Potong Rambut kat Salon Capello by Nina

in , , by dorsett pink, October 03, 2017
Since i put on my hijab, seboleh mungkin aku mencari salon rambut yang provide special room for girls. Mula-mula dulu, aku potong rambut kat AEON AU2, aku lupa nama salon tu tapi chinese punya lah. Salon tu ada provide special room untuk wanita berhijab. So, OK la pada aku. And yet, ramai arabian gurls datang buat rambut kat situ.

Stylist nya semua chinese. And pekerja-pekerja lelaki bebas je masuk bilik tu walaupun masa tu ada customer kat dalam bilik tu...Diaorang tak rasa bersalah.. Ye la, maybe bagi diaorang "it's OK".

Misi Mencari Salon Muslimah

So, aku start cari salon muslimah. Mula-mula aku jumpa kat Putrajaya sebab masa tu rumah aku kat Putrajaya. Lelaki tak dibenarkan masuk ke salon ni. So mana-mana lelaki yang datang, kena tunggu kat luar. OK aku try! Lepas 2 kali buat treatment kat situ, aku stop. 

WHY? Sebabnya, owner dia (lelaki), boleh je masuk ke salon tu walaupun masa tu ada customer kat dalam tu. Then, aku pun tanyalah kat pekerja dia 'kenapa dia boleh masuk?' . Staff tu jawab 'sebab dia BOSS'.

Maksudnya BOSS dibenarkan masuk, walaupun boss adalah seorang LELAKI dan BOSS dibenarkan melihat aurat wanita Islam lain.  errrrmmm.. Tak yah nak bising-bising. Aku stop dah pergi ke salon tu. 

Lepas tu, aku terjumpa dengan SPA Muslimah di Bandar Baru Bangi. Lelaki memang tak dibenarkan masuk. Dan SPA ni ada salon rambut jugak. Aku pun mula mendapatkan rawatan kat situ. Berkali-kali jugak lah aku pergi. 

Tapi lama-lama aku jadi boring. 

Sebab apa? 

Sebabnya aku perasan setiap kali aku datang nak potong rambut, aku bagitau kat stylist tu aku nak style rambut macam ni - macam ni, dia akan bagi sugestion potongan lain -mengikut gaya yang dia suka atau gaya yang dia nak cuba buat eksperimen. Tapi last-last dia kata OK gaya yang aku nak tu. Tapi bila dah siap potong, tak jadi pun macam mana yang aku nak tu, finally rambut aku jadi macam yang DIA nak buat eksperimen tu. errrmm..

Aku jenis tak suka nak bising-bising sebab benda dah jadi dah pun. So, i just kept quiet je la.... Lepas dah selalu sangat jadi macam tu (almost setiap kali potong rambut - tak pernah pun dapat potongan yang aku nak), aku buat keputusan untuk tak lagi potong rambut kat situ. Better cari je salon lain.


Akhirnya Terjumpa Salon yang Memikat Hati

Cari punya cari, akhirnya aku terjumpa ngan Salon Muslimah yang satu ni - Capello By Nina. Kepunyaan isteri Jovian Mandagie tu - Nina Ismail. Aku memang tahu dia ada bukak salon tapi tak pernah tergerak hati aku nak pergi situ. Tapi lepas aku tertengok signboard kedai ni , kat cawangan Ampang Point - MUSLIMAH ONLY! CHILDREN FRIENDLY! Hati aku pun tergerak - maybe boleh cuba. NI BUKAN SPONSORED POST OK!!

  Suka dengan dekorasi salon ni - hipster sangat.

Kalau dapat jumpa ngan salon muslimah yang memang friendly kanak-kanak lagi bagus. BONUS! Aku senang la nak bawak FL datang sekali incase kalau daddy dia tak free nak jaga.

So, hari tu aku cuba buat pertama kali potong rambut kat sini. Aku pergi ke cawangan Capello kat Ampang Point - depan Habib Jewel. 

Aku pergi hari weekday , so tak perlu nak bawak FL - dia pergi school. Tambah plak, weekday tak busy, tak ramai orang, so tak perlu nak tunggu turn.

Masuk dalam ni, aku suka sangat dengan bau dia - bau aromaterapi - wangi!

Kita disajikan dengan green tea. Kalau ada yang tak minum green tea, boleh request air lain.

 Tempat menunggu. Lelaki tak dibenarkan masuk. 

 Ada tempat solat. BONUS!! Senang customer nak solat

 Ada tempat main untuk kids

Selain dari salon rambut, kat sini jugak ada buat service lain macam waxing, pedicure,medicure, massage

Kalau weekend, tempat ni crowded, so kalau nak datang kena buat appoinment dulu. Kalau weekdays, boleh walk in jer. Aku suka ngan salon ni. Stylist dia pun profesional, so dia memang cut rambut aku MENGIKUT KEHENDAK AKU, BUKAN KEHENDAK DIA. hehehe (saja guna capital letter..hahaha).. 

Tapi aku rasa, management CAPELLOby NINA ni kene look into detail lagi - 
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MUSLIMAH SEBENARNYA? 

Ikutkan definisi aurat muslimah / wanita Islam - tak boleh diperlihatkan kepada wanita bukan Islam. 
(Sorry ya ustaz ustazah kalau saya salah, tolong clarify kalau saya salah - saya masih belajar dan terus belajar).  

Tapi kat Capello ni dibenarkan wanita bukan Islam masuk, so diaorang boleh tengok sekali aurat wanita Islam kat dalam salon ni...  Aku tak salahkan pihak CapellobyNina ni, mungkin diaorang pun tak alert bab ni.. Hopefully, ada penambahbaikan selepas ni.. 

I Pray for it!

Btw, thank you for reading everybody!
 
SHARE 18 comments

Add your comment

  1. DAH BERTEMU SALON YG MENEPATI SYARIAT ISLAM OK SGTLH TU...MUDAH BERURUSAN TANPA RAGU

    ReplyDelete
  2. Yelah.. supposed letak women only atau perempuan sahaja.. muslimah merujuk kepada wanita islam sahaja. belum ada yang tegur kot.

    ReplyDelete
  3. wargh baru taw kewujudan salon ni. setuju sangat part kesusahan nak cari salon muslimah yang betul-betul "muslimah'. thanks share. senang la pasnih, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Banyak salon yang kata muslimah tapi tak betul2 "muslimah"..ermm

      Delete
  4. thanks for sharing this, DP! Bangi pun ada juga Capello ni tapi belum pernah try. Based on your past experiences, betul la kadang kata je muslimah ke apa tapi still ada je lelaki boleh nampak... hu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U are welcome bash. Betul kat bangi pun ada. Ada banyak cawangan salon ni...

      Delete
  5. bagusnya saloon ni, dekat ampang point ek? ok dekat dengan IQ dah.4

    pernyataan last tu pernah IQ dengar masa zaman belajar matrik dulu sebab masa tu first time sebilik dengan non muslim, tertanya2 jugak kebenarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah dekat ampang point IQ... Sebenarnya kalau mengikutbhukum syarak bab aurat ni -
      aurat wanita islam tak boleh terlihat oleh wanita bukan islam...

      Delete
  6. kat area tempat Cik Renex tak jumpa lagi salon yang tak benarkan llki masuk.stress rasa. kena gunting sndri rmbut.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Tu la. Susah juga kalau x ada kemudahan ni kan kat tpt tinggal kita... Ok oah cik renex pandai gunting rambut sendiri.. Saya memang tak pandai la.. Hehe

      Delete
  7. baru plan nak p branch kt shah alam. terbaik la review ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Hopefully review ni dpt membantu semua

      Delete
  8. bagus juga ada salon mcm ni..
    kat tmpt mrs pip ni memang tak da salon muslimah,
    so potong rambut kat rumah jer lah namanya T_T

    ReplyDelete
  9. amboi2.. sedapnya boss dia tuh.. hahaha..

    saya x pi saloon, tapi skrg dah ada feveret barber. tapi baru ni barber eksiden moto patah tangan bersimen sebulan.. maka nak tak nk mmg kna gunting kat tempat lain la.. kita pulun siap tunjuk gambar kat tukang gunting tu nk macam ni macam ni, last2 hasil x sama macam barber feveret tu.. sedih betol..

    bila la barber feveret ni nk sembuh.. hmmm...

    ReplyDelete
  10. pergh !! lengkap ni.. best hangkut satu family haa..

    ReplyDelete
  11. Pandangan tentang isu aurat dengan wanita kafir adalah khilaf (tiada satu keputusan muktamad). Ada pandangan melarang, ada pandangan yang tidak. Maka sebab itulah asrama di matrik dan universiti ada pelajar perempuan muslim ditempatkan sebilik dengan pelajar non-muslim. Link bawah ni hanya satu contoh kupasan untuk memahami isu ini. Boleh rujuk mana-mana alim ulama atau mufti yang lebih berauthoriti untuk mendapatkan kepastian.

    http://fiqh-sunnah.blogspot.my/2008/12/143-bolehkah-seseorang-wanita-muslimah.html

    Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE