Sambungan dari ENTRI INI - "Singgah Bermain Kat McKenzie Town, New Zealand"

Kitaorang book rumah ni through airbnb.com . Penginapan kitaorang sepanjang bercuti di New Zealand, semuanya book kat airbnb.com. Senang! Rumah sewa kitaorang kat Twizel ni paling murah compare dengan rumah-rumah lain yang kitaorang sewa sepanjang di NZ ni - hanya RM 500 jer! 

Rumah ni ada 3 bilik tidur, 1 kitchen, 2 bathroom, tapi tak ada TV dan tak ada internet. hehe

Dari McKenzie ke Twizel ni hanya 5 minit je..

 Neighbourhood community area in Twizel. 
Supermarket ni tutup jam 7 petang. 
Malam-malam kat sini sunyi-sepi, semua orang bonding ngan family masing-masing kat dalam rumah.
P/S : Gambar ni diambil masa waktu senja.. 

 So, sesapa yang nak cari penginapan murah kat Twizel ni ada hostel backpackers. 
Hostel ni betul-betul depan supermarket, jalan kaki jer.

Twizel ni dekat ngan sungai. So , mostly setiap rumah ada satu bot. Maybe dah menjadi hobi orang kat Twizel untuk beriadah kat sungai atau kat tasik berdekatan. So, masa aku kat Twizel ni, aku dapat rasa macam kampung halaman aku sendiri masa kecik-kecik dulu (kat Kuala Terengganu), dekat dengan sungai. Rumah Tok Wan betul-betul depan sungai. Siap boleh park boat / kayak lagi depan rumah. 

 Ni rupa dari luar rumah sewa kat Twizel tu. 
Guna kabin je buat rumah ni tapi nampak cun sangat.. I Liiiiokke!
Rumah ni ada 2 bijik kabin. Satu kat depan, 1 kabin lagi kat belakang. 
Gambar ni ialah kabin utama yang ada 2 bilik tidur dan kitchen.
 
 Ni kabin ke-2.
Dalam ni ada 1 bilik tidur (3 katil) ngan 1 bilik air jer. 
So the boys tidur kat kabin ni. 
 Ni ruang tamu kat main cabin.
Rumah ni kids friendly. 
Ada macam-macam toys disediakan untuk kids.. 
FL suka sangat!

Ni kitchen kat main dalam main cabin
Lengkap - Ada mesin basuh, ada microwave, ada fridge, ada dishwasher


  Dish washer

 Ni bilik tidur kat main cabin.

 Bathroom

Ni 2nd cabin.
 Masuk-masuk je dalam kabin ni terus nampak katil-katil ni, and ada attach bathroom sekali. 

 Rumah ni ada sedia trampoline.. 
Best la kitaorang main lompat-lompat. hehe.
Aku perasan kebanyakan rumah di NZ ada benda alah ni kat rumah. Aku rasa benda ni ialah aktiviti riadah yang wajib di NZ kot.
 


 Kat belakang rumah ni pun ada pokok epal & pear.. 
Best gak lah sebab dapat petik epal dari pokok terus bila bangun pagi..
Kat Malaysia mana nak dapat pengalaman gini. hehe

 

Sebelum keluar rumah kena kemas semula seperti mana kita masuk rumah tu, 
kalau tak nanti pihak airbnb. akan kenakan denda!

Kitaorang stay sini semalam jer, lepas tu kitaorang gerak pergi ke Wanaka dan Cromwell.
Setiap pagi kitaorang keluar rumah jam 10.. Ada anak kecik wooo, tak dapat nak gerak awal-awal... 

Kat Wanaka, kitaorang pergi ke Puzzling World , pastu pergi makan buah kat Cromwell.
(Sila klik entry tersebut untuk baca pengembaraan aku kat sana) .

Till then, terima kasih ya kerna membaca. 
Nanti aku sambung story lagi
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Bestnya DP..
    Bangun pagi petik apple dan pear..
    Sejuk tak masa kat sana..

    ReplyDelete
  2. alahai sejuk je mata memandang pemandangan indah ciptaan Allah ni

    ReplyDelete
  3. DP ! lepas tgk cabin house ni rase mcm nk ade sebijik. minimalist ! memang kena dengan citarasa mek

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. cantik cabin stay Tu. Agak2 kalau main trampoline boleh terhantuk tak

    ReplyDelete
  5. wow bestnya dapat makan epal & pear fresh dari pokok!

    ReplyDelete
  6. Best gak booking airbnb ni kalau ramai. lagi best berbanding stay hotel

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE