Lama aku berfikir naktulis tak entri ni.. Aku rasa aku ambik masa berbulan kot nak tulis pasal benda ni.. Kenapa lama sangat?? Sebab di satu sudut, aku rasa aku tak nak share pasal isi hati aku kat public, tapi di satu sudut lain berkata, u just share your experience only.. Maybe ada orang lain jugak merasa experience yang sama macam aku.. ermm.. Hopefully...

So, entri ni aku nak share kenapa aku...... -  Kenapa berhenti kerja? Kenapa jadi suri rumah? Kenapa sambung belajar?

Ok, sebelum ni aku pernah bekerja kat Agensi Kerajaan. 4 tahun aku kerja kat situ. Sebelum tu aku kerja kat UIA.

Masa dapat tawaran bekerja oleh pihak SPA, aku 50-50 - nak atau tak.. Sebab aku tak berapa minat kerja dengan government ni, lagipun aku tengok kawan-kawan aku yang kerja kat sana  life diaorang hectic giler... Kesian aku tengok. 

Tapi atas dasar nak mencuba, aku try gak lah kerja situ. Dari 3 bulan, aku boleh bertahan sampai setahun, then 2 tahun, then 3 tahun, sehinggalah tahun ke-4, aku rasa sampailah masanya untuk aku resign. 

WHY RESIGN??

Ramai yang tanya soalan ni.. Ye lah mereka pelik la sebab aku ambik skim pencen. Kata depa - nanti tak dapat pencen bila dah tua... Pastu pulak, kerja gomen kan stabil, senang nak dapat loan & peratusan ko untuk dibuang kerja tak ada... - Well!! Ada aku kisah dengan semua tu!

Aku tak kisah la dengan pencen, sebab orang yang kerja swasta pun tak ada pencen. Aku tak kisah la tak boleh apply loan, sebab aku tak suka berhutang - hutang menambahkan beban di kepala, hidup tak tenang. Dibuang kerja? Prinsip aku, kalau ko kerja bagus, mana ada majikan nak buang ko, unless ko jenis suka kerja sambil lewa, tak komited, pemalas - memang senang la boss nak buang ko. 

Tapi, bagi aku, kerja la kat private atau government sekalipun, jangan lah ambik kesempatan walaupun possibility kita untuk dibuang kerja tu tipis.. Jangan lah sebab pihak kerajaan tak kan buang staff, ko boleh buat kerja sesuka hati - masuk kerja pagi, pastu menular minum kopi berjam-jam, lepas tu baru masuk ofis, then tengok FB je kerja ko.. eerrmm.. Buatlah kerja dengan ikhlas, komited, barulah gaji tu berkat..

 Gambar sekadar hiasan

Aku resign sebab aku tak tahan dengan environment kerja aku. Post aku ialah post tertutup. Setiap pegawai kena berpindah-randah ke serata tempat di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Either ko ada anak, ada suami/isteri, ada mak yang sedang sakit yang perlukan perhatian ko atau atas alasan apa sekali pun - pihak majikan aku tak kan terima. Memang dah biasa kami di office tu tengok, suami-isteri PJJ - weekend baru jumpa. Kalau tak nak penat, 2 minggu sekali lah jumpa. Itu perkara biasa - tak ada yang pelik di ofis tu.. 

Kalau bagitau kat Top Management akan masalah ko - pihak Top Management akan cakap - saya dulu pun kerja macam ni jugak, lagi jauh saya kena stay - nun kat Dabong nun. Korang tahu tak Dabong kat mana? 

Aku pun tak tahu, tapi sejak kerja situ, baru aku tahu sebab semua orang takut kalau-kalau kena pindah ke Dabong. korang google la kat mana tempat tu. Aku dulu kena pindah ke Lenggong, setelah berkhidmat di Kuala Lumpur. Lenggong tu dekat je compare to Dabong.

Aanak-anak dara tak kahwin? Itu pun biasa di ofis tu.. Tak kawin sampai mereka pencen - PERKARA BIASA! Mungkin sebab jodoh belum sampai. Tapi slaah satu puncanya ialah sebab BUSY. Busy yang melampau sangat. Seriously aku pun rasa ke-bizi-an yang melampau ni dulu. Sebab tu aku dulu tak sempat nak bercinta. Terus kawen jer. 

Sebab apa busy? Sebabnya kami kena selalu travel. Travel sekeliling Semenanjung Malaysia. Hari ni kat Johor, esok aku dah ada kat Kuching. Lusa pulak schedule kena pergi Terengganu. KLIA tu memang dah macam rumah kedua. So, bila nya rehat? Dalam flight la jawabnya, tidur puas-puas kat dalam flight. Best ke travel? Tak best kalau travel sebab kerja sebab korang tak sempat pun nak hoop-around. 

  Gambar sekadar hiasan

Lagi parah, bila out station memanjang tu, korang tak dapat pun elaun out-staion. Kadang tu (selalu sebenarnya), terpaksa kerja Sabtu dan Ahad. Tak ada OT ok. Dalam pekeliling, pegawai tak layak dapat OT. Tapi sesetengah boss akan kasi claim cuti sebab kita dah kerja Sabtu-Ahad tu. Tapi Boss aku tak bagi claim cuti Sabtu-Ahad tu. So, the end ko buat la amal jariah atas alasan - SUMBANGAN UNTUK NEGARA dan dalam masa yang sama, ko tak ada masa untuk diri ko sendiri dan tak ada masa untuk orang-orang yang ko sayang.

So, kerja macam nak mati tu gaji tetap banyak tu jer... Tak banyak pun gaji ko, tapi kerja macam mengalahkan General Manager. Berapa gaji aku masa tu?? Frankly speaking, dengan beban kerja yang terpaksa tarvel ke sana-sini tu, gaji aku cuma RM 3,000 masa tu. Itu standard pegawai 41 kerajaan ketika itu. Orang kata kerja gomen ni dapat kerja kul 8-5 ptg. Siapa kata?? kalau ada event, kul 12 malam ko baru sampai rumah. kalau kena outstation, memang habis kerja malam je lah. Alaaa... pagawai-pegawai kerajaan lain pun experience benda yang sama jugak. Lebih-lebih lagi kalau pegawai akaun yang kena buat budget tu (confirm bukan aku), nak dekat Pengisytiharan Budget, tak tido la ko jawabnya.. 

 Gambar sekadar hiasan

Pastu pulak, kalau ko kerja kat PBT atau State Government, ko kena ikut kepala orang politik. Kalau tempat tu dikata nak buat pembangunan (walhal kalau ikut piawaian pembangunan, tempat tu tak layak untuk dibangunkan), ko terpaksa angguk kepala mengiyakan apa yang dimahukan oleh BOSS ko (ahli politik tu).

Kalau ko bekerja dengan ahli politik, biasanya, diaorang ni nak suruh buat event kat tempat kawasan parlimen diaorang. So, tak semena-mena korang kena bertungkus lumus anjurkan event kat tempat tu walaupun event tersebut lebih layak dibuat ditempat lain... Welll ... 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' Sape ko nak bantah?? Nama pun kerja, jadinya ko buat je lah..

So, kerana penat dengan situasi-situasi yang aku ceritakan kat atas ni, aku pun ambik keputusan untuk RESIGN selepas aku berkahwin... Sebelum resign tu, aku dah buat solat istikharah berkali-kali, dan hasilnya Tuhan bagi Petunjuk - Resign adalah jalan terbaik untuk aku. Dan bermulalah tugas baru aku iaitu SEORANG SURI RUMAH... hehe

Sambungan di episod akan datang.......
SHARE 21 comments

Add your comment

  1. mama percaya Rezeki ada di mana2. semoga jumpa greener grass dan insya allah ada tempat kat luar tu yg lebih bagus

    ReplyDelete
  2. kerja kerajaan ni tak semudah yang orang nampak..walaupun saya keje swasta orang kata bos perah tenaga lah, apa lah, tapi saya lagi ada life berbanding kawan-kawan kerja kerajaan. tak apalah kak DP, duit banyak-banyak tapi tak bahagia buat apa.patutlah orang kerja kerajaan selalu kawin awal.kalau dah naik baru nak kawin memang tak sempatlah

    ReplyDelete
  3. selalu fikir kerja kerajaan ni mudah, tapi hakikatnya tidak bila baca coretan DP. ok,...sambung!

    ReplyDelete
  4. saya pun keje kerajaan..tp serius skrh rasa cam x sabar nak pencen..cam ada unsur2 pengkhianatan or sabotaj pun ada dah tu,... parahhh...

    ReplyDelete
  5. Moga Allah permudahkan urusan akak 💪💪💪.

    ReplyDelete
  6. buat benda yang kita seronok akan terasa lebih bermanfaat ye dok? cayokkk sis..ukenduit yeahhh

    ReplyDelete
  7. Bekerja swasta / govt. kena ada passion... Kalau tidak tak ke mana.. Frankly speaking kerja dgn Govt mmg mencabar, I totally agree with you, DP..

    ReplyDelete
  8. Fuhhh selalu jugak dgr rungutan org keje gomen ni , ada yg ok ada yg stress smpai kita yg dgr pun stress tp sometimes sbb cari rezeki trpaksa hadap .. huhu apapun semoga Allah redha :')

    ReplyDelete
  9. Memang stress sungguh kerja bila ada benda dia tak boleh tolerate dengan kita kan especially bab family sakit ke apa. Ana pernah alami kes mcm ni. Kesian tgk org kawan2 yg tak boleh nak cuti. Dengan perangai bos2 yg macam2. Sebab tu after bersalinkan syafi ana decide resign. So skrg dah masuk 3 thn lebih jd suri rumah. Alhamdulillah rezeki sentiasa cukup walau tak mewah mana.

    ReplyDelete
  10. Takpe DP .. Yang penting kita dah bagi yang terbaik dan pilih yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. ya betul akak. ramai org fikir kerja gomen snang tp hakikatnya tidak. bab yang duduk santai minum kopi tngok fb tu busyra penah tngok sndiri pekerja gomen mcm tu. yela masa praktikal dlu.. huhu.. anyway, dont worry my darling kakak. busyra yakin even akak hanya suri rumah rezeki pasti ada dimana2. why not akak try berbisnes dari rumah. bekerja bukan istilah pergi ke pejabat pukul 8 pg balik pukul 5 ptg. tp bekerja itu bermakna mencari income. tak kisahlah kerja sebagai apa, janji halal kan. busyra tak sabar nak tunggu smbungan story akak.

    ReplyDelete
  12. Bila baca kesah awk ni rasa kesian sgt.. klu sy ditempat awk pon mungkin buat benda sama.. sy dulu dpt ngajar kt sarawak tp fmily xbg sbb jauh.. mula2 tkilan jugak tp pikir balik masa tu baru kawen.. rezeki msg2.. suami sy gov..tp life die ok.. siap buat pjj.. sy sbg isteri kena byk sabar sbb kena paham masa die kurang di rumah..

    ReplyDelete
  13. Apa plan awak sambung belajar? Nak jd tenaga mengajar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de plan. it just my passion to pursue the study to highest level. Moreover, it was my DREAM since i was 15 years old - a dream to have a PhD certificate =)). FYI, Education is my passion, and i love learning so much

      Delete
  14. saya rasa kita sama jawatan. pendapat dan situasi kita sangat tersangat sama. tapi saya masih 2 tahun berkhidmat. perasaan nak resign datang first day kerja. tapi ada satu perkara saya ralat adalah saya dah buat pinjaman LPPSA. Suami kata kena settle LPPSA dulu baru fikir resign. saya tengah kumpul duit dan cari alternatif untuk bayar balik loan rumah. rumah tu saya bagi sewa sekarang. saya ingat saya seorang je ada perasaan macam ni. bila bagitau keluarga semua rasa it is not a good thinking but the fact is, kita rasa repelling sangat bila nak bertahan tu. mohon tunjuk ajar pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu buat solat tahajud an solat istikharah, mengadulah pada Allah. Moga ada jalan keluar untuk anda

      Delete
    2. Hi ex bos... I miss U. Be frank, seronok sgt dpt kenal bos... Skrg akak pun stress kj KT opis lama bos kat lenggong Ni. Toksik semua member opis Ni. Masa tgh Tulis Ni, Baru je selesai Tulis Surat letak jawatan. Siyes, tgu masa ue Nak hantar kat bos. X dpt keyakinan lg. Dh Buat Solat istikarah byk Kali. Masih brsabar...

      Delete
  15. Betul, sy pun mengalami benda yang sama. Pernah bekerja di sektor swasta dan skrg berkhidmat dalam kerajaan di gred 41. Berkhidmat untuk negara tak semudah bekerja untuk organisasi. Sy pun tengah menyusun punca pwndapatan lain untuk cover bayaran lppsa dan komitmen yang lain. Harap one day, dapat resign mcm tt juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALlah boleh. Kena selalu berdoa. Berdoa bersungguh!. Allah pasti akan bagi jalan keluar

      Delete
  16. Sorry tak reply komen-komen, sebab terlepas pandang. Btw, i really appreciate if all your feedbacks . Thank you for read my writting, it just my personal thought. Kalau ada apa-apa soalan, boleh emel pada saya - dorsett.pink14@gmail.com

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE