Thursday, December 21, 2017

Spring Cleaning 2017

Macam aku ceritakan kat entry sebelum ni, yang sekrang ni aku busy duk kemas rumah - buat spring cleaning, decluttering every corner of the house - fuuhhh!! Penat giler.. Sampai ke hari ni pun, belum setel semua lagi. Sekarang ni rumah memang macam tongkang pecah. 

Perhaps, everything akan settle sebelum masuk tahun baru nanti. So, next year kita concentrate untuk welcome new baby pulak, shopping barang baby.

My husband and i bertungkus-lumus siapkan rumah ni.. Saja nak refresh, nak bagi mood segar untuk tahun 2018 nanti. Almaklumah nak jumpa 'orang baru' kan, excited giler!..

My MIL just passed away Sunday hari tu. So, kitaorang sekarang pun masih lagi dalam mood kesedihan tu.. huhu. So, progress cleaning ni berjalan perlahan la. Accidentally, FL pulak kena keracunan makanan - lepas makan pasta kat IKEA weekend hari tu.. hhuhuhuhu.. Life is being so hectic lately, sebab tu blog pun tak update.. sobs..sobs..sobs.. 


1. Decluttering our closet 

Baju-baju yang dah tak muat / tak pakai, dah kena let go. Nanti duk simpan-simpan, jadi harta karun pulak. Pastu menyemak jer closet tu.. Sebab baju baru sentiasa masuk. Ni aku tengah preggy, so banyak baju preggy nak kena beli sebab baju-baju preggy masa pregnant kan FL dulu,  dah tak ada.   


 
 Langsir yang tak guna pun, kita let go jer. 

 Sejak dah tak keje gomen ni, dah tak pakai baju kurung and baju batik. 
So, aku nak let go semuanya. Sekarang aku banyak pakai casual outfit jer.  


Baju-baju yang dah tak pakai, aku hantar kat Pusat Recycle - kat situ nanti diaorang akan agihkan atau bagi kat orang yang nak.  Dulu-dulu, aku bagi kat Orang Asli Hulu Langat, tapi sekarang nak gi Hulu Langat tu tak larat - jauh sangat.huhu


2. Spring cleaning my mini library

Part ni agak mencabar, sebab aku jenis sayang nak let go buku-buku aku. Walaupun ada antaranya dah berusia 10 tahun, tapi aku masih lagi simpan. Sebab kadang-kadang, buku-buku tu susah nak cari. Lagipun tu semua kan ilmu..huhu. Tapi, what to do, i have to. Sebab nak bagi ruang kat buku-buku or magazine baru masuk rumah. Rumah aku kecik jer, jadinya library pun kecik jer lah. Mana boleh simpan buku banyak - banyak, nanti jadi perpustakaan awam pulak..

Buku-buku yang dah tak guna, aku donate kat Library UPM. Alhamdulillah, nasib baik Library UPM ada buat perkhidmatan ni - 'terima buku preloved'.

 Magazine yang dah out-dated nak let go. 
Kecuali magazine home decor / interior design aku akan simpan - sayang nak buang. hihi

 Ini satu kotak magazine & berkotak-kotak lagi buku-buku ilmiah... huwwwaaa

Nak let go -  1 kotak novel yang dah habis baca.. 
Sekarang ni dah tak sempat langsung nak baca novel, asyik duk melayan FL je la, hihi.


3. Decluttering my kitchen

Yang ni renyah sikit sebab nak kene check satu-satu. Bahan makanan yang dah expired kena buang. Pastu, cleaning refrigerator dan deep freezer kasi bersih - yang ni en.suami yang tolong bersihkan. Pastu, organize semula peralatan dapur kasi cantik dan organize sikit. Sorry tak ada gambar dapur ni. Nanti lah aku up kat entry lain. 


So, inilah keadaan rumah aku sekarang ↓. Wall tu nak kena cat semula sebab dah 'cantik' sangat sebab ada orang suka 'berkarya' kat rumah ni.. hihihi..

Benda yang nak let go, kitaorang letak dalam kotak. Kotak-kotak tu kitaorang ambik kat Giant - Free!! 

Banyak barang yang kitaorang ganti baru. Hari tu pergi Nilai 3 cari carpet dan langsir. Weekend hari tu pergi IKEA and Daiso cari barang rumah gak. So, lately, setiap kali weekend memang padat la aktiviti kitaorang - shopping barang rumah dan buat cleaning. 

InshaAllah, nanti kalau sempat dan ada mood aku nak share, aku akan buat entry khas untuk setiap corner tu. By the way, thank you for reading ya.. Love U!

Thursday, December 14, 2017

Menikmati Hidangan Steak dan Grill Yang Best di Jahhet Fine Meat

Hari tu, aku and my big family makan malam kat Jahhet Fine Meat, kat Ampang. Jujur aku katakan, aku tak pernah tahu akan kewujudan restoren ni. Restoren Jahhet ni offer hidangan western food - steak and grill. Ada sorang family member yang suggest tempat ni, so kitaorang ikut jer. 

Restoren ni baru jer dibuka dan kalau tak salah aku, ada lagi beberapa cawangan Jahhet ni kat tempat lain. Aku pun tak pasti kat mana , korang google jer.

 Inilah restorennya. Ntah kereta siapa lah yang parking betul-betul depan kedai tu..eerrrmmm

 Interior Deco restoren ni not bad lah. Aku suka (thumbs up). Masa kitaorang datang tu kebetulan weekdays, so tak ramai orang. Banyak meja kosong.

Kita boleh pilih daging yang mana kita suka. Harga daging pun dah diletak pada plastik. 

 Ini harga untuk setiap bahagian daging tu.  
Salmon pun ada gak kat sini. 

Selain dari steak and grill, ada lagi hidangan lain yang kita boleh pilih

 Ini Steak Salmon. Harga 1 plate ni dalam RM 42.00

 Ini hidangan lamb steak. Harga 1 plate ni dalam RM 58.00

Ini promotion bulan December ni. Ada diskaun 10% - 15% tu...(best-best)


Restoren ni ditutup jam 11 malam. Kul 10.00 malam dah close order, so tak boleh lagi nak request apa-apa. 

Minuman kat sini tak free tapi semuanya bottomless - boleh refill. 

So, kalau korang tercari-cari restoren western food aku sangat recommend korang cuba restoren ni..

Wednesday, December 13, 2017

Kalau Berkunjung ke Sabah Jangan Lupa Beli Seafood!

Dulu masa aku bekerja dulu, aku agak kerap pergi ke Sabah. To be exact ke Bandar Kota Kinabalu. Sekrang ni sejak dah tak kerja, jarang-jarang je la ke sana, dah tak sekerap dulu.. So, setiap kali berkunjung ke Sabah, aku atau en.suami wajib akan tapau bawak balik SEAFOOD.

See, perkataan SEAFOOD tu aku bold kan.hihi. Sebab apa?  Sebab seafood kat Sabah MURAH GILER! Jauh lebih murah dari harga kat Semenanjung ni dan fresh pulak tu. Aku biasanya beli yang fresh, bukan yang frozen tau. Biasanya aku suka beli udang dan sotong. kalau angin nak makan ketam tu datang, aku akan beli jugak ketam. Kalau tak, tak beli lah. Aku jarang sikit makan ketam, lebih suka udang ngan sotong jer. Sama gak ngan lobster. Sekali sekala boleh lah makan, nak makan selalu, takut nanti kena 'gout' pulak.. huhuhu.


Ini yang aku beli baru-baru ni masa berkunjung ke sana


Kat mana nak beli seafood?

Kat Pasar Basah , belakang Pasar Philiphines. Kalau nak yang betul-betul fresh, korang datang je ke pasar dalam jam 4-6 pagi. Confirm korang boleh pilih macam-macam dengan senang hati. Tapi kalau datang kul 10 pagi, kaut je lah yang mana ada sebab masa tu banyak yang dah habis. Tapi jangan risau, tetap fresh tau. Jangan datang lambat selepas jam 10 pagi tau, takut korang hanya mampu tengok muka peniaga udang jer, udang nya dah licin. hihi..

Macam-mana nak bawak balik naik flight?

Senang jer. Korang cakap jer kat peniaga tu nak packing sekali, nak bawak naik flight. Kalau boleh packing semua barang basah sekali buat 1 kotak jer, nanti tak lah susah korang nak bawak kotak banyak-banyak. Kos packing ialah RM 20 tak kira saiz besar atau kecik. Nanti dia akan packing sekali ngan AIS dan diletak dalam tong ikan (yang polistrine tu). Pastu, baru tong polistrine tu dimasukkan ke dalam kotak kertas yang warna coklat tu. Pastu, nanti korang labelkan sendiri kotak tu dengan nama korang. Biasanya diaorang akan packing cantik-cantik. So far, tak pernah lagi kotak yang aku bawak terkoyak atau pecah. 

Nanti bila nak naik flight, depends la korang nak check-in kotak tu dalam perut kapal terbang atau nak bawak sendiri naik atas as a hand luggage. Aku biasanya bawak sekali naik flight sebab takut ais mencair kalau duduk dalam perut kapal terbang. 

Bila jejak je kaki ke rumah kesayangan korang, cepat-cepat unpack dan masukkan ke dalam freezer, kalau boleh teruslah masak. Barulah syok dapat makan seafood segar-segar. hihi

Friday, December 08, 2017

Aktiviti Cuti Sekolah - Kelas Mengaji Intensif

Susah betul nak update blog lately. Tak sempat nak tengok laptop sebab duk setelkan bena-benda lain. Banyak benda nak settle sebelum masuk tahun baru nanti. 

2018 seem to be a refreshment to our marriage. Sebelum ni kitaorang (me and my hubsy) terlampau selesa sangat dengan keadaan sekarang. Yess we too comfort with our life. And next year, everything gonna be different 'coz :

1) Our small family is expand to 4 next year. We will welcoming our new baby into this world.

2) Perhaps, my PHD journey will over by next year. 

3) FL will enter to a  preschool. So no more playschool. Hence, at this time, we are busy preparing her to go to big school including looking for a good kiddy and settle down fee as well (the registration fee is almost the same like university fee nowdays.... huwwaaa .. #mommycries)

Hence, above all, i do a spring scleaning of my home. A lot of things need to let go and also do makeover some of the space inside this house. Wishing that this coming 2018 will bring us more energy, happiness and more productive. 

A part of all, i'm approaching my third trimester soon. My tummy is growing bigger and bigger.  So, all the daily progress are quite slow as i feel very tired and i need more rest... huhuhu.. 

*****
And here, i wanna share with you FL's current activity during this school holiday. 

She enroll for an intensive quranic class. Every single day (from morning till evening),she is going to an islamic class except for Saturday and Sunday.  At least her time is fullfill with something beneficial on this holiday. I want her to learn about alquran as early as she can and this is the time. 

So, aku iron siap-siap baju dia untuk 2 minggu terus.

 Aku guna iron steam Philips Perfect Aqua. Kerja menggosok memang snagat-sangat senang. Langsung tak penat. And kalau tertinggal iron atas baju pun tak risau, sebab confirm baju tak kan terbakar.

 Ni baju yang dah siap digosok. Aku pakaikan dia baju kurung since baju kurung dia banyak.

 Pastu aku hang kan terus siap dengan legging sekali.  Nanti tak ada la susah-susah nak cari legging pagi-pagi. Tudung pulak aku beli yang tak perlu diiron. So, senang sikit kerja mumy. hehe


 Dah siap baju untuk 2 minggu

 Balik dari school memang comot la.. 

 Lepas lunch, diaorang tukar baju. So, aku bekalkan dia dengan baju t-shirt jer.


So far, she really enjoy the class.
Cuma masa hari pertma tu buat drama air mata sikit, biasalah budak-budak, bukan senang nak pergi ke tempat baru.

After all, Alhamdulillah!.

Wednesday, December 06, 2017

Boleh Percaya ke dengan Logo HALAL ni?

Semalam Kelab Blogger Ben Ashaari mendapat peluang untuk mendengar info pasal Halal kat JAKIM. At least dapat jugak aku tambah pengetahuan pasal HALAL ni.. Almaklumlah kita duduk kat Malaysia ni, isu HALAL memang sangat-sangat sensitif.. Ya lah, kita kan orang Islam mestilah lah sensitif bab-bab Halal ni. 

http://www.dorsettpink.com/
 sumber imej : facebook.com/shbtHalal
Memang HALAL JAKIM ni sangat-sangat bernilai tinggi. Kalau kita beli apa-apa barang, confirm akan cari Logo ni dulu kan kat label produk? Sama jugak kalau pergi makan kat luar, pasti akan tercari-cari logo ni dulu sebelum masuk restoren. 

LOGO HALAL JAKIM DIGUNAKAN DI NEGARA LUAR

Disebabkan ia sangat bernilai tinggi, orang kata 'precious' gitu, maka tak hairanlah negara luar pun turut sama nak dapatkan pengiktirafan pensijilan HALAL dari JAKIM. Antaranya ialah Jepun. Masa aku ke Jepun dulu, aku pun  terkejut ada banyak restoren yang letak Logo Halal dari Malaysia ni. "Kenapa diaorang tak keluarkan Logo Halal sendiri?" hati kecilku berbisik. Bila baca info kat Halal in Japan rupanya, sebabkan diaorang percayakan status HALAL dari Negara Malaysia ni, and to be exact from JAKIM. Syabas JAKIM (thumbs up) sebab berjaya buatkan negara luar memandang serious aspek HALAL ni. Dan sekarang, bukan sahaja negara Jepun yang menggunapakai Sijil Halal JAKIM tapi turut digunapakai oleh beberapa negara lain, contoh macam Korea dan China.

https://i0.wp.com/www.thevocket.com/app/uploads/2017/06/h37.jpg
Ini antara LOGO Halal di Jepun yang diiktiraf oleh JAKIM

So, kalau negara lain pun dah percaya dengan Sijil Halal dari JAKIM, it means that Sijil Halal Jakim ni memang sah berkualiti la. Bukan nya boleh sesuka hati dapat jer.. Maksud aku - bayar dan dapat.

Pihak JAKIM telah mengiktiraf  lebih dari 30 LOGO Halal yang terdapat di serata dunia. So, kalau kita nampak certain produk tu tak ada Cop Halal Malaysia, tapi ada Cop Halal dari negara lain, ianya adalah Halal. Korang kena semak dengan website www.halal.gov.my untuk mendapatkan kepastian. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8UG6hSdiJCGreiqdyIcx_1JjpKrVrhUdSLXwa0FZzeg0jU5vBUGdwzJjBjKN2hLrZucnqPQRRDetdIROQSIJxoe9m0A7Ts-1jD0Osq5Gs3spd3NTAcPxlFvLbRL4iIK1sb8XxlnuHmUQ/s1600/IMG_13246553236854.jpeg
Ini dia LOgo-Logo HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM pada 2014. Untuk update, korang boleh check dengan Portal Halal Malaysia.


PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN SIJIL HALAL JAKIM

Nak dapatkan SIJIL HALAL JAKIM ni, setiap syarikat yang memohon perlu patuhi beberapa syarat yang ditetapkan, antaranya ialah :

- Syarikat berdaftar dengan SSM

- Mempunyai lesen perniagaan dari PBT atau Surat Akuan dari mana-mana Agensi Kerajaan.

- Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.

- Mengeluarkan / Mengendalikan Produk Halal sahaja.

- Owner atau orang berkepentingan di dalam syarikat perlu menghadiri Kursus Pensijilan Halal yang Dianjurkan oleh Pihak JAKIM.

- perlu ada at least 2 orang pekerja Muslims di bahagian pengendalian makanan (food preparation). (Pekerja Muslims dibahagian marketing tak diambik kira. hihi)


Kalau dah lepas syarat yang ditetapkan, setiap permohonan sijil halal ni perlu membayar RM 200 dan permohonan mendapatkan sijil ini akan diproses oleh pihak JAKIM dalam tempoh masa 15-30 hari, then, kalau tak ada apa-apa masalah, syarikat dah terus boleh dapat Sijil Halal tu. See, tak lah mahal sangat nak dapatkan sijil / cop HALAL dari Jakim ni.. Pastu pulak tak lama pulak tu.

Kalau ada pihak yang kata nak dapat sijil halal ni kena tunggu 2 tahun ke 5 tahun ke, semua tu hanyalah auta semata-mata. And kalau ada pihak yang cakap diaorang dah mohon sijil Halal ni tapi masih lagi dalam proses - tak dapat-dapat lagi, itupun auta jugak. Sebab nak dapatkan sijil tu tak lama pun, ambik masa sebulan jer. 

 Ini Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM - Ybhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee

Talk disampaikan oleh Ustaz Luqman Nur Hakim dan En. Fakarudin Masod

Semua kusyuk mendengar taklimat

 Wajiblah selfie

 Nampak gemuk tak? hihi.. Pregnant sebenarnya. Dah 6 bulan (smile)..

 

 

 Untuk apa-apa info , korang boleh je layari facebook Jakim ni - HabHalalJakim

P/S :  Kalau restoren yang korang pergi tu tak ada Logo Halal, tak semestinya tempat tu tak Halal. So, tepuk dada, tanya diri sendiri. Kalau rasa was-was, tinggalkan jer atau kalau rasa tempat tu ada perkara-perkara syubhah, tinggalkan jer. Jangan sesekali buat FITNAH pasal tempat tu. Ingat! Fitnah tu lebih teruk dari membunuh. hihi. 

Sebenarnya, sesebuah restoren yang mendapatkan sijil Halal JAKIM ni, tak dibenarkan menjual sebarang jenis arak dalam restoren atau premis berkenaan. So, kalau tempat tu ada jual arak, eerrmmmm silalah membuat aduan di Facebook JAKIM. 

Hopefully perkongsian aku ni memberi manfaat untuk kita semua. Sebab apa-apa makanan atau cecair yang masuk ke dalam badan kita, akan menjadi darah daging kita.. So, be careful guys.

Last but not least, Thank you for reading!

Friday, December 01, 2017

Membangunkan Otak Kiri Dengan Permainan LEGO

FL seorang yang aktif, peramah dan suka berkawan. Dia suka sangat arts & crafts tapi dia sangat tak suka main dengan blocks (lego). Aku perasan ni since dia umur 1 tahun lagi. Kalau bagi lego kat dia, kejap je dia boleh main , pastu dia bosan. Kalau suruh dia buat arts & crafts, dia boleh duduk siapkan arts projects dia sampai siap.. 

So, nampaknya dia ni jenis orang otak kanan.. Sepatutnya kedua-dua belah otak - otak kiri dan kanan perlu digunakan - barulah seimbang.Permainan lego ni boleh membangunkan otak kiri. Cuba korang perhatikan engineer or mathematician, biasanya diaorang ni suka main dengan Lego.

So, since FL tak minat dengan mainan blocks, aku cuba antar dia ke Lego Class, mana tahu kalau ada kawan-kawan  dan cikgu, dia OK dan boleh bermain dengan riang...

So, dia pergi trial class dulu hari tu kat LEGO yang terletak dalam Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Trial class ni RM 21 je untuk sejam. Kalau nak datang walk-in untuk main lego pun boleh, bayar je RM 21 tu. 

Kalau nak join class, ada macam-macam pakej, so kena tanya details kat staff Lego tu lah.


 
 Ni semua student yang datang ke kelas Lego ni



 Kelas kat sini , student akan diassist one by one dengan cikgu. Maksudnya 1 orang cikgu untuk 1 orang student pada satu-satu masa.

 Student boleh pilih  jenis lego yang diaorang nak main masa kelas tu
 
Kat sini ada macam-macam jenis lego yang boleh dipilih. Purposely untuk student kat sini jer, tak boleh beli. So, instead of beli lego ni kat kedai, kids boleh datang sini main lego kesukaan mereka. Jimat sikit duit parents sebab satu-satu set Lego tu boleh tahan gak harga dia.. Yang harga sampai beriburiban pun ada..

But, end of the class, FL memang tunjuk yang dia tak minat dengan permainan blocks ni. So, tak jadilah mummy nak enroll dia untuk masuk ke kelas Lego ni.. Maybe kena cari aktiviti lain yang lebih fun yang dia suka..

Tuesday, November 21, 2017

Travel TIPS | Kat Mana Nak Beli Thermal Wear / Long John Murah?

Travel TIPS | Kat Mana Nak Beli Thermal Wear / Long John Murah | School holiday is around the corner, so sekrang ni masa untuk bercuti lah. Hujung-hujung tahun macam ni, mestilah percutian musim sejuk yang menjadi pilihan ramai kan? 

So, mesti ada yang duk tercari-cari kat mana nak beli baju sejuk atau winter coat murah-murah. Haaa, korang boleh baca entry aku ni - "Kat mana nak beli baju sejuk / winter coat murah-murah". InshaAllah, entry tersebut mampu membantu korang untuk beli winter coat yang murah. Tapi kalau koramg ada bajet lebih, pergi je lah beli yang mahal-mahal yang berjenama di Star Hill nun. Pilihan terletak ditangan masing-masing.


WAJIB BAWAK THERMAL WEAR / LONG JOHN KALAU BERCUTI DI MUSIM WINTER

Kalau dah beli baju sejuk, persiapan pakaian korang masih tak lengkap lagi kalau tak bawak sekali thermal wear atau orang selalu sebut long john. Thermal wear ni kita pakai kat dalam, untuk melindungi badan kita dari rasa sejuk. Bila pakai ni, InshaAllah tak perlu pakai baju banyak-banyak lapis. 

Biasanya kalau aku travel di musim sejuk, aku akan bawak 2 pasang thermal wear ni. Satu pasang pakai siang, satu lagi pakai di malam hari. 

http://winterclothes.com.my/wp-content/uploads/2013/11/Basic-Light-Warm-Cotton-Base-Layer-LongJohn-17.jpg

So, kat mana aku selalu beli thermal wear ni? Jawapannya ialah di SOGO. Yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman nun. 

https://insideretail.asia/wp-content/uploads/2015/06/Sogo-Malaysia.jpg

BELI THERMAL WEAR KAT SOGO
Dulu, sebelum aku start shopping barang travel kat sini, aku ada lah membeli long john kat butik-butik travel yang lain. Ada yang ngam ada yang tak, tapi rata-ratanya mahal. 

Bila dah cuba beli pakaian travel kat SOGO ni, aku terus jatuh hati dan menjadi loyal customer SOGO untuk mencari barang-barang untuk travel. 

Sebab apa aku suka shopping thermal wear kat sini? Sebabnya kat sini ada banyak pilihan thermal wear, dari yang murah sampailah yang mahal. So, depends pada bajet korang la, korang nak beli yang mana. Ada yang guna material cotton, ada yang guna material bulu angsa. So, bergantung pada citarasa masing-masing. 

THERMAL WEAR FOR KIDS

Pastu pulak, kat sini pun ada jual thermal wear untuk kanak-kanak tau. So, aku beli baju FL kat sini lah. Merata tempat aku cari thermal wear untuk FL ni tapi tak jumpa. huhu. Bila datang Sogo, ada terjual disini. So, senang lah! Dia ada pilihan dari saiz baby sampai ke saiz kids and ada banyak pilihan harga. So, depends pada bajet masing-masing.

http://www.winta.in/wp-content/uploads/2015/12/WINTA-KIDS-THERMAL-WEAR-BOTTOM.jpg
  Ni contoh thermal wear untuk kids.  

Untuk FL pun sama, aku biasanya bawak 2 pasang. 1 pakai waktu siang, 1 lagi pakai waktu malam. Kiranya pakaian malam tu akan jadi pakaian tidur dia lah. Walaupun kat dalam bilik hotel ada heater, tapi tetap jugak pakai long john ni untuk kelesaan maksima.

So, aku sangat recommend la korang cari thermal wear kat Sogo ni. Even, barang travel yang lain pun banyak pilihan ada kat sini. Nanti aku akan share barang-barang yang selalu aku bawak bila travel dari masa ke semasa. Korang pergi je kat bahagian travel. Kalau tak silap aku, dia satu aras ngan bahagian sports kot.
Hopefully, entry ni dapat membantu korang k untuk cari thermal wear. Selamat bercuti!

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com


Blogger Fiza ada buat Giveaway Photo Polaroid sempena pembukaan kedai Print Photo Polaroid nya. So, apa kata kita beramai-ramai join GA ni, support kawan-kawan. Tak dapat hadiah takpe, janji dapat mengeratkan silaturahim . Jom korang! 

Syarat nye simple jer - Tak perlu 'Follow' atau 'Like', cuma perlu buat entry pasal GA ni.. Thats all.

Kalau korang nak join, klik je banner bawah ni.. 

Senang. Semudah ABC!







http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html

Ciri-ciri Photo Polaroid
  • High  Quality Glossy Paper
  • Gambar tak blur
  • 100% tak pecah
  • RM0.80/pcs
  • Minimum print serendah 20pcs
  • 200pcs dapat RM0.70/pcs
  • Saiz gambar 2R (6cm x 9 cm)
  • Siap dalam 1-2 hari sahaja

Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.
Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Monday, November 20, 2017

Heartburn :: Ubat Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Ubat Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung | Heartburn / Reflux atau orang melayu panggil 'pedih ulu hati' sering dialami oleh wanita yang tengah mengandung. Tapi pengalaman preggy setiap orang kan berbeza. Macam aku mengandung FL dulu tak pernah dapat heartburn ni, masa tu aku duk struggle sakit hemorrhoids. 

Tapi tak dinafikan ramai jer wanita mengandung yang mengalami masalah pedih ulu hati ni. Ada yang sakit teruk, ada yang tak. Heartburn / pedih hulu hati ni sakit dia macam sakit gastrik la. Orang yang ada gastrik tahu la macam mana rasa sakit tu. Sebab aku ada gastrik, tu sebab aku tahu sakit tu macam mana. 

Biasanya, kalau kita tengok TV, selalu keluar iklan 'Gaviscon' - untuk mengatasi masalah pedih ulu hati ni. Tapi dikalangan wanita yang tengah preggy, gynae tak sarankan ambik Gaviscon ni sebab kesannya ia akan buatkan preggy mother jadi sembelit. Sakit tau kalau sembelit masa pregnant, apatah lagi kalau sembelit masa dalam pantang, lagilah sakit.

So, gynae akan sarankan untuk ambik ubat ni ↓.

Ini dia ubat untuk mengubati penyakit pedih ulu hati dikalangan wanita mengandung


Metoclopramide - "Metoclopramide is a medication used mostly for stomach and esophageal problems. It is commonly used to treat and prevent nausea and vomiting, to help with emptying of the stomach in people with delayed stomach emptying, and to help with gastroesophageal reflux disease. It is also used to treat migraine headaches. (Source : Wikipedia)"


So, pada all preggy mothers yang mengalami masalah heartburn ni, aku harap entry ni dapat membantu kalian mencari solusi yang sesuai. InshaAllah. Kita cuma mampu berusaha, Allah juga yang menyembuhkannya.

Thank you for reading anyway.

Warming Up

Salam Isnin U all. Monday blues?? No.. No.. NO.. Jom baca blog saya dulu untuk hilangkan blues tu. hihi
Sejak dari dulu lagi, dah menjadi kebiasaan aku kalau sebelum memulakan kerja/study (kat laptop), aku akan 'warming up' dulu. Aku akan panaskan enjin dulu samaada enjin laptop atau enjin otak aku. hihi.. Lepas enjin dah panas, baru akan start buat kerja. 

Aku boleh buat kerja 5- 6 jam straight tanpa henti tau kalau aku buat 'warming-up' dulu.. hehe.. Kadang tu, aku sampai tak makan sebab fokus nak siapka kerja. Sebab tu aku ada gastrik teruk sebab selalu sangat skip makan. Tapi sekarang, aku cuba lah untuk berdisplin bab makan ni. Nanti aku jugak yang susah - bila gastrik, langsung tak boleh buat kerja.. huhu

Macam mana kaedah warming up aku? haaa.. bunyinya macam kelakar, tapi korang jangan gelak tau sebab ini realiti, bukan cubaan...


Kalau dulu-dulu...Biasanya aku warming up dengan tengok music video atau main game. Biasanya aku peruntukan dalam 30-45 minit untuk panaskan enjin ni..

Masa zaman aku ambik Diploma dulu, aku akan tengok muzik video Britney Spears. Seblum buat assingment / project autoocad kat laptop, memang wajib layan dulu lagu Britney. Memang download video-videonya kat dalam lappy. Aku minat giler ngan Britney dulu.  and game tembak-tembak bola, aku lupa ntah apa nama game tu. Tapi game tu kira legend la sebab sekarang ni orang dah tak main dah game tu. hihi..

https://static.wonderfulunion.net/groundctrl/clients/britney_spears/timeline-assets/_large/albums/2011FemmeFatale.jpg

Pastu, masa zaman buat Degree, aku selalu tengok muzik video 'Pussycat Dolls' - lagu yang paling aku suka ialah lagu 'Beep'. And aku suka main game 'Bingo' kat laptop, kalau korang tau lah game tu....

Masa buat Master pulak, aku dah start blogging. Tapi blog yang lama la. Blog Dorsett Pink ni aku baru create masa 2014 hari tu. Aku buat Master tahun 2008. Masa blogging dulu, aku tak pandai apa-apa un tentang blog. Nak blogwalking pun tak pandai. So, apa yang aku tulis semuanya syok sendiri jer.. hihi.. Masa tu orang dah start ada Facebook. Tapi aku tak layan FB, aku cuma suka blog jer.. Entahlah, kenapa. Aku memang tak ada hati dengan FB sejak dulu lagi. 

Masa zaman aku kerja, aku suka tengok Shakira. Masa tu tengah fever Piala Dunia , so hari-hari duk layan lagu 'Waka-Waka'. Bagi aku, lagu tu memberi semangat la. Sampai sekarang aku duk tengok lagi video muzik 'Waka-Waka' tu.. Tengok kat Youtube. Bila dengar lagu ni jer, terus semangat nak buat kerja..

https://statics.sportskeeda.com/wp-content/uploads/2014/03/shakira-waka-waka-2143457.jpg

And sekarang masa buat phd ni, aku warming up dengan blog semula. Masa bukak laptop, first thing first, aku akan bukak blog dulu. Update la apa-apa sikit. kalau aku tak ada mood nak update, aku akan baca balik post-post aku yang lama-lama. hihi.. Bila baca balik, kadang tu tergelak sorang-sorang macam kerang busuk sebab tetiba teringat dengan memori lama. Kadang-kadang mood nak update memang kelaut, so aku akan blogwalking mana yang sempat. Kalau ada blog yang aku tak sempat singgah, maafkan aku ye...Sorry.. 

Aku cuba untuk BW blog kalian semua, InshaAllah. Then, lepas dah puas belek-belek blog, aku start la buat kerja sampai lah aku penat.. 



Alhamdulillah, so far, dah bertahun-tahun aku praktikkan rutin ni, aku nampak ia berkesan la dengan aku dan mampu meningkatkan hasil produktiviti aku. kalau aku tak 'warming-up' aku akan bluur sikit, tak tahu nak mulakan kerja dari mana.. huhu.. 

P/S : Kalau ada yang tanya aku - tak baca alquran ke instead of dengar lagu??? Jawapan aku - BACA. Biasanya aku baca masa waktu awal pagi sebelum / selepas waktu Subuh atau masa Solat Dhuha. Sebagai orang Islam, kita kena seimbangkan aktiviti kita seharian antara aktiviti dunia dan aktiviti untuk menambah saham untuk akhirat kelak. InshaAllah, kalau ada keseimbangan, hidup akan berkat dan tenang , dan Allah pun suka =)).