Tuesday, June 27, 2017

My Travel Towel




Ini adalah tuala yang aku selalu bawa bila pergi travel mana-mana walaupun untuk balik kampung , hatta bawa pergi camping atau hiking..

Tuala biru tu aku punya. Yang hijau tu FL punya. Dua-dua ni tuala microfiber. Sangat ringan, sangat lembut, cepat kering dan jugak boleh lipat kecil-kecil. Microfiber towel ni disebut juga sebagai pocket towel. Sebab boleh muat dilipat kecil -kecil, muat masuk poket atau handbag.

Tuala belang biru-putih tu saiz dia sebesar tapak tangan je bila dilipat dan setinggi botol mineral yang bersaiz kecil. So kalau masuk dalam beg, memang tak makan banyak space.

Tuala biru-putih tu jenama Kathamndu, aku kirim kat Blogger John belikan kat Butik Kathmandu di Melbourne lama dulu. Tuala hijau yang FL punya tu, jenama Sea Summit beli kat kiosk yang jual peralatan untuk aktiviti outdoor kat Alamanda, Putarajaya (kiosk depan Butik Travel Time).


18 comments:

  1. senang kan bila ada barang barang khas untuk travel. i pun sediakan toiletries and towel utk travel. tapi yg biasa je lah. tak suka guna hotel punya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh. Ada gak kawan sy jenis tak suka pakai towel hotel. Saya kalau pergi hotel, tak bawak towel sendiri, travel towel ni cuma bawak kalau pergi travel yang tak duduk hotel

      Delete
  2. jimat space la kalau boleh lipat kecik2.. hehe. akak DP dah macam model towel dah

    ReplyDelete
  3. Senang dan jimat space kalau boleh bawa tuala camni untuk travel. MOdel comellah. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Memang senang bawak towel sendiri siqah. Lagipun towel ni cepat kering

      Delete
  4. Memang sesuai untuk travel kecik je bila lipat

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah praktikal la bawak towel microfiber ni utk travel nadhie

      Delete
  5. kena beli satu ni..hotel bajet selalu takde towel, saya bawak towel baby yang ada kat rumah ni je.tapi kena bawak kain batik jugaklah sekali.Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kalau selalu travel, better bawak towel microfiber ni.. Kalau kat hastel backpacker tak disediakan towel, kalau nak guna yang diaorang punya kena bayar, so untuk save duit better bawak towel sendiri

      Delete
  6. Bagus juga ada towel boleh lipat kecil2 camtu DP, senang bawa sbb LZ lebih selesa guna towel sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah lz. Senang bawak towel ni sebab dia senang kering dan boleh lipar kecik2 masuk beh, tak makan space

      Delete
  7. nice sharing.. should fine one for myself.. mmg selalu towel la makan space dengan baju sejuk.
    tapi kadang2 main brani je tibai towel yg hotel sediakan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT, traveller yang selalu travel wajib ada towel ni.. So memang CT pun wajib beli. Hihi

      Delete
    2. Kalau stay Kat hotel takpe,towwl disediakan tapi kalau stay kat guesthouse atau kat hostel backpacker, memang kena pakai towel sendiri...

      Delete
  8. Comel je bila jadi model towel..haha

    ReplyDelete
  9. towel sesuatu yg penting.
    gi mana pun, selai towel yg aida boleh capai wajib ada.
    maklum la, beranak kecik.
    good idea la on jenis towel tu, DP.

    p/s : model towel yg menawan :) ha ha

    ReplyDelete