasal tempat bersahur pulak. Salah satu tempat di tengah bandar Kuala Lumpur yang aku rasa best la untuk bersahur - PNB Perdana Hotel & Suites On The Park. 

Saja nak lari dari kebiasaan asyik bersahur kat rumah jer, sekali sekala bersahur la pulak di luar. Bagi aku tempat ni best, sebab konsep buffet, so kita boleh makan sebanyak mana pun yang kita nak sampai perut jadi buncit nak jalan pun larat....

Pilihan makanan sangat banyak, ada nasi, ada mee goreng, ada roti, ada poridge, ada telur, ada buah, pendek kata macam-macam lah ada - macam kebiasaan makanan hotel. Pilih je yang mana berkenan. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html
 Aku makan nasi dan roti jer. Inipun dah kenyang. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/bersahur-di-pnb-perdana-hotel-suites-on.html

Mulanya aku ingat tak ada orang bersahur kat sini, tapi rupanya penuh meja sampai aku terpaksa makan kat luar. Nasib baiklah masih lagi ada meja kosong kat luar tu. Masa gambar ni diambik jam menunjukkan pukul 5.30 pagi, semua orang dah balik. And staff restoren pun tak ada jugak sebab ambik turn pulak untuk bersahur. 

Ok lah, untuk sesiapa nak kan kelainan , tak nak bersahur kat rumah, aku rekomen lah korang bersahur di sini. Tak menyesal tau korang datang sebab makanan dia pun sedaap hingga menjilat jari. Staff pun semua friendly...

Ok, kalau korang tertanya-tanya kat mana tempat ni, ianya terletak di Jalan Ampang, betul-betul sebelah dengan Menara Tabung Haji. 

Ok lah, Selamat Berpuasa semua!

Sunday, June 18, 2017

June 18

Today is my birthday. A week after my lovely princess.. You can read about it HERE.

I feel so excited for June 18 this year. The day that i'm truly waiting for. Coz u know why? Because this year i am celebrating double celebration at the same time.. My birth date is June 18 according to Masihi calendar, and i was born on Ramadhan 22 according to Hijrah calendar. So coincidently, we as a Muslims celebrate Ramadhan on June and Ramadhan 22 was yesterday and it was my born daaaayyy... Wow!!

How beautiful it is right , celebrating my birthday at the same day between islamic calendar & modern calendar.. I am a lucky girl when Lord created me and sent me to this beautiful world during Ramadhan, a month of barakah and Ramadhan 22 is a finale ten days of Ramadhan.

How wonderful it is. I was born in a moment when everybody was busy seeking for Laulatuqadr and might be i was born on Lailatuqadr's night, an holy night coz it stated on my birth certificate, 3.00 am...

Today i feel so bless. I woke up early morning, grab my phone and started to read all the Whatsapp messages one by one.. Lots of friends sending birthday wishes to me, not like years before... I do not know why they remember my birthday today 😂😂😂😂... My hubsy as usual be a first person to wish me...


I feel so special today. I do hope this birthday will bring more happiness,joy and barakah for me and my small family,including my husband & our precious, FL. May Allah swt grants us with lots of rizq and healthy life and also hoping that this day would be a start off for a greater phase of my life.. Thank you Lord for creating me and blessing my days so far... I do love You with all my heart and please forgive me for all my wrong doing.... Ammmeeenn..

Friday, June 16, 2017

Berbuka Puasa di Padi House, Putrajaya

Hari tu aku pergi buka puasa dengan my best friend, M kat Padi House, Putrajaya. Restoren ni terletak kat Bangunan Galleria di Presint 4. Kat bangunan ni ada macam-macam restoren, contoh macam Secret Recipe, Subway, etc..

So kitaorang pilih Padi House ni sebab restoren ni merupakan restoren favourite kitaorang.. Kalau bukan Bulan Ramadhan pun, kitaorang suka datang makan kat sini sebab tempat ni tak ramai orang, so tak crowded. Aku tak suka tempat yang ramai orang, nanti aku rasa tak selesa sebab sesak dengan lautan manusia.


Ni menunya. Kat sini tak ada buffet, semua ala carte je..



Jus nanas dan jus tembikai. Menggoda iman betul air ni sementara menunggu waktu berbuka..




Inilah makanan kitaorang masa berbuka tu. Semua sedap hingga menjilat jari. Aku sangat recommend la tempat ni untuk sesiapa yang nak cari tempat makan or tempat berbuka di area Putrajaya.

Alhamdulillah! Syukur kepada Allah Taala atas nikmat rezeki yang diberikan semasa berbuka puasa..

So, selamat berpuasa semua.
Thank you for reading.