S.O.P Sebelum Keluar Rumah

in , , by dorsett pink, July 28, 2017
FL : Amy nak kuar tak? (Mummy nak keluar tak?)

Mummy : Nak

FL : 
OK .
Gi andi lu,
Inum cu lu, 
Ido lu, atu ukar aju, baru kuar. 

(OK. 
Pergi mandi dulu,
Minum susu dulu,
Tido dulu, pastu tukar baju, baru boleh keluar).

****************************************************

Errrmmm.. itulah ayat FL setiap kali dia ajak aku keluar rumah (pergi jalan-jalan).
Dia tak kata da nak keluar, dia akan tanya 'mummy nak keluar tak'. 
Kalau mummy jawab tak nak, dia paksa gak suruh jawab NAK (nak la amy, nak lah amy) ..

Kan senang kalau dia cakap je - 'mummy, jom keluar' .

So, ayat-ayat tu dah jadi Standard Operating Procedure buat FL bila nak ajak mummy keluar. Sebab mummy dulu selalu cakap kat dia macam tu. hehehe. Sekarang dia pulak cakap kat mummy. Tapi dia la yang buat semua 'task' tu, bukan mummy. heee

Kalau ngan daddy dia, lain sikit ayatnya. 

TIPS Rambut Tak Berbau Walaupun Berhijab

in , by dorsett pink, July 28, 2017

TIPS ELAK MASALAH RAMBUT GUGUR DAN RAMBUT BERBAU HAPAK

Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung. Seperti yang kita tahu, rambut ibarat mahkota bagi orang wanita. Bila ada masalah rambut gugur dan masalah rambut berbau hapak, so ramailah yang runsing. Akulah salah sorang nye!

Kali ini, aku nak share ngan korang tips untuk menjaga 'kesucian' rambut korang walaupun korang berhijab.  Senang je tips ni, tak banyak modal yang diperlukan. Korang baca sampai habis dan share kat kengkawan. Sebab banyak tips-tips ni korang boleh cuba sendiri kat rumah.

 

Tips Penjagaan Rambut Agar Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur

  1- Gunakan Sikat Bergigi Jarang Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Bila rambut asyik sangkut je, tu yang rambut akan mudah gugur. Untuk mengelakkan rambut gugur masa sikat rambut tu, apakata korang cuba sapu serum rambut yang boleh melicinkan rambut korang. Contoh serum tu macam FreshR. Korang boleh tengok kat website ni untuk info lagi: www.freshr.my   

2- Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. So bila rambut dah tak kusut, senang la nak syampu kan dan tak perlu nak tarik-tarik rambut tu. Just sapu dan ratakan je. 
3- Tocang Rambut Sebelum Tidur Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur. Kalau korang tak tocangkan rambut tu, ada potensi masa korang bangun tidur rambut dah berterabur atas bantal / katil dah. 
4- Makan Makanan Tinggi Protein Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut! Selain mengambil pemakanan yang tinggi protein, korang juga boleh menyapu bahan-bahan yang tinggi protein serta nutrien lengkap untuk rambut korang seperti menyapu minyak argan, jojoba, aloe vera dan juga minyak kelapa dara. Kalau korang nak beli satu-satu bahan ni, agak mahal dan susah nak jumpa. So apakata korang beli je 1 produk yang dah ada kesemua bahan ni. So korang boleh try tengok produk FreshR ni: www.freshr.my
 
5- Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara. Kalau nak lagi cepat, korang duduk depan kipas. So tak ada haba, tapi angin dari kipas akan tolak air pada rambut korang dan membuatkan rambut lebih cepat kering. 
6- Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.
7- Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh! Korang juga boleh cuba guna FreshR sebab serum rambut FreshR ni boleh bantu mempercepat pertumbuhan rambut korang dan dalam masa yang sama menguatkan akar rambut korang sebab adanya kandungan argan dan jojoba oil. 
8- Pakai Minyak Kuatkan Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. Untuk penjagaan lebih baik, gunakan produk yang mengandungi pelbagai nutrien penting untuk rambut termasuk argan oil, aloe vera extract dan juga virgin coconut oil. Korang boleh try produk FreshR ni untuk cuba bantu kuatkan semula akar rambut korang. Dapatkan info lanjut produk FreshR disini: www.freshr.my
 
9- Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.
10- Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari
Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.
-

Tips Penjagaan Untuk Elak Rambut Berbau Hapak

Sebagai perkongsian dan manfaat tambahan untuk korang semua, disini dikongsikan 8 tip mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk atau rambut berbau hapak terutama bagi kalangan wanita yang berhijab atau bertudung. Senang je tips ni, tak perlu mengeluarkan apa-apa modal yang mahal pun. Korang just perlu baca sampai habis je.   Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya. Hasilnya kalenjar ini akan megeluarkan minyak. Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau-bauan lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang juga mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak nerfikiran negatif. Jom kita tengok apa 8 tips untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.   

 1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar. Pastikan rambut kering sebelum memakai sebarang produk atau memakai hijab / tudung. Boleh gunakan minyak rambut yang sesuai seperti FreshR sebelum memakai hijab / tudung. Dapatkan info FreshR disini: www.freshr.my
 
2# Sikat dan Sisir Rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik. Semasa nak sikat tu, kalau rambut tersangkut di skala 4 atau 5 atau 6, korang boleh juga sapukan sedikit minyak atau serum rambut yang sesuai seperti FreshR. Serum FreshR bukan sahaja membantu menghilangkan masalah bau hapak di rambut korang, tapi dalam masa yang sama boleh membantu melicinkan rambut korang kerana terdapat bahan nutrien untuk rambut seperti argan oil dan juga jojoba oil
3# Guna Air Sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.
4# Minum Banyak Air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh. Apabila suhu tubuh meningkat, maka rambut korang akan mula mengeluarkan bau daripada haba yang keluar dari liang roma di kulit kepala. Oh ya, dalam masa yang sama kalau korang nak sejukkan kulit kepala korang, boleh cuba sapu sedikit minyak serum rambut FreshR dan ratakan bagi meresap dalam kulit kepala. Selain ada argan oil dan jojoba oil, Serum Rambut FreshR juga ada kandungan minyak pudina yang menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala korang. 
5# Kurangkan Makanan Pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau. So kalau kebetulan korang keluar rumah, ada makan makanan pedas-pedas, jangan lupa bawa FreshR Serum Rambut dalam beg korang. Senang, kalau kulit kepala dah start gatal dan berbau tu, terus je sembur sedikit kat kepala korang. Terus segar semula rambut yang berbau hapak tadi. 
6# Cuci Rambut Setiap Hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria. Selepas mandi, lap kering dan sapu serum rambut FreshR agar memastikan kesegaran rambut korang terjaga sepanjang hari. Serum rambut FreshR ni mampu bertahan sepanjang 12 jam. Rambut korang terus segar tanpa bau. 
7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Jadi elakkan stres yang keterlaluan. Kalau korang stress, terus urut-urut sikit kepala tu sambil picit-picit, sapu sikit FreshR. Bau dia yang wangi dan aroma pudina yang sejuk tu akan menyegarkan kepala korang. Secara tak langsung, masalah stress korang tu akan berkurang dan rambut kembali segar. So bila stress kurang, rambut segar, kepala ringan dan wangi, korang punya prestasi kerja pun akan meningkat!


SERUM RAMBUT FRESHR - Merawat Masalah Rambut Gugur dan Rambut Berbau Hapak

 

 

Klik Gambar Untuk Order[/caption]   


Okay, dari tadi dah sebut pasal FreshR kan? Mesti korang tertanya-tanya apa benda lah FreshR ni. Meh sini nak cerita sikit. Korang baca sampai habis kat bawah ni tau!

Apa tu FreshR?

FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress.   Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. Ekstrak semburi atau juga dikenali sebagai Swertia Japonica berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga boleh mengelakkan keguguran rambut dan memulihkan sel rambut yang telah rosak.    

FRESHR mengandungi beberapa jenis minyak. Antaranya ialah minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu untuk melindungi rambut daripada kusam dan berbau yang terdedah kepada matahari. Ia juga menyuburkan rambut dan boleh dijadikan sebagai conditioner kerana ia jauh lebih cepat meresap beranding dengan conditioner yang sedia ada di negara kita. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menaikkan warna rambut sekaligus menyihatkan kulit kepala kita. Dengan adanya minyak kelapa dara, rambut akan lebih lembut dan tidak mudah kering.  

Minyak argan juga merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan FRESHR. Seperti yang diketahui, minyak argan mempunyai banyak fungsi. Minyak argan berfungsi untuk mengurangkan masalah keguguran rambut dan sekaligus mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baru. Minyak argan juga membantu menjaga kulit kepala agar selalu bersih dan menghilangkan kelemumur.  

FRESHR juga mengandungi gel lidah buaya atau dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu menghitamkan dan memberi kilaun pada rambut kita. Ia membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan tidak kusam. Selain itu ia juga mengurangkan kesan berminyak pada rambut kita. Kebanyakkan produk penjagaan rambut akan mengakibatkan rambut lebih berminyak namun fungsi gel lidah buaya di dalam FRESHR ini adalah untuk mengawal minyak pada rambut.   

Selain itu, FRESHR jugak mengandungi Minyak Jojoba yang merupakan tumbuhan asli berasal daripada Arizona Selatan. Minyak Jojoba membantu merawat masalah rambut kering dan dapat menghilangkan kelemumur di kepala. Minyak Jojoba juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut patah serta rambut bercabang. Hasilnya, rambut akan lebih kuat daripada sebelumnya dan tiada lagi masalah keguguran rambut. 

  

FRESHR bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. Ini kerana FRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian.   

Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari.   FRESHR merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi 5 jenis bahan asas untuk keperluan nutrisi rambut anda yang bukan sahaja mampu mengatasi masalah rambut, malah boleh melegakan sakit kepala, migrain dan juga stress. 

So kalau korang tercar-cari satu produk yang ada kombinasi banyak bahan yang tinggi nutrien untuk rambut korang, FRESHR adalah jawapannya!   

Korang nak cuba FreshR? Okay, jangan tunggu lama-lama. Terus klik laman web FRESHR: www.freshr.my

 

Atau korang boleh juga terus order melalui talian telefon: +60173673630 (korang klik je nombor ni guna phone korang dan terus wasap untuk beli) 

 

TESTIMONI FRESHR

 

Penatnya Menjawab Soalan PERMATA Pintar (PCIS)

by dorsett pink, July 27, 2017
Semalam FL berjaya melaksanakan Ujian Permata Pintar (PCIS) yang dikendalikan oleh UPSI dan UKM dengan jayanya melalui online..... Ujian ni dibuka dari 15 Julai hingga 30 Ogos 2017.

Tujuan ujian ni ialah untuk mencari kanak-kanak pintar warganegara Malaysia yang berumur antara 2 - 4 tahun. So, soalan-soalan yang diberi semuanya soalan IQ test untuk menguji IQ diaorang.. Kalau sesiapa yang berjaya, akan terpilih untuk menyertai boot camp yang dijadualkan pada November / Disember 2017 nanti.

Aku saja je suruh FL buat test ni, alaaa saja suka-suka.. Macam main game gitu.. Budak-budak kan suka benda yang fun.. Nak terpilih tu aku rasa agak susah, sebab ramai giler kot kanak-kanak dalam Malaysia ni yang bijak-bijak. Yang sekolah international school tu confirm nye hebat.. Tapi kalau terpilih, aku anggap ia sebagai bonus...

Soalannya sangat banyak... Huhu.. FL ni jenis tak boleh fokus lama-lama, dia cepat hilang fokus. So bila dia dah bosan tu, jawab satu soalan - dia gi lompat-lompat, lepas jawab satu -pergi main, lepas jawab satu-pergi makan. Pendek kata, nak completekan test tu, berchenta la.... Sejam lebih jugak la ambik masa untuk FL siapkan...



Aku rasa, ada lebih 40 soalan kot.. Tapi kita boleh stop dulu kalau penat, pastu sambung bila-bila.. Bukanlah kena one-short terus siapkan semua.

Mula -mula soalan senang, makin lama, makin susah.... As a parents, kita tak boleh bagitau kat anak apa jawapan sebenarnya, kita cuma boleh terangkan soalan je kat dia dan tekan jawapan yang dia bagi. Jawapan tu terpulang pada anak apa yang dia rasa dia nak jawab..

Kalau soalan pasal animal, FL berjaya menjawab dengan cemerlang sebab dia pecinta binatang, tapi soalan pasal block-block dia memang FAIL! Sebab aku tahu dia bukan jenis technical-person. Kalau bagi dia main Lego, dia main carca-marba je ataupun last-last dia suruh mummy daddy bina 'bangunan' dia, ataupun dia terus tinggalkan je lego tu, pergi main benda lain.. Untuk FL, permainan LEGO sangat membosankan dia.. Dia lebih suka aktiviti yang relate to art & craft..

Ini antara contoh soalannya :












Pastu bila dah berjaya siapkan semua, FL dapat sijil👇.

Yeaayyyyy.. At least dapat gak sijil ok lah.. 1 jam lebih dia buat test ni 😔😔..

P/S : Kalau nak ambik test ni, korang pergi je ke ' pcis.upsi-ukm.edu.my '.

Macam mana nak join IKRAM?

in , by dorsett pink, July 26, 2017
Ok, sebelum aku jawab soalan topik ni - Macam nak jadi ahli Ikram? Lebih baik aku terangkan dulu apa itu IKRAM? kat ENTRI SEBELUM ni aku dah bagitau apa yang dimaksudkan dengan Ikram. Takpe, kali ni aku explain detail sikit pasal IKRAM. 

 Website IKRAM - www.ikram.org.my

Ok, Ikram ni ialah sebuah Pertubuhan NGO yang bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah islamiah dan membangunankan islam dari sudut fizikal, sosial dan rohani di negara ni.  Ianya merupakan pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. Ikram ni merupakan NGO Islam yang terbesar kat Malaysia pada masa ini.  Setiap negeri ada pertubuhan   Ikram ni.  Pastu pulak, ikram ni dibahagikan kepada kumpulan - kumpulan kecil.  

Boleh dikatakan kebanyakkan ulamak-ulamak di Malaysia ni adalah merupakan ahli Ikram.  Bukan saja ulamak, malah ikram turut dianggotai oleh ramai profesional dan pelajar seperti doktor, arkitek, lawyer,  engineer,  cikgu, nurse, pilot dan segala macam orang la.  Suri rumah pun ramai yang join Ikram.  

So, ikram ni ada kumpulan-kumpulan kecil untuk manage aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kumpulan tersebut. Contoh macam ada kumpulan 'Wanita Ikram', 'Hidayah Centre Foundation', 'MyCARE', 'IKRAM-MUSLEH' dan macam-macam lagi. 


Contohnya, Ikram-Msleh, bertanggungjawab untuk membangunkan menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan sistem pendidikan Islam, contohnya macam membangunkan sekolah-sekolah Islam, membangunkan kolej dan universiti Islam. Antara institusi pemdidikan dibawah kendalian IKRAM_MUSLEH ni ialah macam Sekolah Islam Al-Amin, Pusat Pendidikan Hira', Pusat Pendidikan Al-Itqan dan banyak lagi.


Hidayah  Centre Foundation bertanggungjawab untuk mengendalikan program-program yang berkaitan dengan dakwah Islamiah kepada orang bukan Islam termasuklah untuk para mualaf. Kalau ada orang bukan Islam nak masuk Islam, Hidayah Centre ni lah yang uruskan.

Macam MyCARE pulak bertanggungjawab untuk membantu umat Islam dinegara-negara tertentu macam di Palestin, di Syria, di Iraq, di Nusantara. MyCARE ni tebahagi pula kepada kumpulan-kumpulan kecik lagi, contoh macam Aqsa Syarif, I4Syria, Salam Iraq, Nusantara Cara. Jadinya, setiap satu kumpulan tu bertanggungjawab untuk membantu umat Islam di negara-negara tersebut. 

I-Bantu (Ikram Bantu) pulak berperanan untuk membantu umat Islam di Malaysia macam contoh bantu mangsa Bencana Banjir, bantu pelajar-pelajar Islam yang susah, bantu mangsa-mangsa tanah runtuh dan sebagainya. 

Ok, so macam mana nak join IKRAM? Sesiapa pun boleh join IKRAM. Nanti boleh join aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Usrah pun ada.

Pergi je ke website IKRAM - www.ikram.org.my , boleh register untuk join IKRAM secara online.

Klik kat 'Keahlian' , then klik pada 'Permohonan Keahlian Online'. Senang Kan?? Ada bayaran keahlian tapi tak banyak lah.

Jadinya, kalau duit kita yang kita sumbangkan pada IKRAM, confirm duit yang disumbangkan tu akan digunakan untuk jalan Islam. InshaAllah, ia saham kita untuk Akhirat nanti. Macam pembangunan sekolah dan hospital tu semua, semua dibuat menggunakan duit yang orang-ramai dan ahli IKRAM sumbangkan. Semoga usaha kita yang sedikit hari ini, akan menambahkan saham kita untuk masuk ke syurga Allah kelak.

P/S : IKRAM bukan pertubuhan POLITIK. So, sesiapa je dialu-alukan join IKRAM .

Travelogue New Zeland 2017 | The Quake City

in , , by dorsett pink, July 25, 2017

Christchurch City yang terletak di wilayah Canterbury, New Zealand juga dikenali sebagai Quake City. Sebab Bandar ni pernah dilanda gempa bumi teruk pada 22 Februari 2011, 6.3 skala rithcer. Since then, Bandar Christchurch dah bertukar rupa 360 darjah.  Masa aku pergi hari tu, masih nampak lagi kesan gempa bumi tu. 

http://www.dorsettpink.com/2017/07/travelogue-new-zeland-2017-christchurch.html

Sekarang ni Bandar Christchurch sedang dalam proses redevelopment. Fasa pembangunannya dibuat sikit-sikit mungkin sebab kekangan kewangan. So, redevelopment di Christchurch ni bermula kat 'Re-start Mall'.

Restart Mall ni merupakan pusat bandar Christchurch yang menjadi tumpuan pelancong dan menempatkan banyak butik. Korang nak cari Butik All Black, kat sini tempatnya. 

http://www.dorsettpink.com/2017/07/travelogue-new-zeland-2017-christchurch.html


RESTART MALL ni guna container jer. hanya untuk sementara waktu sahaja sebelum bangunan konkrit mampu didirikan. Walaupun hanya kabin, tapi designnya sangatlah bombastic. Urban Designer, Urban Planner wajib datang sini, ada banyak benda yang kita boleh belajar kat sini especially tentang urban redevelopment dan urban regeneration as well as image of the city of Quake City yang ada elemen-elemen the sense of place dan urbanscape yang sangat welcoming.

Jom kita layan gambar-gambar di Restart Mall, Christchurch.

Cafe

 Food Court



 Lepak kat sini sambil layan live band

Kalau nak shopping cenderahati, better shopping kat Restart Mall ni. 
Sebab melalui pemerhatian aku, kat South Island, kat Christchurch ni yang paling murah harga souvenir nya.

 Cafe


 Post Box



 Kedai-kedai. Kat sini ada banyak kedai art

Kedai Kopi
 
 Kedai ais-krim

Kacang kat kedai ni sangat sedap. Siyes! Tak tipu!

 Tempat makan

 Kedai minuman

Bank

 ATM Machine

 Urban sculpture at Restart Mall



Kat sini pun boleh sewa basikal..
Even kalau bawak basikal sendiri pun, banyak je tempat parking basikal disediakan.
 


 

 Public Toilet

Ok, dah habis dah Restart Mall, meh kita layan gambar-gambar kat sekitar Pusat Bandar Christchurch pulak.

Ini Landmark Christchurch. Scuilture ni dibina berilhamkan obor sukan Olimpik.
Kat Christchurch ni ada banyak urban artwork a.k.a urban sculpture.
So, untuk peminat seni especially architect and urban designer,
Christchurch amat sesuai untuk korang!




Ini asalnya ialah church. Skrang masih lagi dalam pembaikan ekoran earthquake tu.

  
Masih banyak lagi kesan earth quake di Christchurch yang wujud sehingga kini - Ini salah satunya.


Ini bangunan lama di Christchurch yang tidak terjejas.

Hari tu, kitaorang spend masa kat sini almost 2 jam setengah je. Lepas tu, kitaorang bergerak ke Lake Tekapo. Dari Christchurch ke Lake Tekapo ambik masa 3 jam.

So, entry seterusnya aku akan sajikan korang dengan keindahan Lake Tekapo. Sangat-sangat marvelous. Duduk situ, rasa tak nak balik dah.

So, stay tune for my upcoming NZ's story.
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE