Kenanganku Bersama Lomografi

by dorsett pink, July 07, 2017
Aku ni pencinta kamera. Suka dengan bidang fotografi ni tapi tak ada hati lagi nak beli kamera DSLR. Entahla, tak tahu kenapa. Kalau orang lain memang gilerkan dslr tapi tidak aku. Aku tak kisah pun orang pakai kamera cap apa, berapa harga, lantakla.. Aku tak berminat nak ambik tahu.

Yang aku tahu cuma aku suka ambik gambar untuk kepuasan diri sendiri. Ambik gambar guna handphone pun bagi aku dah sangat-sangatlah bahagia.

Disebabkan kegilaan aku untuk ambik gambar, satu masa dulu, aku pernah menceburkan diri dalam bidang lomografi. Masa tu lomografi a.k.a LOMO tengah hot kat Malaysia, tapi tak famous lagi lah. Ramai lagi orang tak tahu apa itu lomo pada ketika itu sehinggalah kamera digital biasa dan kamera handphone ada function 'lomography'.

Dikalangan kawan-kawan aku, mereka agak hairan kenapa aku gilakan lomo. Ye lah, lomo ni sangatlah old school. Nak kena beli kodak, bukannya murah, pastu nak kena cuci pulak. Semua tu kos. Pastu, ko tak cukup ada 1 kamera jer, at least nak ada 2 kamera atau lebih. Semuanya tu kos. Pastu pulak, kalau tersalah ambik gambar, dah burn dah filem tu. Pendek kata, main lomo ni memerlukan kos yang tinggi.

Kalau dslr, sekali tu je beli kamera, kalau rasa nak upgrade, simpan duit, boleh upgrade nanti-nanti. Kalau tak ada budget nak beli kamera mahal, boleh beli kamera murah dulu. Tapi sebenarnya bidang fotografi memang guna kos yang tinggi kalau betul-betul minat.

So sebab tak tahan nak tanggung kos lomo tu, aku pun biarkan je kamera lomo tersadai kat umah. Last skali aku guna lomo masa aku pergi HongKong tahun 2012. Tapi balik HongKong tu, aku tak gi cuci pun filem lomo yang aku dah snap kat sana, sebab malas nak pergi kedai gambar. Jadi, berkuburlah ia.

Semalam tertengok balik album lomo ni, jadi rindu pulak dengan zaman tu.



Ni album lomo aku. Aku buat khas untuk letak gambar-gambar hasil lomografi jer.
Gambar masjid kat cover tu pun aku yang snap sendiri.



Aku masih lagi simpan filem-filem yang aku cuci dulu. Tu semua kenangan.

Dulu, masa tengah gilakan lomo, aku siap join club lomografi lagi. Event-event lomo semua aku pergi. Cuma tak masuk contest jer sebab contest lomo ni perlukan kos yang tinggi untuk cuci gambar banyak-banyak dan buat poster guna gambar yang dicuci tu.

Aku pun sanggup travel seluruh semenanjung Malaysia, ikut kelab fotografi aku sendiri. Ahli kelab tu tak ramai - 6 orang jer. Dalam kelab tu ada yang guna dslr, ada yang guna lomo. So kami bergabung dan share skill dan imu fotografi with each other dan yang paling best kitaorang semua 1 kepala, so memang syok la. Semua kepala gila-gila.



Ni salah satu kamera aku - LC-A+. LC-A+ ni asalnya dari Rusia. Masa tu aku beli kat Kinokuniya KLCC. Harga kamera ni masa beli dulu RM1000.

Selain dari LC-A+ aku jugak pernah ada kamera lomolitos, mini diana dan lubitel.



Sampai skrang masih lagi simpan kotak 'mini diana'ni. Sebab bagi aku dia rare dan kenangan. Susah dah nak dapat kotak ni lagi sekarang.

Aku ingat lagi masa aku hiking ke Bukit Broga satu ketika dulu, ada sorang budak tu tanya aku (budak tu maybe student universiti kot),dia tanya apa tu? Aku cakap la pasal lomo ni. Pastu dia gelak, dia kata dia suka kamera digital, zaman skrang tak ada dah orang pakai kodak. Guna digital lagi senang, boleh ambik beribu-ribu gambar, gambar tak jadi tekan je butang 'erase'.

Ye memang senang! Kalau dah minat tu, dia tak kira senang ke susah, lagi susah lagi lah best, baru ada cabaran. Tapi kalau ko tak berjiwa sangat dengan fotografi, memang ko akan nampak pakai kodak ni susah. Very old school gitu.

Tanya lah kata mana-mana fotographer profesional, diaorang mesti lagi suka dengan fotografi old school. Lagi berjiwa rasanya. Tapi sebabkan peredaran zaman, so semualah kena ikut perubahan masa.

Aku bersyukur sebab dapat suami yang sangat supportive,yang faham akan kegilaan isteri dia ni. En. Suami tanya gak aku tak nak beli dslr ke. Aku cakap tak nak lagi buat masa skrang sebab malas nak bawak kamera berat-berat. Sekarang aku baru nak berjinak dengan DSLR. Banyak benda yang aku kena belajar. Bila dah pro baru aku beli dslr nanti. Skrang ni aku pakai mirrorless kamera je dulu.

Nantilah aku cerita pasal kamera digital aku pulak.

Terima kasih korang sebab sudi baca!
SHARE 19 comments

Add your comment

  1. woww.. syioknye simpan lagi ehh

    ReplyDelete
  2. CT suka gak tapi bukan professional syok sendiri saja suka camera.. satunya benda2 cemni mahal and sangat cepat membiak.. tak terkejar. tak pernah ada camera Lomo tapi ada kawan pernah kasi pinjam guna Diana F sekali hehe..

    ReplyDelete
  3. ingat zaman kegemilangan lomo ni,tapi sekadar pandang jelah, tak join je. bukan passion kita kan. tapi seronoklah tengok hasil kerja kawan-kawan. memang kreatif dan berseni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat eh.. Hehehe.. Skrang jarang dah tgk org aktif ngn lomo

      Delete
  4. wow! kagum mrs pip dgn passion DP.
    mrs pip beli satu kamera lomo murah, rm25 jer ..
    beli pasal cute .. kaler pink ..
    tapi tak pernah guna ..
    lepas tu tak tau letak kat mana after
    dah kawin coz byk kali pindah rumah :( ...

    ReplyDelete
  5. wow.. dulu mmg lomo femes.. sy pernah tulis pasal kamera lomo dulu kat blog sampai kontroversi la. haha..
    sekarang ada lagi ke komuniti yang guna lomo? atau dah berkubur terus ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla miera, saya dah tak ambik tahu pasal kelab lomo tu... Mungkin ada lagi kot

      Delete
  6. BV teringin nak ada kamera lomo sejak zaman sekolah menengah lagi. tapi belum kesampaian lagi hajat tu. sebab tu masa dulu memang suka edit2 gambar style lomo nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh ye ke bv. Takpe, lepas ni bv boleh beli kamera lomo tu

      Delete
  7. Setuju dengan DP. Ambil gambar guna phone pun dah rasa bahagia sangat. Hehe. Siqah tak pandai guna DSLR. Tak nak belajar pun. Hii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan bahagia kan walaupun ambik guna hp. Hehe

      Delete
  8. Saya pun peminat Analogue. Saya pakai Yashica MG-1 je sekarang ni. Tapi lama jugaklah tak pergi menembak pun. Makin mahal la kos nak develop 35mm sekarang ni. InsyAllah nanti nak restore balik camera tu n ingat nak cari analogue SLR.

    ReplyDelete
  9. Sama macam ayah saudara Eyda...suke camera... dulu kecik2 dialah cameraman kami.

    ReplyDelete
  10. aida ni takde la suka sgt fotografi.
    just sejak beranak-pinak ni, suka amik gambo diorang.
    first ada camera digital pun tahun 2005 dulu kala.
    sebelum tu memang guna camera kodak jenama biasa-biasa.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE