Monday, November 13, 2017

Islamic Montessori - Betul ke Islamik?

Misi mencari tadika diteruskan. Ada satu tadika ni bagi nama ‘Islamic Montesorri’. Aku tahu banyak jer nama tadika yang macam tu sekarang. Tapi aku tak spesifik kan montesorri yang mana sebab ada banyak yang nama seakan-akan nama gitu, mungkin nama pangkalnya saja yang lain untuk dibezakan dengan tadika yang lain.

Bila dah pergi survey.. Ermmm.. hampeeehh..
Di manakah pembelajaran ‘Islamic’ yang di ‘up’-kan sangat tu?


 Gambar sekadar hiasan

Bila aku tengok subjek apa yang diajar – langsung tak ada subjek agama Islam. Cuma ada belajar Iqra dan pembacaan IQRA’ tu akan diulang-ulang sehingga kanak-kanak berusia 6 tahun. How about Tajwid? Memang langsung tak diajar la.

Dan jugak, langsung tak diajar kanak-kanak untuk solat. Bila ditanya kenapa? Kata mereka sebab kanak-kanak bawah usia 7 tahun tak diWAJIBKAN solat. Tapi kanak-kanak akan diajar membaca doa sebelum & selepas makan, sebelum masuk toilet, sebelum belajar.

So, dimanakah ‘islamic’nya tadika tersebut. Bukan ke pembelajaran tentang solat tu patut dimulakan sebelum kanak-kanak mumayiz lagi?? Adakah parents saja yang bertanggungjawab untuk mendidik dan mengajar anak-anak tentang solat? 

Nama 'Islamic' itu sebabnya owner tadika tu Orang ISLAM dan cikgu-cikgunya pun orang Islam. Hanya itu!

Mudahnya nak buat bisnes zaman sekarang. Guna nama Islam jer, terus bukak tadika. Mahal pulak tu yuran dia! Walhal teras Rukun Islam pun tak diajar , apatah lagi nak mendidik jiwa kanak-kanak untuk menjadi seorang Muslim yang benar-benar sujud dan takut pada Allah swt... errrmmmm..

Atas dasar bisnes, Nama Islam digunakan untuk mengaut keuntungan. Nampak sangat, Tadika tersebut hanya berpaksi pada DUIT semata-mata, bukan benar-benar tulus untuk mendidik generasi muda sekarang mengenal Allah swt dan memahami teras untuk menjadi seorang Muslim iaitu memahami dan belajar tentang Rukun Islam dan Rukun Iman.

Gambar sekadar hiasan - masa ni FL belum 1 tahun lagi..
Nak lagi best, guna perkataan ‘montessori’ – confirm mendapat sambutan yang menggalakkan. Well, aku tak ada lah nak komen pasal kaedah ‘montessorri’ tu. Baguslah kalau owner pusat tadika tersebut betul-betul menggunapakai kaedah montessorri. Thumbs up.. 

Actually pasal kaedah 'montessori' ni pun aku ada nak komen jugak, tapi nantilah aku up kat entri lain. Nanti panjang pulak bebelan kali ni.

Well, untuk misi pencarian tadika untuk FL, tadika ‘Islamic’ tersebut memang dah awal-awal keluar dari list aku…

12 comments:

  1. Dah banyak sekarang ni memperdagangkan nama Islam. Bayaran bukan murah pulak tu. Kita tak kisah byr mahal janji elemen Islam di ajar dan di praktis kan. Kita kena betul2 survey info supaya tak rasa di tipu.

    ReplyDelete
  2. hurmmm sama tgh cr tadika utk anak juga tapi dah booking 1 tmpt cuma belum confirm lg. sekarang tadika private mcm cendawan tumbuh selepas hujan. banyak bkn main dan tak murah ok.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. IBU BAPALAH PERLU BIJAK PILIH TADIKA YG AKAN MNGASUH N MNDIDIK ANAK MRK PADA AWAL USIA

    ReplyDelete
  4. Gitu pulak dah.. ingatkan dah nama islamic ada laa ajar2 bab2 agama lebih dari yang lain..

    ReplyDelete
  5. Kecewa :(

    Saya hantar anak ke Pasti start bulan 4 hari tu. Dia baru 4 tahun bulan ni. Plan tak nak hantar sebab masih kecil (bagi saya). Tapi, nampak dia dah bersedia... hehehe...Masa mula2 cikgu Pasti tu bagi "try-out" seminggu. Memang anak dah bersedia sangat-sangat, sampai nangis-nangis tak nak balik dari sekolah... ahahahaha

    Alhamdulillah banyak perkembangan yang saya boleh nampak. Dia boleh baca macam-macam doa, surah2 pendek - bukanlah perfect, tapi alhamdulillah for a 4 year old :), kenal huruf, lebih banyak bercakap... siap slang penang ... hahaha. saya orang sabah btw. suami orang pahang ... anak pening. alhamdulillah saya rasa bagus untuk anak saya.

    Tapi, yala, tadika ni, ikut tadika tu sebenarnya. bukan pada nama. Teruskan usaha mencari tadika! And keep on sharing!!!

    ReplyDelete
  6. Syafi dulu tadika biasa saja alhamdulillah Ada semuanya even sembahyang fardhu Dan sunat diajarnya. Sedangkan gurubesar berbangga Sikh tapi cikgu2 ramai yg Islam melayu lah

    ReplyDelete
  7. Jemput join http://impianacikyaanie.blogspot.my/2017/11/giveaway-by-yanieninie.html

    ReplyDelete
  8. susah nak cari tadika yang betul2 mengajar sekarang. haihh, DP pun dah pening nak cari sekarang, IQ pun tak tahu la zaman akan datang untuk anak IQ plak macam mana nanti

    ReplyDelete
  9. serius lah tak ajar solat??? grrrr..umur berapa nak start ajarrrr..

    ReplyDelete
  10. la mcm tu pun ada eh kak. nama dah islamic dh.. hmm zaman skrng mcm2.

    ReplyDelete
  11. Even ank sy masih kecik tp sy dah mula survey pra sekolah apa yg terbaik.. kita sbg mak mmg nak yg terbaik ntk anak2 kan..

    ReplyDelete