'Saya dah doa, tapi jodoh tetap tak datang'.
'Saya dah lama kahwin, tapi masih belum ada ada anak, berdoa hari-hari doa'.
Ayat kat atas tu selalu kita dengar kan. Most of the time, ayat tu kita sendiri yang ungkapkan. Kalau pasal bab jodoh tu. Memang ramai la yang risau especially kalau nak menginjak usia ke 30 series. huhu. Tapi nak buat macam mana, dah jodoh belum datang.
Credit to http://menatahidup.com/
But, jangan putus asa k! Berdoa je selagi mampu.Bukan susah pun doa, kat mana-mana boleh berdoa. Dengan syart yakinlah bahawa Allah swt yang MENGATURKAN SEGALANYA. YAKINLAH PADA ALLAH.
Dulu, aku pernah terdengar kata-kata dari Ustazah Nor Barhiyah dalam Rancangan Semanis Kurma TV9. Ustazah tu bagitau yang sebenarnya Solat Taubat tu lagi penting dari BERDOA.
Maksudnya, kita wajib minta keampunan dari Allah swt dulu atas segala dosa-dosa yang kita pernah lakukan termasuk dosa kecil , apatah lagi dosa besar. Mungkin ada dosa yang kita buat tanpa sengaja contoh macam BERBURUK SANGKA pada orang lain, atau ter-mengumpat. Barulah doa kita senang dimakbulkan oleh Allah.
Mungkin tanpa sedar, kita ada banyak buat dosa kecil. Siapa tahu kan? Kita ni manusia biasa jer, sangat kerdil dan sangat jahil. Kalau Rasulullah saw, Kekasih Allah pun selalu bertaubat mintak keampunan dari Yang Maha Esa, kita lagi lah berpuluh-puluh kali kena minta ampun dari Allah.
So, mungkin juga DOA kita belum lagi dimakbulkan oleh Allah swt, sebab kita masih lagi ada hutang tak berbayar dengan Allah.
Contoh macam ni lah, ada kawan kita mintak tolong kita, contoh macam dia nak pinjam RM 5,000 kat kita, dia memang perlukan sangat duit tu ketika itu, dan kita pun ada duit sebanyak tu masa tu. Tapi sebabkan kawan kita tu dah banyak sangat sakitkan hati kita - banyak , terlampau banyak. Agak-agak, nak ke kita ni tolong kawan kita tu??? Nanti kalau kita bagi RM5000 tu, entah-entah dia buat hal lagi.. huhuhu..
So, sama jugak dengan Allah swt. Kalau kita dah banyak sangat buat dosa (apa yang Allah larang buat), Dia pun mungkin susah juga nak bagi hajat yang kita minta tu.
So, jadinya, eloklah kita Sembahyang Taubat dulu, kalau boleh jadikan solat taubat tu amalan kita, then lepas tu kita mintaklah doa banyak-banyak dari Allah.
Credit to http://www.azhan.co/
Pastu lagi satu, antara sebab doa tak makbul ni ialah - kita TAK YAKIN dengan Allah.
Maksud aku ialah, kita tak berapa yakin doa kita tu didengari oleh Allah Taala dan kita tak berapa yakin kita akan dapat apa yang kita minta (melalui doa) tu.
Bila kita tak yakin, Allah susah nak bagi apa yang kita minta tu. Seolah-olah macam orang tu tak yakin Kuasa Allah tu Maha Power boleh bagi apa sahaja yang diizikanNya.
Contoh macam ada kawan kita datang kat kita, minta nak pinjam kereta Ferrari kesayangan kita. Tapi kawan kita tu sendiri tak konfiden dia boleh bawak kereta Ferrari, ye lah biasanya duk bawak Kancil jer. Ni tetiba nak rasa bawak Ferrari. Dah lah dia sendiri tak konfiden, kita pun was-was gak, 'dia ni pandai tak ni bawak kereta ni, nanti aku bagi kang, langgar tiang lampu pulak'.
So, kalau kita nak minta something kat Tuhan, eloknya kita sendiri kena konfiden akan apa yang kita minta tu dan kita sendiri kena konfiden akan kekuasaan Allah dan konfiden bahawa Allah akan makbulka hajat kita.
Lepas dah buat semua usaha tu, lepas berdoa tu, barulah kita tawakal jer. dapat tak datang belakang kira, janji kita dah berusaha sehabis mungkin. Yang penting, jangan PUTUS ASA! Teruskan berdoa selagi kita masih belum dapat apa yang kita nak tu.
Ingat! Allah swt suka HambaNYa meminta-minta dariNya.
Taubat..doa..usaha..tawakkal..
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian..moga bila kita sentiasa bertaubat..doa doa kita Allah terima tanpa hijab.
Terima kasih PC sebab sudi baca dan share something.. TQ TQ
Deletetq kak untuk sharing ni..
ReplyDelete*muhasabah diri saya sendiri*
Sama-sama kita muhasabah miera
Delete