Thursday, November 09, 2017

Bila Diri Tertekan

Aku pasti semua orang pernah rasa tertekan kan. Tak kiralah apa pun puncanya, pasti semua orang pernah rasa. Cuma mungkin orang gila je la kot yang tak ada perasaan tu dah… heee..

Ni minyak petrol naik lagi, lagi la bagi tekanan especially untuk golongan bawah. Kalau minyak naik pastu turun balik takpe.. Ini naik dan naik, tak turun-turun.. Adoooiii.. Bila minyak naik, kesan dia banyak, harga barang semua makin naik. Bila harga barang naik, GST pun turut sama akan mahal jugak….

Cakap pun tak guna gak, membebel pun tak guna jugak.. So, mampu diam je lah.. Nanti tunggu je PRU.. Aku Cuma kesian kat orang susah lah.. Kesian diaorang, pagi kerja, petang kerja, malam kerja, kesannya - anak-anak tak dapat perhatian dan kasih-sayang secukupnya dari mak ayah.. huhuhuhuhu..

 Sebabkan minyak naik, kita terpaksalah naik pengakutan awam ni. huhuhu

Sebenarnya bukan aku nak membebel pasal HARGA MINYAK tu. Tapi aku nak luahkan perasaan. Sekarang ni aku tertekan.. Tertekan dengan Tesis PHD aku ni. Aduuusss.. tetiba rasa menyesal pulak sambung tapi dah sampai ke garisan akhir dah ni. Tak kan nak menyesal lagi kan? Duit dah banyak habis.. Masa dah banyak habis.. nak tak nak kena habiskan jugak perjuangan ni..

Biasanya bila study ni, memang dugaan datang dengan Maha Hebat bila ko dah nak habis.Tak kiralah peringkat apa pun pengajian tu, even Diploma sekali pun. Ujian sangat berat bila dah nak grad.. Setuju tak?errmm.. Aku sekarang tengah pulun siapkan write-up..

Aku rasa dah 10 draft aku antar kat SV. Tapi biasalah ada je yang tak perfect. Kena tukar itu ini.. Aduss lecehnya.. Aku tak salahkan SV aku, memang patut pun dia komen itu-ini, at least nanti dengan examiner kuranglah sikit soal jawapnya.. hehe.. Hopefully..

Tapi tu lah, bila duk asyik betulkan ayat-ayat ni, mata aku pun dah blurr duk asyik tengok Microsoft Word ni, otak aku pun dah tepu. Rasa macam aku dah perah dah segala idea bagai, rasa macam dah tak mampu dah aku nak fikir lagi.. Addooooo..

Kalau dulu masa zaman sekolah, kalau aku tension or pressure, aku akan lepak kat pantai sorang-sorang. Sebab belakang sekolah aku dulu ialah PANTAI. Kalau korang pernah dengar Pantai Batu Burok, kat Kuala Terengganu, pantai tu lah yang aku pergi untuk mengubat rasa hati ni. Kadang, aku boleh termenung je tengok laut tu.Spend masa kat situ 3-4 jam, then balik rumah rasa LEGA NYA......

 Itulah natural remedy aku dulu-dulu.. Bestnya dapat duduk & sekolah kat pantai..

Sekarang duduk kat Hutan Konkrit. Mana nak cari pantainya. Paling dekat pun PD. Tapi terpaksa drive 2 jam.. huhu.. Rindunya dengan pantai..

P/S : Gambar pantai tu ialah kat Gili Trawangan, Lombok, Indonesia

11 comments:

  1. Bila terasa mahu rebah..cari A yang pertama..Allah,mengadu pada DIA..kemudian A kedua..ayah kepada anak-anak..suami,minta dia doakan..A ketiga anugerah paling berharga ibu ayh dan mertua..seterusnya A yang penuh warna warni..anak-anak...pandang mereka...insyaAllah semangat akan bercambah kembali...walau tidak keseluruhan cukup walau sebahagian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak PC for your motivation.. And thank you also for reading this entry.. Rasa terharu sangat dengan kata-kata akak. Terima kasih banyak2 tau

      Delete
  2. sabar sis, setiap hidup ada dugaan nya, jangan stress2..Kadang-kadangkan kan sis, ada lagi orang bernasib malang dari kita...Apa kata sis pergi jogging ka petang2 buang stress? Sebab kalau miss tins stress atau sedih selalu nya pergi joging. Bila joging sorang2 masa tu la diri sendiri berfikir,munasabah diri, bila dah abis joging tu balik rumah rasa ringan dah dan cepat tido sebab penat joging siang hari :)

    ReplyDelete
  3. MEMANG STRESS NK HBSKN PENGAJIAN TAHAP TINGGI NI TIADA LAIN YG DIFIKIR HANYA CPT NK HABISKANNYA.....INSYAAALLAH XLAMA LAGI SELESAI DGN JAYANYA

    ReplyDelete
  4. pernah rasa macam ni. tertekan dengan fyp dulu tapi tak sangka dapat harunginya. entah macam mana dapat tempuhi tu. mmg tak terjangka betul padahal dulu hampir putus asa dan rasa nak extend study je

    ReplyDelete
  5. Good luck girl.. Jangan give up. Mula2 memang selalu rasa berat nak berdepan dugaan tu. Dah final dah. Perjuangan terakhir jangan2 sia2kan.. :D

    ReplyDelete
  6. Hope DP berjaya siapkan write up dan grad! yeah.

    ReplyDelete
  7. good luck kak DP. best sebenarnya luah perasaan kat blog ni. sebab yang membacanya strangers n selalunya strangers tak judge kita..huhu

    ReplyDelete
  8. busyra sndiri doakan akak tabah dalam cabaran hidup. busyra sndiri kdg2 stress dgn problem. tp sbb adanya kwn2 blogger rasa lega sikit kalau dpt share kan akak..

    ReplyDelete
  9. teruskan bertahan yer sis...mintak keluarga doakan..ambik berkat dan restu dorang...doa pada Allah...pejam celik, pejam celik insyaallah akan lalui saat tu dengan cepat.. semoga sis terus sukses selalu..amin2

    ReplyDelete