Bergerak dari Lake Tekapo, kitaorang terus menuju ke tempat penginapan kitaorang kat Twizel. Tapi dalam perjalanan, lebih kurang dalam 10 minit dari Lake Tekapo, kitaorang singgah jap kat Lake Pukaki. Lake Pukaki ni kat tepai jalan jer.
Tengok scenary cantik gini, wajiblah singgah sini ambik gambar. Entah bila lah lagi nak sampai sini. So, ada peluang macam ni, tak boleh dilepaskan.
P/S : Nak datang New Zealand, sila pastikan bateri kamera anda full ya. Dan silalah bawak lebih dari 1 kamera dan bateri spare. Powerbank jugak penting! (Ni Pesanan ikhlas dari Belia 4B Kampung Kalut).
Lake Pukaki ni kat tepi highway jer, so kalau just nak ambik gambar sekejap jer, boleh la berhenti jap kat tepi highway ni. Tapi kalau korang nak lepak sini lama-lama, layan kopi sambil layan keindahan Lake Pukaki ni, ada port yang disediakan untuk park kereta & picnic. Lagi selamat! Ada yang pacak khemah pun ada.
Sebenarnya, dari Lake Pukaki ni dah dekat dah nak ke Mount Cook. Tapi hari tu kitaorang tak pergi sebab semua nak balik ke guest house nak solat kat guesthouse kat Bandar Twizel. So, jadinya kitaorang pun tak pergi lah ke Mount Cook tu. Takpe, ada alasan lagi untuk datang next year. hahahha..
Dari Lake Tekapo ke Twizel lebih kurang 20 minit jer drive. Kalau dari Lake Pukaki nak ke Mount Cook, lebih kurang 30 minit. So, kalau korang nak ke Mount Cook tu, korang solat jer lah kat tepi kereta, ambik wudhuk kat toilet atau kat Lake Tekapo. hehe.. Sebab kalau tak buat macam tu, tak sempat plak nak pergi Mount Cook, sebab magrib kat sana lebih kurang kul 6 petang.
tapi sebelum sampai kat Twizel, kitaorang singgah lepak & shopping groceri kat McKenzie.
Ok lah, itu je aku nak citer kali ni.
Nanti aku sambung citer kat McKenzie pulak k..
Thank you for reading you all,..
(P/S: Please drop a comment, even though i cant reply, but i truly enjoy reading all your comments. Thank You!)
Subhanallah.. cantiknya pemandangan
ReplyDeleteSubhanallah!
DeleteHebat Ciptaan Allah
DeleteInsya allah.Ingin ke sana masa masa akan datang.
ReplyDeleteInshaAllah. Kalau pergi, jangan lupa ke tempat ni k
Deletecantiknya.. pengalaman menarik dan unik klu dpt solat di tepi Tasik Tekapo
ReplyDelete