Travel TIPS | Kat Mana Nak Beli Thermal Wear / Long John Murah | School holiday is around the corner, so sekrang ni masa untuk bercuti lah. Hujung-hujung tahun macam ni, mestilah percutian musim sejuk yang menjadi pilihan ramai kan? 

So, mesti ada yang duk tercari-cari kat mana nak beli baju sejuk atau winter coat murah-murah. Haaa, korang boleh baca entry aku ni - "Kat mana nak beli baju sejuk / winter coat murah-murah". InshaAllah, entry tersebut mampu membantu korang untuk beli winter coat yang murah. Tapi kalau koramg ada bajet lebih, pergi je lah beli yang mahal-mahal yang berjenama di Star Hill nun. Pilihan terletak ditangan masing-masing.


WAJIB BAWAK THERMAL WEAR / LONG JOHN KALAU BERCUTI DI MUSIM WINTER

Kalau dah beli baju sejuk, persiapan pakaian korang masih tak lengkap lagi kalau tak bawak sekali thermal wear atau orang selalu sebut long john. Thermal wear ni kita pakai kat dalam, untuk melindungi badan kita dari rasa sejuk. Bila pakai ni, InshaAllah tak perlu pakai baju banyak-banyak lapis. 

Biasanya kalau aku travel di musim sejuk, aku akan bawak 2 pasang thermal wear ni. Satu pasang pakai siang, satu lagi pakai di malam hari. 

http://winterclothes.com.my/wp-content/uploads/2013/11/Basic-Light-Warm-Cotton-Base-Layer-LongJohn-17.jpg

So, kat mana aku selalu beli thermal wear ni? Jawapannya ialah di SOGO. Yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman nun. 

https://insideretail.asia/wp-content/uploads/2015/06/Sogo-Malaysia.jpg

BELI THERMAL WEAR KAT SOGO
Dulu, sebelum aku start shopping barang travel kat sini, aku ada lah membeli long john kat butik-butik travel yang lain. Ada yang ngam ada yang tak, tapi rata-ratanya mahal. 

Bila dah cuba beli pakaian travel kat SOGO ni, aku terus jatuh hati dan menjadi loyal customer SOGO untuk mencari barang-barang untuk travel. 

Sebab apa aku suka shopping thermal wear kat sini? Sebabnya kat sini ada banyak pilihan thermal wear, dari yang murah sampailah yang mahal. So, depends pada bajet korang la, korang nak beli yang mana. Ada yang guna material cotton, ada yang guna material bulu angsa. So, bergantung pada citarasa masing-masing. 

THERMAL WEAR FOR KIDS

Pastu pulak, kat sini pun ada jual thermal wear untuk kanak-kanak tau. So, aku beli baju FL kat sini lah. Merata tempat aku cari thermal wear untuk FL ni tapi tak jumpa. huhu. Bila datang Sogo, ada terjual disini. So, senang lah! Dia ada pilihan dari saiz baby sampai ke saiz kids and ada banyak pilihan harga. So, depends pada bajet masing-masing.

http://www.winta.in/wp-content/uploads/2015/12/WINTA-KIDS-THERMAL-WEAR-BOTTOM.jpg
  Ni contoh thermal wear untuk kids.  

Untuk FL pun sama, aku biasanya bawak 2 pasang. 1 pakai waktu siang, 1 lagi pakai waktu malam. Kiranya pakaian malam tu akan jadi pakaian tidur dia lah. Walaupun kat dalam bilik hotel ada heater, tapi tetap jugak pakai long john ni untuk kelesaan maksima.

So, aku sangat recommend la korang cari thermal wear kat Sogo ni. Even, barang travel yang lain pun banyak pilihan ada kat sini. Nanti aku akan share barang-barang yang selalu aku bawak bila travel dari masa ke semasa. Korang pergi je kat bahagian travel. Kalau tak silap aku, dia satu aras ngan bahagian sports kot.
Hopefully, entry ni dapat membantu korang k untuk cari thermal wear. Selamat bercuti!
SHARE 14 comments

Add your comment

  1. Bagus tips ni, mana tau nanti nak ke obersee time winter ke kan...hehe

    ReplyDelete
  2. Salam singgah lagi :)

    Anda dijemput join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  3. good sharing. senang untuk rujukan mereka yang sedang mencari tu

    ReplyDelete
  4. Sogo memang banyak barang harga murah-murah, rambang mata tengok

    http://hanysapek.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Tq sis..lama x p sogo.. xpernah lg pegi tempat sejuk..

    ReplyDelete
  6. Wah menarik... tapi lamanyalah tak pergi Sogo. Encik suami saya selalu kena keluar ke negara.. hari tu merata cari thermal wear ni.

    ReplyDelete
  7. Sangatlah penting utk anak2 kalau bercuti di negara tengah winter ni 👍🏼

    ReplyDelete
  8. sogo mmg best.. busyra penah ke sogo dua kali je rasanya. itupun masa study dekat sna. boleh la jalan2 ke situ. hehe

    ReplyDelete
  9. ada jual di sogo je ye. tq for info

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE