Ok, hari ni aku nak cerita pasal kos bersalin kat Hospital Pakar Annur, Bandar Baru Bangi. Jngan ingat aku baru bersalin tau. hehe.. Ni pengalaman 3 tahun lepas, masa aku bersalinkan FL dulu. Baru hari ni ada kudrat nak cerita pasal hospital ni.....
Setiap orang akan merasai pengalaman berbeza-beza kan. So ini pengalaman aku, pengalaman orang lain , lain lah ceritanya.. Aku hanya share cerita aku je..
Ok, sejak aku mula preggy, aku memang buat antenatal check-up kat hospital ni. Aku pilih Dr.Khamsiah. Sebelum aku mengandungkan FL, aku pernah miscarriage. Tak ada rezeki, takpe. Masa first pregnant tu pun , aku check-up ngan Dr yang sama jugak.
Aku suka Dr.Khamsiah sebab dia lembut jer dan sangat friendly. Dia tak pernah marah aku. Setiap kali check-up, dia akan hulurkan tangan dulu untuk bersalam, sama jugak bila kita nak keluar dari bilik Doktor. Pastu dia borak santai-santai jer, dia buat kita ni macam kawan dia jer. Tu yang best tu.
Best bila dapat jumpa doktor, tapi tak bestnya bila tempoh menunggu nak jumpa doc tu.. Ya Allah!! Lama giler. Aku rasa sama lama ngan tahap menunggu kat Klinik Kesihatan. Aku pernah datang pagi, petang baru dapat jumpa doktor.. Pastu jumpa tak sampai pun 20 minit 😞..
Selama 9 bulan mengandung, aku bersabar ngan masa menunggu yang lama tu.. huhu..
Biasanya
bil rawatan di Klinik O&G Annur ni, dalam lingkugan dalam RM150 -
RM 250. Depends pada ubat. Kalau harga ubat murah, murah la bil. Kalau
harga ubat mahal, mahal la bil. Kalau hari kena ambik darah, mahal sikit
la..
Kalau
di Hospital Annur ni, walaupun kita dah pilih Dr.Khamsiah sebagai gynae
kita, tapi tak semestinya kita boleh deliver ngan dia. Depends pada
waktu on-call Doktor.
Sebab
prosedur bersalin di Hospital Annur ni, dia tengok doktor mana yang
on-call (kalau lepas waktu office hour). Masa waktu office hour, kita
boleh jer nak bersalin ngan doktor favourite kita, tapi kalau di luar
waktu kerja, terpaksalah kita bersalin ngan mana-mana doktor yang
'on-call' masa tu even kita dah 9 bulan check-up ngan doktor pilihan
kita. huhu.
Masa kes aku dulu, masa hari EDD aku, Dr.Khamsiah
yang bertugas 'on-call'. So, dia nak induce aku sebab tengok progress
bukaan rahim 1 cm sejak seminggu tak bergerak-gerak.. Aku serah diri jer
lah. Aku serah diri jer, lagipun aku memnag nak sangat deliver ngan
Dr.Khamsiah.
Labor
progress ku smooth. Ubat pertama yang Doc masukkan terus bagi kesan
pada bukaan rahim sampai aku dah tak tahan nak menanggung sakit
contraction. Terus je aku minta epidural, dan terus dibawa masuk ke
labor room. Alhamdulillah everything was fine, aku dapat bersalin secara
normal. Thank you Epidural. hihi.
Kat dalam labor room, staff sangat friendly dan baik-baik. Dari midwife, staff nurse, semua baik-baik, siap bawakan aku makanan suruh makan, ambil tenaga katanya. Kurma dan air zam-zam memang sentiasa dibekalkan pada pesakit. En.Suami potong tali pusat baby, pastu terus midwife suruh en.suami azankan baby dan tahnik (lepas baby dah dicuci). Aku memang salute dan berterima kasih dengan layanan baik staff-staff kat dalam labor room. Dr.Khamsiah pun sangat best. Memang betul la dia tu pro.. Relaks je doktor, bila baby dah 'tercirit' masa kat dalam rahim. Dia cuma kata kat aku - 'awak tak yah risau, everything would be ok'..
Kat dalam labor room
Bila dah bersalin, terus dibawa masuk ke ward.. Kat ward tu, aku tak puas hati la sikit dengan keadaan wad. Bising!
Kebetulan masa tu ada contruction. Biasalah mak baru lepas bersalin,
memang emosi. Pastu pulak, air-kond banyak kali terputus. Panas giler
la.. Geram nya aku. Tapi kitaorang bayar harga bilik FULL Price! Tak
dapat diskaun!.
Staff
kat ward ni junior lagi, bila tanya apa-apa - tak tahu. Bila mintak
apa-apa, lambatnya lah benda yang kita mintak tu boleh sampai. Pastu,
makanan tak best, ada makanan yang tak sesuai untuk orang bersalin
makan. Aku ada komplen pasal makanan, pihak hospital cakap - makanan ni
diaorang hire catering, so pihak hospital terima je apa yang diaorang
masak.. huhu... Senangla kerja macam tu.
Aku stay kat hospital 2 malam. Sebab Pediatrician nak pantau baby selama 24 jam - tu memang prosedur hospital ni.
Sebelum aku admit, kitaorang kena bayar deposit. Depositnya RM 2500 sebab aku request bilik single. Dia kata, RM 2500 ni ialah pakej bersalin bilik single
di Hospital Annur ni. OK lah, not bad lah RM 2500. Kalau ada bayaran
tambahan pun, kitaorang ingat dalam RM 3500 la kot sebab aku ambik
epidural.
Masa nak discharge hari tu, dapat bil - terkejut ! RM 5000 ++.. Harga bilik langsung tak ada diskaun. Dengan keadaan bilik macam tu, aku rasa patutnya pihak hospital bagi diskaun.
So,
aku cakap la kat en.suami, maybe harga macam tu sebab epiduural kot.
Dia kata tak- sebab epi hanya RM 800.. Ok takpelah, kitaorang bayar je
RM 5K tu.
Pastu,
aku cakap kat en.suami, kalau aku tahu bill macam ni, awal-awal lagi
aku pilih Hospital Gleneagles, Jalan Ampang. Pernah baca review, harga
bersalin kat Hospital Gleneagles pun RM 5K jugak. errmm..
Mana telifon? Tinggal wayar je
Guna tali je untuk letak shower
Sorry katil bersepah. Masa ni tengah berkemas.
Takpelah, benda dah lepas. So, untuk next pregnancy, kemungkinan aku tak pilih Hospital Annur dah kot. Aku suka Dr.Khamsiah, tapi tak larat nak menunggu...
Aku pernah dengar ada kes, bersalin secara LSCS kat Hospital Annur ni , bill sampai RM 9-RM 10 k. Ada tu emergency caeser , bill mencecah RM 11 k... Adduusss.. Boleh kata - kat Annur ni mahal jugak lah... huhu..
*** Kalau mahal, setimpal dengan kualiti service yang diberikan takpe.
*** Kalau mahal, setimpal dengan kualiti service yang diberikan takpe.