Dulu masa aku bekerja dulu, aku agak kerap pergi ke Sabah. To be exact ke Bandar Kota Kinabalu. Sekrang ni sejak dah tak kerja, jarang-jarang je la ke sana, dah tak sekerap dulu.. So, setiap kali berkunjung ke Sabah, aku atau en.suami wajib akan tapau bawak balik SEAFOOD.
See, perkataan SEAFOOD tu aku bold kan.hihi. Sebab apa? Sebab seafood kat Sabah MURAH GILER! Jauh lebih murah dari harga kat Semenanjung ni dan fresh pulak tu. Aku biasanya beli yang fresh, bukan yang frozen tau. Biasanya aku suka beli udang dan sotong. kalau angin nak makan ketam tu datang, aku akan beli jugak ketam. Kalau tak, tak beli lah. Aku jarang sikit makan ketam, lebih suka udang ngan sotong jer. Sama gak ngan lobster. Sekali sekala boleh lah makan, nak makan selalu, takut nanti kena 'gout' pulak.. huhuhu.
Ini yang aku beli baru-baru ni masa berkunjung ke sana
Kat mana nak beli seafood?
Kat Pasar Basah , belakang Pasar Philiphines. Kalau nak yang betul-betul fresh, korang datang je ke pasar dalam jam 4-6 pagi. Confirm korang boleh pilih macam-macam dengan senang hati. Tapi kalau datang kul 10 pagi, kaut je lah yang mana ada sebab masa tu banyak yang dah habis. Tapi jangan risau, tetap fresh tau. Jangan datang lambat selepas jam 10 pagi tau, takut korang hanya mampu tengok muka peniaga udang jer, udang nya dah licin. hihi..
Macam-mana nak bawak balik naik flight?
Senang jer. Korang cakap jer kat peniaga tu nak packing sekali, nak bawak naik flight. Kalau boleh packing semua barang basah sekali buat 1 kotak jer, nanti tak lah susah korang nak bawak kotak banyak-banyak. Kos packing ialah RM 20 tak kira saiz besar atau kecik. Nanti dia akan packing sekali ngan AIS dan diletak dalam tong ikan (yang polistrine tu). Pastu, baru tong polistrine tu dimasukkan ke dalam kotak kertas yang warna coklat tu. Pastu, nanti korang labelkan sendiri kotak tu dengan nama korang. Biasanya diaorang akan packing cantik-cantik. So far, tak pernah lagi kotak yang aku bawak terkoyak atau pecah.
Nanti bila nak naik flight, depends la korang nak check-in kotak tu dalam perut kapal terbang atau nak bawak sendiri naik atas as a hand luggage. Aku biasanya bawak sekali naik flight sebab takut ais mencair kalau duduk dalam perut kapal terbang.
Bila jejak je kaki ke rumah kesayangan korang, cepat-cepat unpack dan masukkan ke dalam freezer, kalau boleh teruslah masak. Barulah syok dapat makan seafood segar-segar. hihi
Alaaaa...terus rasa nak pi KK makan seafood...
ReplyDeletewahhh, first time tahu boleh pack dan bawak balik seafood dari KK, benda baru ni. menarik betul DP!
ReplyDeleterindu kk....nak mkn seafood..:(
ReplyDeleteWAH SEDAP TU DPT MKN SEAFOOD SEGAR DARI SABAH...
ReplyDeletedepa sangat pro bab packing2 seafood...permintaan tinggi..
ReplyDeletewh bestnya, teringin jugak nak ke kk
ReplyDeleteSaya pon baru taw dapat pack dan bawak seafood dari KK..menarik nih
ReplyDeleteTahun lepas baru start buat bila balik dari labuan.
ReplyDeletealaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletesebab siiifuddd ty di BOLD kan, terus rasa x sabar nak penuhkan tabung ayam utk percuti thn depan..ekekekek
sedap betul masakan tu.. expensive ke?
ReplyDeleteTak pernah ke Sabah. Tapi seafood memang murah kat sana.
ReplyDeleteMemang murah,jomm ke sabah 😀😀
DeleteBisa jadi recomen,kalau ke Sabah,nanti tak coba seafoodnya.
ReplyDelete