Tuesday, August 29, 2017

Kos Bersalin di Hospital Pakar AnNur Bangi

Ok, hari ni aku nak cerita pasal kos bersalin kat Hospital Pakar Annur, Bandar Baru Bangi. Jngan ingat aku baru bersalin tau. hehe.. Ni pengalaman 3 tahun lepas, masa aku bersalinkan FL dulu. Baru hari ni ada kudrat nak cerita pasal hospital ni.....

Setiap orang akan merasai pengalaman berbeza-beza kan. So ini pengalaman aku, pengalaman orang lain , lain lah ceritanya.. Aku hanya share cerita aku je..

Ok, sejak aku mula preggy, aku memang buat antenatal check-up kat hospital ni. Aku pilih Dr.Khamsiah. Sebelum aku mengandungkan FL, aku pernah miscarriage. Tak ada rezeki, takpe. Masa first pregnant tu pun , aku check-up ngan Dr yang sama jugak.

Aku suka Dr.Khamsiah sebab dia lembut jer dan sangat friendly. Dia tak pernah marah aku. Setiap kali check-up, dia akan hulurkan tangan dulu untuk bersalam, sama jugak bila kita nak keluar dari bilik Doktor. Pastu dia borak santai-santai jer, dia buat kita ni macam kawan dia jer. Tu yang best tu.

Best bila dapat jumpa doktor, tapi tak bestnya bila tempoh menunggu nak jumpa doc tu.. Ya Allah!! Lama giler. Aku rasa sama lama ngan tahap menunggu kat Klinik Kesihatan. Aku pernah datang pagi, petang baru dapat jumpa doktor.. Pastu jumpa tak sampai pun 20 minit 😞..

Selama 9 bulan mengandung, aku bersabar ngan masa menunggu yang lama tu.. huhu.. 

Biasanya bil rawatan di Klinik O&G Annur ni, dalam lingkugan dalam RM150 - RM 250. Depends pada ubat. Kalau harga ubat murah, murah la bil. Kalau harga ubat mahal, mahal la bil. Kalau hari kena ambik darah, mahal sikit la..

Kalau di Hospital Annur ni, walaupun kita dah pilih Dr.Khamsiah sebagai gynae kita, tapi tak semestinya kita boleh deliver ngan dia. Depends pada waktu on-call Doktor. 

Sebab prosedur bersalin di Hospital Annur ni, dia tengok doktor mana yang on-call (kalau lepas waktu office hour). Masa waktu office hour, kita boleh jer nak bersalin ngan doktor favourite kita, tapi kalau di luar waktu kerja, terpaksalah kita bersalin ngan mana-mana doktor yang 'on-call' masa tu even kita dah 9 bulan check-up ngan doktor pilihan kita. huhu.

Masa kes aku dulu, masa hari EDD aku, Dr.Khamsiah yang bertugas 'on-call'. So, dia nak induce aku sebab tengok progress bukaan rahim 1 cm sejak seminggu tak bergerak-gerak.. Aku serah diri jer lah. Aku serah diri jer, lagipun aku memnag nak sangat deliver ngan Dr.Khamsiah. 

Labor progress ku smooth. Ubat pertama yang Doc masukkan terus bagi kesan pada bukaan rahim sampai aku dah tak tahan nak menanggung sakit contraction. Terus je aku minta epidural, dan terus dibawa masuk ke labor room. Alhamdulillah everything was fine, aku dapat bersalin secara normal. Thank you Epidural. hihi.


Kat dalam labor room, staff sangat friendly dan baik-baik. Dari midwife, staff nurse, semua baik-baik, siap bawakan aku makanan suruh makan, ambil tenaga katanya. Kurma dan air zam-zam memang sentiasa dibekalkan pada pesakit. En.Suami potong tali pusat baby, pastu terus midwife suruh en.suami azankan baby dan tahnik (lepas baby dah dicuci). Aku memang salute dan berterima kasih dengan layanan baik staff-staff kat dalam labor room. Dr.Khamsiah pun sangat best. Memang betul la dia tu pro.. Relaks je doktor, bila baby dah 'tercirit' masa kat dalam rahim. Dia cuma kata kat aku - 'awak tak yah risau, everything would be ok'..  

 Kat dalam labor room

Bila dah bersalin, terus dibawa masuk ke ward.. Kat ward tu, aku tak puas hati la sikit dengan keadaan wad. Bising! Kebetulan masa tu ada contruction. Biasalah mak baru lepas bersalin, memang emosi. Pastu pulak, air-kond banyak kali terputus. Panas giler la.. Geram nya aku. Tapi kitaorang bayar harga bilik FULL Price! Tak dapat diskaun!.  

Staff kat ward ni junior lagi, bila tanya apa-apa - tak tahu. Bila mintak apa-apa, lambatnya lah benda yang kita mintak tu boleh sampai. Pastu, makanan tak best, ada makanan yang tak sesuai untuk orang bersalin makan. Aku ada komplen pasal makanan, pihak hospital cakap - makanan ni diaorang hire catering, so pihak hospital terima je apa yang diaorang masak.. huhu... Senangla kerja macam tu. 

Aku stay kat hospital 2 malam. Sebab Pediatrician nak pantau baby selama 24 jam - tu memang prosedur hospital ni. 

Sebelum aku admit, kitaorang kena bayar deposit. Depositnya RM 2500 sebab aku request bilik single. Dia kata, RM 2500 ni ialah pakej bersalin bilik single di Hospital Annur ni. OK lah, not bad lah RM 2500. Kalau ada bayaran tambahan pun, kitaorang ingat dalam RM 3500 la kot sebab aku ambik epidural.

Masa nak discharge hari tu, dapat bil - terkejut ! RM 5000 ++.. Harga bilik langsung tak ada diskaun. Dengan keadaan bilik macam tu, aku rasa patutnya pihak hospital bagi diskaun. 

So, aku cakap la kat en.suami, maybe harga macam tu sebab epiduural kot. Dia kata tak- sebab epi hanya RM 800.. Ok takpelah, kitaorang bayar je RM 5K tu.

Pastu, aku cakap kat en.suami, kalau aku tahu bill macam ni, awal-awal lagi aku pilih Hospital Gleneagles, Jalan Ampang. Pernah baca review, harga bersalin kat Hospital Gleneagles pun RM 5K jugak. errmm..
 Mana telifon? Tinggal wayar je

 Guna tali je untuk letak shower

 Sorry katil bersepah. Masa ni tengah berkemas.


Takpelah, benda dah lepas. So, untuk next pregnancy, kemungkinan aku tak pilih Hospital Annur dah kot. Aku suka Dr.Khamsiah, tapi tak larat nak menunggu...

Aku pernah dengar ada kes, bersalin secara LSCS kat Hospital Annur ni , bill sampai RM 9-RM 10 k. Ada tu emergency caeser , bill mencecah RM 11 k... Adduusss.. Boleh kata - kat Annur ni mahal jugak lah... huhu..

*** Kalau mahal, setimpal dengan kualiti service yang diberikan takpe.

26 comments:

  1. Good sharing.. kot ade rezeki pregnant nanti bole decide pilih hospital mane

    ReplyDelete
  2. adehh, mahaiinya. mek dua dua beranak dekat GH hahaha. satu sebab nk balik cepat. GH akan discharge patient if baby and mak tkde masalah. so alhamdulillah setakat ni memang tkde problem (yg major la, yg minor tu memang bnyk)

    ReplyDelete
  3. Allahu...kesian nya... terima kasih share ye.

    ReplyDelete
  4. hara 3thn lepas tu.. harga sekarang? huhu apapun janji selamat & dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. memula baca tentang dr perempuan okay sangat dah tp part bayaran n bilik yg mahal tu erkk..kalau harga mahal service pun kena la tip top kan. huhue. btw tqq share.

    ReplyDelete
  6. annur memang mahal ...saya bersalin di britannia,ambil bilik vvip,saya bersalin ceaser dan buat btl sekali rm 5800 je...3 tahun yang lepas juga hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah la tu. Boleh consider utk bersalin di britannia nanti. Hihi

      Delete
  7. nice share... dah boleh prepare siap2 bajet bini nk bersalin nanti.. oh wait, bini x de lagi.. hahahaha

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ibu & baby dua2 selamat & dipermudahkan urusan bersalin kan.

    ReplyDelete
  9. boleh tahan rege nya ye..
    akak dulu di Pusrawi. 20 tahun dulu RM1800 je.
    now sure dah melambung.
    then anak num 3 di DEMC. itu dah dlm rm2500 dah.
    now ntah berapa tah ye..
    memang lah bab menunggu ni rasanya kat mana2 kot even appointment nya awal pagi.. jenuh.

    ReplyDelete
  10. kalo bersalin kat hospital ampang baru rm34 je., timekaseh kakMah., hahar2

    ReplyDelete
  11. nampaknya harga akan makin naik makin, nice review,

    ReplyDelete
  12. Agak mahal juga eh ..sampai 5k ..
    Apapun, syukur semua dah selamat,
    Yeah, FL pun dah besar ....

    ReplyDelete
  13. Aduh.. telan air liur baca tang harga tu... betullah DP kalau mahal kita puas hati semua oklah kan... mujur semua dah selesai... haih

    ReplyDelete
  14. mana2 hospital tak kisah...
    sakit bersalin utk kita sama jer
    asalkan anak sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kisah sebab saya nak bersalin ngan doktor perempuan..

      Delete
  15. seriau tgk harga mahal2 ni dah mcm branak cser haaa.. masa bersalin dlu cser 6.4k kot ni normal 5k mmg x berbaloi la.. apa pun tu sume rezeki masing2 kan.

    ReplyDelete
  16. Saya 3 kali bersalin di An Nir bersama Dr. kham.. Alhamdulillah bill xpernah cecah RM4k RM3700 (bilik family suite) sebab czer jugak.. yng normal RM2000 lebih jer.. semua bilik single

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Mungkin Saya bersalin diluar waktu bertugas doktor kot. Hihi.but its ok, Saya dah selamat bayar semuanya.rezeki masing2

      Delete
  17. Kalau 2 malam I think its reasonable for An Nur to charge you sampai 5k. Sebab awak stay situ 2 malam. 2 hari 1 malam punya rate An Nur 2.5k-3k. So betul lah kalau An nur charge awak sampai 5k sebab 2 malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul la tu. Cost kat Glenaeagles pun RM5k utk bersalin normal. Baru2 ni Saya bersalin di Kpj Ampang pUteri 2 malam jugak stay + epidural - RM 6k. Takde banyak beza pun dgn hospital annur, But bezanya ialah dekorasi bilik yang cantik dan luas dan tak bising. Saya stay kat annur dulu bising. .hihi. just sharing my experience

      Delete
  18. kalau harga mahal dan servis tak okey memang rasa ralat sangat kan.

    ReplyDelete
  19. Semalam wife saya juma OnG kes miscarriage . Consultation saja rm240. Doc tu terus nak buat DnC dalam RM4500. Saya kata ni gila ke apa. Dia kata after office hours. Kalau masa offc jour pon dalam rm3500. Terus saya minta refer letter ke hospital Putrajaya. Rm30 jer caj. Saya nasihatkan tanya dulu la kos rawatan kat hospital an nur. Nak sokong BMF pon x berbaloi la.

    ReplyDelete