Weekend hari tu, aku and my big famiy bercuti ke Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, kat Sungkai, Perak Darul Ridzuan. Family holiday yang ke-3 untuk tahun ni. First kat Grand Lexis, PD, pastu kat New Zealand, and last skali yang terbaru ni kat Sungkai.

Pilihan tempat ni, macam biasa, en.suami yang pilih. Kitaorang ikut jer. Kami semua 10 orang dewasa campur ngan 2 kanak-kanak.

So, en.suami book Villa 3 bilik. Yang best nya, villa ni ada private jacuzzi dan setiap bilik ada bathroom sendiri. So, tak berebut toilet la.

  

Private jacuzzi kat barkyard.  
 
 Ini landskap kat backyard. Cantik! Tenang je mata nengok.

 Aku suka landskap kat sekitar villa kitaorang stay tu.

 
 Ni villa kitaorang dari depan

 Ni depan villa. Kat depan ni ada tasik dan ada taman. So, pagi-pagi boleh jogging sini


 Ni permandangan sekitar villa 


 Ini bilik superior

 Ini master bedroom

 Kitchen ada disediakan kettle, peti ais, dapur gas, periuk nasi. So boleh masak-masak. Tapi periuk nak masak tak sedia, pinggan mangkuk pun tak ada. So sesiapa yang berhajat nak bercuti kat sini dan nak masak sendiri, silalah bawak segala peralatan sendiri. Kitaorang hari tu tak masak, makan kat cafe jer.



 Ada bathtub kat dalam master bed room

 
Living room. Tak ada internet. Cuma ada Tv + Astro je.

Yang best nye, sesape yang stay sini, boleh beli tiket masuk ke Hot Springs dengan harga istimewa - boleh dapat harga murah.

Dan yang bestnya jugak, Hor Srpings tu hanya depan Villa kitaorang jer. Berjalan je beberapa langkah dah sampai. Tak perlu nak drive kereta.
 
 Ni kat Hot Springs. Skrang Hot Springs ni dah buat banyak playground untuk budak-budak. Sangatlah children-friendly. So, sesuailah bawak anak-anak kecik datang sini. 

FL pulak setiap masa ajak kitaorang datang sini. Almaklumlah, depan rumah jer.. 

 Kat sini ada banyak gazebo. Memang pengunjung yang datang sini, akan bawak makanan sendiri dan picnic. 

 
  Kat kolam ni air tak panas, so budak-budak sesuai lah mandi-manda kat sini

 
Ni kolam air panas yang betul-betul panas. Sesapa yang ada masalah kulit, eloklah berendam kat sini. 
 
 
 Ni tempat rebus telut. Telur boleh dibeli kat sini. 6 biji - RM 5. Kalau nak beli 30 biji - RM 20. Selain telur, nasi lemak, maggi , mee pun ada dijual. Air kat sini suhu 90-100 darjah celcius.

 Kat kolam ni air suam. huhu.. Agak panas lah, tapi tak sepanas kat tempat rebus telur tu.
Sesiapa yang ada eczema, sesuai lah mandi kat sini.

Cousin aku eczema tahap kritikal, rash satu badan dari kaki sampai kepala, selalu berulang-alik buat berndam kat hot springs ni, lama-lama hilang dah eczema tu. So, sangat reccommended la untuk sesapa yang ada masalah sakit kulit datang sini. 

Kat sini pun ada tempat archery. ATV pun ada, tapi berbayar la semua tu. 
Selain tu, kat Sungai Klah ni, ada aktiviti water rafting dan waterfall. 
Nanti, full itenerary aku share kat entry lain.

Ini Cafe Meranti - tempat kita orang makan-makan. Sepenuhnya, under Felda.  Not badlah makanan kat sini. Sedap!

 Muka baru bangun tidur. Tak mandi - terus datang makan. 
Ini menu wajib (breakfast) dia kalau makan kat hotel. 
Makanan lain dia tak layan.

Kat kafe ni ada playground gak. So, FL memang suka lah.

Selain dari penginapan jenis Villa, kat Felda Residence Hot Spring ni jugak ada bilik penginapan macam bilik hotel. Ada bilik superior, bilik deluxe.  
Kalau korang nak book, book je kat booking.com ataupun kat agoda.


 Pendek kata, percutian 3 hari 2 malam kitaorang ni memang sangat awesome - Seronok!
Hari Jumaat check-in, hari Ahad check-out. 
Nanti aku share full itenerary kat entry lain. 

Sebelum shoot balik KL. 
Kitaorang singgah makan kat Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. 
First time makan nasi bambu. 
Nanti aku share k pasal nasi bambu tu.

Salam Jumaat u all.
SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Hari tu pergi tp tak menginap , pergi time takde org mmg kolam besar tu kami yg punya haha best sini , relax dan tenang duk dalam hutan

    ReplyDelete
  2. besar jugak villa ni.. tak pernah stay sebab rumah MIL punya la sekangkang kera.. klu pergi sini pon balik rumah mak mertua.. hahaha

    ReplyDelete
  3. ehhh dah de plyaground.. dulu takde lagi

    ReplyDelete
  4. wahh bestnya cantik juga tempat nie boleh masuk wishlist next holiday family

    ReplyDelete
  5. orang perak pun belum sampai sampai lagi..huhuhuu

    ReplyDelete
  6. wahhh, bestnye, rasanya ada sorang kbba update pasal tempat ni jugak, seronok! hehe, tapi sungkai tu..haihh...jauhnya!

    ReplyDelete
  7. Best sangat ni.. seronok hot springs besar gila..

    ReplyDelete
  8. Cantik tempatnya. Boleh pergi nanti :)

    ReplyDelete
  9. Siqah nak pergi sini nanti. Tahun lepas, FIL pergi sini tapi tak boleh join sebab tak dapat cuti. Sadis betul T_T

    ReplyDelete
  10. wahh sonoknyer mandi manda sg klah tuuuu., mesti sejuk n nyaman kann., ;p

    ReplyDelete
  11. aduh..internet slow x dapat load gambar. nanti datang balik

    ReplyDelete
  12. menarik landskapnya..penuh kehijauan..suka2..

    ReplyDelete
  13. Wah..bestnyaaa...nk kena ajak family la mai bercuti kt sni

    ReplyDelete
  14. nampak mmg mcm best, n bab mandi kolam tu memang seronok ..dah lama dah tak mandi kolam ...tetus rasa nak pergi mandi kolam kat hot springs nun di Ranau ...

    ReplyDelete
  15. The information you have posted is very useful. The sites you have referred was good. Thanks for sharing this: best hot tub gazebos

    ReplyDelete
  16. Nice blog! Keep it up. Thanks for sharing it with us.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE