Wednesday, December 06, 2017

Boleh Percaya ke dengan Logo HALAL ni?

Semalam Kelab Blogger Ben Ashaari mendapat peluang untuk mendengar info pasal Halal kat JAKIM. At least dapat jugak aku tambah pengetahuan pasal HALAL ni.. Almaklumlah kita duduk kat Malaysia ni, isu HALAL memang sangat-sangat sensitif.. Ya lah, kita kan orang Islam mestilah lah sensitif bab-bab Halal ni. 

http://www.dorsettpink.com/
 sumber imej : facebook.com/shbtHalal
Memang HALAL JAKIM ni sangat-sangat bernilai tinggi. Kalau kita beli apa-apa barang, confirm akan cari Logo ni dulu kan kat label produk? Sama jugak kalau pergi makan kat luar, pasti akan tercari-cari logo ni dulu sebelum masuk restoren. 

LOGO HALAL JAKIM DIGUNAKAN DI NEGARA LUAR

Disebabkan ia sangat bernilai tinggi, orang kata 'precious' gitu, maka tak hairanlah negara luar pun turut sama nak dapatkan pengiktirafan pensijilan HALAL dari JAKIM. Antaranya ialah Jepun. Masa aku ke Jepun dulu, aku pun  terkejut ada banyak restoren yang letak Logo Halal dari Malaysia ni. "Kenapa diaorang tak keluarkan Logo Halal sendiri?" hati kecilku berbisik. Bila baca info kat Halal in Japan rupanya, sebabkan diaorang percayakan status HALAL dari Negara Malaysia ni, and to be exact from JAKIM. Syabas JAKIM (thumbs up) sebab berjaya buatkan negara luar memandang serious aspek HALAL ni. Dan sekarang, bukan sahaja negara Jepun yang menggunapakai Sijil Halal JAKIM tapi turut digunapakai oleh beberapa negara lain, contoh macam Korea dan China.

https://i0.wp.com/www.thevocket.com/app/uploads/2017/06/h37.jpg
Ini antara LOGO Halal di Jepun yang diiktiraf oleh JAKIM

So, kalau negara lain pun dah percaya dengan Sijil Halal dari JAKIM, it means that Sijil Halal Jakim ni memang sah berkualiti la. Bukan nya boleh sesuka hati dapat jer.. Maksud aku - bayar dan dapat.

Pihak JAKIM telah mengiktiraf  lebih dari 30 LOGO Halal yang terdapat di serata dunia. So, kalau kita nampak certain produk tu tak ada Cop Halal Malaysia, tapi ada Cop Halal dari negara lain, ianya adalah Halal. Korang kena semak dengan website www.halal.gov.my untuk mendapatkan kepastian. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8UG6hSdiJCGreiqdyIcx_1JjpKrVrhUdSLXwa0FZzeg0jU5vBUGdwzJjBjKN2hLrZucnqPQRRDetdIROQSIJxoe9m0A7Ts-1jD0Osq5Gs3spd3NTAcPxlFvLbRL4iIK1sb8XxlnuHmUQ/s1600/IMG_13246553236854.jpeg
Ini dia LOgo-Logo HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM pada 2014. Untuk update, korang boleh check dengan Portal Halal Malaysia.


PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN SIJIL HALAL JAKIM

Nak dapatkan SIJIL HALAL JAKIM ni, setiap syarikat yang memohon perlu patuhi beberapa syarat yang ditetapkan, antaranya ialah :

- Syarikat berdaftar dengan SSM

- Mempunyai lesen perniagaan dari PBT atau Surat Akuan dari mana-mana Agensi Kerajaan.

- Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.

- Mengeluarkan / Mengendalikan Produk Halal sahaja.

- Owner atau orang berkepentingan di dalam syarikat perlu menghadiri Kursus Pensijilan Halal yang Dianjurkan oleh Pihak JAKIM.

- perlu ada at least 2 orang pekerja Muslims di bahagian pengendalian makanan (food preparation). (Pekerja Muslims dibahagian marketing tak diambik kira. hihi)


Kalau dah lepas syarat yang ditetapkan, setiap permohonan sijil halal ni perlu membayar RM 200 dan permohonan mendapatkan sijil ini akan diproses oleh pihak JAKIM dalam tempoh masa 15-30 hari, then, kalau tak ada apa-apa masalah, syarikat dah terus boleh dapat Sijil Halal tu. See, tak lah mahal sangat nak dapatkan sijil / cop HALAL dari Jakim ni.. Pastu pulak tak lama pulak tu.

Kalau ada pihak yang kata nak dapat sijil halal ni kena tunggu 2 tahun ke 5 tahun ke, semua tu hanyalah auta semata-mata. And kalau ada pihak yang cakap diaorang dah mohon sijil Halal ni tapi masih lagi dalam proses - tak dapat-dapat lagi, itupun auta jugak. Sebab nak dapatkan sijil tu tak lama pun, ambik masa sebulan jer. 

 Ini Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM - Ybhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee

Talk disampaikan oleh Ustaz Luqman Nur Hakim dan En. Fakarudin Masod

Semua kusyuk mendengar taklimat

 Wajiblah selfie

 Nampak gemuk tak? hihi.. Pregnant sebenarnya. Dah 6 bulan (smile)..

 

 

 Untuk apa-apa info , korang boleh je layari facebook Jakim ni - HabHalalJakim

P/S :  Kalau restoren yang korang pergi tu tak ada Logo Halal, tak semestinya tempat tu tak Halal. So, tepuk dada, tanya diri sendiri. Kalau rasa was-was, tinggalkan jer atau kalau rasa tempat tu ada perkara-perkara syubhah, tinggalkan jer. Jangan sesekali buat FITNAH pasal tempat tu. Ingat! Fitnah tu lebih teruk dari membunuh. hihi. 

Sebenarnya, sesebuah restoren yang mendapatkan sijil Halal JAKIM ni, tak dibenarkan menjual sebarang jenis arak dalam restoren atau premis berkenaan. So, kalau tempat tu ada jual arak, eerrmmmm silalah membuat aduan di Facebook JAKIM. 

Hopefully perkongsian aku ni memberi manfaat untuk kita semua. Sebab apa-apa makanan atau cecair yang masuk ke dalam badan kita, akan menjadi darah daging kita.. So, be careful guys.

Last but not least, Thank you for reading!

11 comments:

  1. wahhh good info here. take care akak since now ur pregnant kan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info ni ye & tahniah dah 6 bulan 😊

    ReplyDelete
  3. syukran for sharing...info yg bagus..

    ReplyDelete
  4. Info berguna. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  5. thanks sharing this DP...wah, banyak benda mrs pip tak tau pula pasal logo halal ni ...
    baca entry ni, terus rasa lepas ni kena check logo yang fake tu ...

    ReplyDelete
  6. Tak mahal pun nak mohon sijil Halal kann... RM200 jer

    ReplyDelete
  7. betul,kalau ragu2 lebih baik kita tak makan.dari menyebar bnda yang belum tentu sahih.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. Tahniah!!!

    ReplyDelete
  9. Dulu tak tau..sekarang dah tau. Jadi lepas ni lebih hati2 bila nak viralkan isu HALAL ni. Kena periksa dulu.

    ReplyDelete
  10. Kan..jangan mudah share perkara tidak pasti..lebih² lagi isu halal dan tidak halal

    ReplyDelete