Friday, August 25, 2017

Cara Merangsang Perkembangan Otak Si Manja Untuk Menjadi Genius Matematik

Aku dan En.Suami masa kat sekolah dulu suka sangat ngan subjek matematik. Even sampai sekarang pun, kami masih suka matematik, cuma tak ambik PhD dalam Matematik jer.. Nanti bosan pulak duk belajar math jer dari zaman sekolah sampai zaman universiti.

So, kitaorang pun kalau boleh nak jugak anak-anak kitaorang sukakan MATEMATIK gak. So, stimulation otak si manja ni kena mulakan sejak si manja lahir lagi. Rangsangan dari kecik tu sangat penting sebab perkembangan otak si manja sangat aktif dalam masa 7 tahun pertama ni, sebab ketika 7 tahun pertama inilah (sejak lahir hingga umur 7 tahun) sel-sel otak baru banyak terbentuk dan senang untuk si manja nak catch-up benda-benda baru.

So, apa yang kitaorang buat untuk stimulate sel otak FL supaya dia suka matematik?  

Aku rasa kaedah ni menjadi la jugak. Alhamdulillah, sejak FL umur 2 tahun, dia dah boleh kira nombor 1-10. Skrang ni umur dia 3 tahun, up sikit sampai nombor 20. Cuma tambah-tolak aku belum ajar lagi. Tunggu tahun depan baru boleh ajar. 


1. Flash Card Titik Merah
Aku sebenarnya tak tahu apa nama kaedah ni. Jadi aku buat la nama dia  'Flash Card Titik Merah'. hahaha. Pakar kanak-kanak atau Pakar Early Childhood Development, maafkan aku k kalau salah. hehehe.

Ambik kertas berwarna PUTIH. Pastu, ambik marker warna merah, then buat bulatan-bulatan.
1 bulatan = No.1
2 bulatan = No.2
3 bulatan = No.3

Kiranya, satu kertas, 1 bulatan. Kertas kedua, lukis 2 bulatan, kertas ketiga lukis 4 bulatan, dan begitulah seterusnya.. Kenapa kena guna colour MERAH? Sebabnya otak kecik si manja hanya boleh capture warna putih dan warna merah saja pada peringkat permulaan. Warna-warna lain, otak belum dapat capture lagi.

Ataupun kalau tak nak guna kertas putih, ambik kertas warna merah dan lukis bulatan tu guna warna putih. Sebab macam aku cakap lah tadi hanya WARNA PUTIH & MERAH SAHAJA yang dapat dicapture oleh bayi.

Stimulation ni aku buat sejak dalam pantang. Pada peringkat ni, kita bukan nak ajar si dia PANDAI MENGIRA tau. Kita CUMA NAK STIMULATE SEL OTAK KIRI dia je dulu.

So, cara nya macam ni. Baringkan si manja, then imbaskan kertas putih ni satu-satu pada mata si manja sekejap je. Satu kertas dalam kiraan 5-10 saat jer. Pastu tukar ke kertas yang seterusnya , pun sama dalam kiraan 5-10 saat jer. 

Repetition is a vital in baby's development progress. So, repeat la kaedah ni setiap hari sehingga korang rasa bosan. hahahhahaha... 

2. Guna Flash Card
Bila dah habis pantang, aku rasa masa FL umur 50 hari kot, aku upgrade sikit bagi FL tengok flash card pulak.


 Actually, ummi aku yang paksa aku ajar FL guna flash card ni. Masa tu kebetulan kat kampung. Flash card tu pun ummi aku yang belikan. 

Flash card tu, just tunjuk card yang ada gambar simple-simple jer. Dan tempoh masa pun sama jugak dalam kiraan 5- 10 saat untuk satu kad.

3. Guna Soft Toy
Bila umur si manja dah makin meningkat. Bagi dia mainan soft toy yang macam macam gambar bawah ni  . Aku tak tahu apa nama mainan ni. Soft toy ni ada jual kat Early Learning Centre (ELC) sebelah Mothercare. Kat Toy R Us ada jugak kot.


Soft toy ni gunanya untuk merangsang perkembangan motor skill, coordination skill si manja dan juga merangsang perkembangan otak KIRI.

Bagi baby pegang stick tu, pastu suruh dia masukkan ke dalam lubang pada kad tu. Sambil tu ajar dia count 1,2,3 dan seterusnya. Ransangan coordination skill ni penting untuk membentuk kemahiran koordinasi pada anak-anak,contohnya macam nak bawak barang di tangan but dalam masa yang sama  kena fokus pada obstacles yang ada disekeliling, contoh lain macam nak drive kereta perlukan koordinasi mata + tangan + kaki pada masa yang sama.

Bila si manja berjaya siapkan task tu, bagi pujian dan tepukan, diaorang mesti lagi happy dan bersemangat nak 'main'.


4. Ajar Mengira Objek di Sekeliling
Bila tiga kaedah diatas dah lepas, step seterusnya ialah ajar anak mengira objek. Mulakan dengan benda yang simple. Contoh, kira berapa biji buah epal yang ada depan mata dia. Pada peringkat permulaan, just count 1-3 dulu. Repeat dalam 1-2 minggu, pastu naikkan 1-5, pastu 1-10, pastu 1-15, dan begitulah seterusnya. 

Repetition is a vital. So, hari-hari kena praktis anak-anak ni mengira objek-objek tu. Macam hari ni kira epal, esok kira buku pulak, lusa kira kerusi. Pada peringkat ni, jangan ajar lagi diaorang kira nombor-nombor dalam buku tu because it seem to complicated for a baby. Ajar kira objek yang depan mata dia dulu.

Gambar ni kat Farm In The City, Seri Kembangan. 
Bila dia tengok binatang-binatang ni , kita encourage dia untuk kira berapa bilangan binatang tu. 
Pastu, bila diaorang berjaya kira dengan tepat, bagi pujian dan tepukan. 
Diaorang mesti bersemangat lagi nak kira. hehe

Lepas diaorang dah fasih nombor 1-10, 
baru ajar diaorang kira nombor-nombor yang ada dalam buku tu, 
contoh macam buku 'Mari Mengenal Nombor' ; 'Counting Animal' etc. 


5. Main Game Nombor
'Main game mengenal nombor' ni supaya si manja bukan 'MENGHAFAL'. Hafal ni maksudnya dia cuma tahu mengira ikut turutan, kalau kita bagi nombor secara rawak, dia tak tahu tu nombor apa. 

https://i.ytimg.com/vi/VlirHO3iwh4/maxresdefault.jpg

https://ae01.alicdn.com/wsphoto/v0/1236188947_1/Baby-toy-digital-numbers-puzzle-eva-foam-mats-pad-play-game-patchwork-mat-toys-30cm-30cm.jpg
Sumber imej : Google Image

Ini antara contoh toys yang parents boleh guna. Pick up any numbers secara rawak, dan tanya pada anak 'itu nombor apa?'. Ulang-ulang main ni sampailah diaorang kenal semua nombor-nombor tu.

Macam aku cakap mula-mula tadi, at the beginning, just ajar diaorang counting 1-3 dulu, pastu bila diaorang dah fasih, kira pulak 1-5, pastu 1-8, pastu 1-10, pastu 1-15, dan begitulah seterusnya.

************

Ok, sampai sini saja entry ini. Aku harap perngkogsian aku dapat membantu parents-parents lain jugak. Entry ni jugak untuk rujukan aku di masa akan datang. Maybe next entry, aku share macam mana nak ajar si manja kenal ABC / Alphabet pulak kot. 

Thank you for reading anyway.. happy weekend u all.

23 comments:

  1. Terima kasih..boleh PC share dengan adik beradik dan kawan-kawan ni.

    ReplyDelete
  2. Nice info..i namanya je ada early childhood education background tp dah ke laut semua hahahah

    ReplyDelete
  3. PC : welcome PC. Hopefully ia membantu k

    ReplyDelete
  4. KaK Min: hehe. saya pun masih belajar kak min.banyak lagi ilmu parenting yang saya kena belajar ni

    ReplyDelete
  5. PERKONGSIAN BERMENFAAT NI RANGSANG MINDA ANAK MENGIRA SEJAK KECIL LAGI

    ReplyDelete
  6. baguih entri ni.. awat tak kuar awal heehhee... nak dpt sorang lagi dah tak der dah ni... tapi mmg masa ada baby kita excited nak explore dengan anak. yg penting kita mak pak kena fokus pada dia... huhuh wpun makin besar .. makin susah.. gud job DP

    ReplyDelete
  7. Bagus tips ni.. nampak macam main tapi at the same time sebenarnya Sia sedang Di ajar matematik. Bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ni kaedah belajar sambil bermain.. Budak2 lagi suka

      Delete
  8. good sharing. boleh cuba kat anak next. eh? 🤣

    ReplyDelete
  9. bagus, good info., tapi anak2 wak dh besar2 belaka., kene buat anak baru nih., hikhik2

    ReplyDelete
  10. bagus idea idea ni.. saya guna kepit baju je

    ReplyDelete
  11. Saya suja entry ni. Kalau saya ada baby memang saya follow ni.

    ReplyDelete
  12. Nice sharing kak
    Nnt boleh try kt ank

    ReplyDelete