10 Hari Menjelang Syawal

in , by dorsett pink, June 14, 2017
Rasa baru je masuk 1 Ramadhan semalam, sedar-sedar ni dah masuk 10 hari terakhir kita berpuasa. Tak lama lagi nak raya dah.. Kejaaap nye.. Pejam-celik-buka-sahur dah pun nak raya.. alahaai..

So kiranya madrasah Ramadhan kita ni dah masuk term 10 malam terakhir. Kalau dah final 10 malam tu, maksudnya malam Lailatuqadar tu dah hampir sangat dah..

https://sd.keepcalm-o-matic.co.uk/i-w600/keep-calm-and-find-lailatul-qadr.jpg
Pic Courtesy - Google Image


Kebiasaan rutin aku di tahun-tahun lepas (sebelum aku dikurnikan cahaya mata), biasanya 10 hari terakhir ni aku berkampung kat masjid; iktikaf. So, kereta aku akan jadi almari baju untuk sumbat pakaian untuk tempoh 10 hari. Jadinya, aku akan gosok baju siap-siap 10 pasang, pastu gantung je kat dalam kereta. Dalam beg pulak, packing barang untuk tidur e.g toiletories, towel, sleeping bag, baju sejuk, telekung etc. Buka puasa & sahur, makan je kat Masjid. Alhamdulillah, semua masjid menyediakan keperluan makan tu.

Then, semua kelengkapan tu aku sumbat masuk kereta pastu bawak lah pergi kemana sahaja kakiku melangkah. So kiranya aku tak balik umah dah la selama 8 hari tu (biasanya tak sampai 10 hari sebab nak balik raya), nanti hari last jer balik untuk ambik baju balik raya.

Memang meriah masjid 10 malam terakhir tu. Best sangat-sangat. Masjid yang paling aku suka lepak ialah Masjid Putra, Putrajaya & Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Masjid Negara pun best gak, not bad... Siap boleh dapat kawan baru lagi masa berkampung tu..

Mungkin bagi sesetengah orang, nampak cara ni macam pelik. Tapi untuk orang yang dah biasa dengan situasi macam ni, tak pelik pun, OK jer. Especially kalau pergi Mekah, memang biasalah tido kat masjid malam-malam , pastu terus sahur je kat perkarangan masjid. Kalau kat Tanah Suci lagi meriah. But, kat malaysia pun best jugak.

Dulu, aku selalu tengok parents siap bawak anak-anak lagi iktikaf kat masjid, pastu pagi-pagi anak-anak tu mandi & bersiap pergi skolah. Itulah rutin harian diaorang untuk 10 hari tu. Ok jer aku tengok. Anak-anak kalau kita dah biasakan sejak kecik dengan 'perkampungan' masjid, InshaAllah diaorang lagi dekat dengan Rumah Allah.

Tapi kalau anak yang masih kecik macam FL ni aku tak yakin la lagi untuk bawak pergi iktikaf. Sebab faktor keselamatan & keselesaan. Sebab kat masjid (kebanyakan masjid di Malaysia), pasang airkon sejuk giler, sejuk tu macam rasa sejuk tahap dewa siap kena pakai baju tebal lagi. FL tak tahan sejuk, nanti dia demam & selsema, so better dia duduk kat rumah. Nanti bile dia dah masuk sekolah rendah nanti, aku bawak lah dia beriktikaf. So, untuk masa ni, aku pun tak pergi iktikaf tu, tunggu FL besar dulu baru aku akan sambung rutin tu balik. Tapi aku qiam kat rumah lah.

InshaAllah, perhaps kita semua dapat merebut ganjaran LailaturQadar tu. Rugi tu kalau terlepas.. Pahala masuk mencurah-curah.. 

http://www.biseworld.com/wp-content/uploads/2015/07/Happy-Shab-e-Qadr-Night-Wallpapers.jpg
Pic Courtesy - Google Image
SHARE 14 comments

Add your comment

  1. Menunggu malam Lailatul Qadr.

    ReplyDelete
  2. INSYAA ALLAH MOGA KITA PEROLEH NIKMAT BERTEMU LAILATUL QADAR...KIRIMAN DP KAK DH TERIMA...TKSH BANYAK ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Akhirnya sampai jugak. Risau saya takut tak sampai

      Delete
  3. betul,... rasa rindu dengan ramadhan pula.. sebak dah nak terpisah dengan ramadhan

    ReplyDelete
  4. bestnya idea iktikaf mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat sangat miera.. Miera cuba la buat

      Delete
  5. Cepat je kan masa berlalu hurm , thun ni rasa macam cepat gila Ramadhan berlalu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. A'ah kejap betul masa pergi. Dah nak raya dah ni. Huhu

      Delete
  7. wah, first time dengar pengalaman iktikaf dekat masjid sampai simpan baju siap2 dalam kereta. macam menarik. =)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE