Anak aku, si FL ni masa dia kecik-kecik dulu, dia seorang yang sangat-sangat-sangat susah nak makan. Such a picky eater type.. Tapi aku tak tahu lah dia ni betul ke picky eater sebab macam semua makanan je dia tolak kecuali susu.
Sampaikan aku dah give up sangat nak buat urusan pujuk-memujuk tu, aku bawak dia gi jumpa dietitian kat Gleneagles Hospital, pastu siap bawak pergi Darul Syifa.. Pun sama - result dia SAMA JE! Dia tetap tak makan. Masa balik Darul Syifa, dia makan jugaklah, lepas tu, back to normal again. Boleh baca kat ENTRY INI dan INI.
Gambar sekadar hiasan
Dia punya graf pembesaran kat dalam buku check-up sangat-sangat tak cantik sampai pernah duduk atas border line. Doktor pulak just said - takpe, janji dia aktif.. Aku ngan en.suami plak, macam cacing kerawit tak senang duduk - RISAU!...
Dia ada makanan favourite dia - pasta! Tapi bila hari ni bagi dia makan pasta, esok dia dah tak nak dah walaupun pasta tu rasa sama jer.... huhu.. Dia cuma akan makan fruit. Hari-hari makan buah. So, stok buah tak boleh habis dalam rumah kitaorang.... Makan buah memang bagus, tapi budak-budak nak membesar dia perlukan tenaga a.k.a karbohidrat dan protein jugak.
Bila jumpa ngan orang, asyik-asyik akan keluarlah ayat - "Kurusnya dia!" "Mak ayah tak bagi makan ke??" "Tak cukup zat".. Dan macam-macam lagi lah kata-kata yang keluar dari mulut-mulut yang tak ada insuran tu. Helooooooooooooo! Tak kan lah kitaorang ni kedekut sangat sampai tak nak keluarkan duit nak bagi anak sendiri makan!!!!!!!!!!
Memang betul-betul sakit hati bila aku terdengar suara-suara macam tu.. Rasa macam nak sound je tapi kuatkan kesabaran, diam itu lebih baik.......... En.suami biasalah, bila dengar orang kata macam tu, dia buat bodoh je... Yang aku herannya, ada kalanya yang berkata tu stranger. Kitaorang tak kenal pun. Diaorang pun tak tahu lifestyle aku dan anak aku macam mana. Dia pun tak tahu anak aku kat umah buat apa, aku buat apa, sesuka hati je cakap macam tu.
Tu cerita dulu...
Sejak umur FL 2 tahun, berat dia 11 kg. Sejak tu dia dah nampak berminat dengan makanan. Dia sendiri mintak nak makan tanpa disuruh.. Aku dan suami sangat happy. Kitaorang bagi je apa yang dia nak makan but NO junk food atau makanan yang tak sihat. Dia mintak pizza, kitaorang belikan pizza. Dia mintak bubur, kitaorang buat bubur, dia nak nasi lemak, kitaorang bagi dia nasi lemak. Dia nak chip (fries), kitaorang bagi dia chip. Apa je makanan yang dia mintak boleh kata dia akan dapat.. Kalau nak flight, aku akan prebook meal siap-siap - Mac & cheese utk dia - confirm dia akan makan sampai habis.. Kalau fruits tu, jangan cakap la, dia memang hantu buah..
Tapi aku perasan bukan setiap hari dia akan makan banyak.. Lepas dah lama buat pemantauan, akhirnya aku dapat buat conclusion bahawasanya anak aku FL ni mewarisi mummy dia yakni aku lah... hehe.. Dia makan seperti unta. hehe. Hari ni makan banyak-banyak, esok dan lusa makan sikit jer, tulat pulak baru makan banyak-banyak-banyak.
Masa aku kecik-kecik dulu, umi aku selalu kata perut aku ni perut unta.. hehe. Sebabnya aku akan makan banyak-banyak dan banyak dalam masa satu hari, pastu hari seterusnya makan sikit jer, makan sekadar nak lepaskan lapar, pastu hari ke-4 atau hari ke-5 pulak baru makan banyak-banyak-banyak.
Pastu orang yang first time tengok masa kebetulan aku makan banyak tu cakap - "dia makan banyak, tapi kurus kedeking je". hahahhaha.. Sampai ada yang kata aku ada belaan. hahahaha.. Yee, aku sangat kurus dulu.. Aku ingat lagi, masa aku skolah menengah badan aku macam papan jer, berat dalam 30 kg... Bila masuk universiti, berat naik dalam 40 kg - 45 kg.. Sejak bekerja, baru put more weight , itu pun dalam 50kg.. Sekarang ni dah gemuk la sikit...
Sama macam FL, dia kurus je kalau korang tengok dia.. Sekarang umur dia dah 3 tahun 4 bulan.. Alhamdulillah, berat dah naik banyak. semalam timbang berat -18 kg..Alhamdulillah, aku besyukur sangat dia dah kuat makan...
Ni gmbar terbaru FL
Kalau makan kat luar, aku cuma akan masuk kat restoren yang dia suka jer - restoren favourite dia. Kalau tak, dia tak kan makan. Kalau masuk KFC atau McDonald, aku pasti dia tak kan makan makanan yang kitaorang beli tu sebab yang pasti dia tak suka ayam.... hehe.. Sumber protein, dia cuma suka ikan dan susu jer..
Ni kat kedai favourite dia - Secret Recipe sementara duk tunggu makanan sampai..
Kalau pergi mana-mana aku akan bawak bekal makanan untuk dia...
Kalau bukan makanan berat cukup sekadar snack - roti/sandwich/fries.
FL masih minum susu. Mungkin bila dia dah 4 tahun nanti, baru nak stop bagi dia minum botol susu.
Alhamdulillah, FL membesar dengan sihat..
Alhamdulillah, FL membesar dengan sihat..