My Milk Booster - Lazz Susu Kambing

in , by dorsett pink, December 29, 2018
Milk Booster Yang Sangat Berkhasit dan senang nak beli - Lazz Susu Kambing || Aku dah menyusukan Leeya selama 9 bulan. Bulan depan dia dah masuk 10 bulan. Kejap je rasa. Cepatnya lah anakku yang sorang ni membesar. Rasa macam baru semalam jer masuk labour room. huhu. Alhamdulillah! Sehingga kini Leeya masih lagi minum susu mommy sepenuhya. Dia belum lagi campur dengan mana-mana formula milk. 

Alhamdulillah! Bersyukur sangat-sangat. Hopefully berjayalah Leeya minum susu mommy sehingga umur 2 tahun nanti. 

Ada sorang sahabat bertanya aku baru-baru ni - penat tak menyusukan anak dengan duk struggle study lagi? Giler ko tak penat. Memang penat , rasa macam lari marathon. Aku rasa mungkin sebab rutin harian aku yang sangat padat, maybe sebab tu la rasa penat. Ye lah mana tak penat nya, dari pagi hingga ke malam , aku dk busy dengan study, sambil jaga anak-anak, dah lah Leeya ni makin aktif sekarang - panjat sana-sini, pastu pulak kerja-kerja rumah tetap juga kena buat, at least pinggan-mangkuk pun kena basuh jugak, sampah pun nak kena buang hari-hari juga. So, faham-faham je lah, level kepenatan tu macam mana. 

Tapi aku bersyukur sebab susu badan aku masih cukup nak bagi pada Leeya. Apa rahsianya?

Rahsianya ialah - Lazz Susu Kambing - My Milk Booster.


Ramai orang share kat media sosial pasal keenakkan susu kambing Lazz ni yang turut sama boleh menjadi milk booster. Aku pun belilah. Order je kat www.lazzdelivery.com . Pastu tup-tup agent kat area rumah aku ni mesej, cakap nak antar susu. COD - bayar cash masa susu sampai depan rumah. Waahhh! Cepat giler servis penghantaran. Tak yah aku susah-susah nak kena drive kerta dan cari parking. Jimat duit petrol aku. hahaha. 



Dapat je susu kambing LAZZ ni, excitednya Kakak FL sebab (kononnya) dia dapat minum susu Omar & Hana. Dia ni peminat setia Omar & Hana. kalau tengok TV cerita Omar&Hana ni, tak berganjak seminit pun dari kacamata televisyen. Fanatik sungguh!. 1 lagi yang dia suka snagat - Upin Ipin. Ini semua orang suka kan. Lucu tengok ragam budak kepala botak 2 orang tu. 

Untuk set milk booster Lazz Susu Kambing ni, dia ada set Omar&Hana dan Lazz Cafe. Packaging Omar & Hana tu lah yang menarik minat Kakak FL nak minum sangat susu tu. Set Omar & Hana ni ada perasa kurma (campuran susu kambing + kurma) dan choco (campuran susu kambing + kurma + choco) dan Lazz Cafe pulak ialah campuran susu kambing + kopi + kurma. Lazz cafe sesuai untuk coffee addict macam aku ni. Walaupun dia ada kopi, tapi kandungan kaffein dalam Lazz Cafe ni taklah tinggi sangat. sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu. 





Aku pun bancuh, bagilah dia rasa. Best katanya. Leeya pun ada rasa jugak dan dia pun suka. Mungkin lepas ni, kalau nak introduce susu formula kat Leeya, aku boleh consider Lazz susu kambing ni, sebab tengok macam dia suka sangat dengan Susu Kambing Kurma tu. Lagipun Lazz Susu kambing ni tak de gula sukrosa. Jadi, ia kurang manis dan sesuai untuk budak-budak minum. Bukan saja kurang manis, Lazz Susu Kambing ni pun tak de bahan kimia sintetik, so memang selamatlah untuk anak-anak dan ibu-ibu menyusu minum Lazz Susu Kambing ni. 

Antara tiga-tiga perasa ni, aku paling suka perisa Choco - campuran susu kambing + kurma + chocolat. Memang sedap sangat-sangat!. Minum susu tu, tak rasa macam minum susu kambing pun sebab langsung tak de bau kambing . hihi. 

Bangun tidur dan sebelum tidur aku wajib minum secawan Lazz Susu Kambing ni. Bukan saja sebagai milk booster, tapi ia jugak bagi aku tenaga untuk kekal aktif sepanjang hari. Tak delah penat lesu jer kan. Bila minum susu ni, aku rasa ada tenaga lebih untuk buat kerja-kerja seharian aku dan dapat juagk aku susukan Leeya tanpa rasa letih. Stress pun hilang bila dapat minum secawan Lazz Susu Kambing ni.


Aku memang sangat rekomen Lazz Susu Kambing ni untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. 

Kalau korang nak beli susu ni, senang jer , tempah je kat website www.lazzdelivery.com atau telefon careline dia - 018-277 7290. Penghantaran yang sangat cepat dan mesra. 

Resipi Nasi Goreng Kanak-Kanak

in , by dorsett pink, December 26, 2018
Semalam mommy buat nasi goreng untuk sarapan anak-anak mommy. Leeya sekarang dah makan nasi, dia dah tak nak bubur. Tapi kalau cereal dia makan pulak. 

Sebab ada lebihan nasi, so mommy fikir eloklah dibuat nasi goreng untuk diaorang. Kakak FL dan Leeya makan nasi goreng yang sama - no salt, no sugar. Sememangnya sejak dari dulu lagi, mommy tak masukkan gula ke dalam masakan, sebab tak nak dapat penyakit di kemudian hari. Kakak FL pun mommy tak nak ajar dia makan benda manis-manis, takut nanti dia terbiasa. So, semua masakan mommy memang tawar je lah sebab tak de gula. hehe. 



Ini dia resipi nasi goreng untuk kanak-kanak dan bayi : 

Bahan-bahan :
- Nasi
- Ikan Bilis / Serbuk Ikan Bilis
- Sayur
- Sebiji Telur
- 2 ulas bawang putih dan seulas bawang merah
- Olive oil
- Sayur / puri sayur


Cara Masak :
1. Tumbuk ikan bilis berserta bawang putih dan bawang merah. Kalau guna serbuk ikan bilis, tak perlu ditumbuk dah ikan bilis tu.

2. Panaskan sedikit olive oil dalam kuali.

3. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.

4. Masukkan telur. Hancurkan.

5. Masukkan sayur. Boleh guna puri sayur kalau anak-anak tak suka makan sayur.

6. Masukkan nasi. Gaulkan nasi sehingga sebati dengan bahan-bahan tadi.

7. Tunggu sekejap. Siap!


Pastu, bolehlah dihidangkan untuk anak-anak tersayang. Mesti anak-anak suka hingga menjilat jari. Yumm-yuummm =))

Cuti Sekolah Ni Kami Ke LEGOLAND

in , , , , by dorsett pink, December 24, 2018

Hari tu, aku dan en.suami dan anak-anak dah berjaya sampai ke Legoland,Malaysia kat Johor nun. Hajat yang dipendam setelah sekian lama untuk kesini. Dek kerana kekangan waktu, hajat nak ke Legoland baru terlaksana di musim cuti sekolah Disember 2018 ni. Alhamdulillah! dapat juga pergi. Tertunai lah impian Kakak FL yang nak sangat sampai sini. 

Kebetulan kami ke JB sebab ikut en.suami yang ada working-trip kat sana. So, alang-alang dah sampai JB, singgah je lah sini. Tapi kami tak lama kat JB tu, sebab kena segera pulang KL, ada urusan yang lagi penting sedang menanti. So, disebabkan oleh kesuntukan amsa, kami hanya masuk Legoland Park je, tak sempat nak masuk WaterPark. Takpelah, next time ada lagi alasan nak datang sini. hihi. 

Kami stay kat bandar JB. Perjalanan dari JB ke Bandar Kota Iskandar di mana terletaknya Legoland ni ambik masa selama 45 minit drive. Jadi, aku rasa , kalau korang nak bercuti kat sini, eloklah duduk kat hotel-hotel dekat sini. Ada banyak homestay kat area Nusajaya, Kota Iskandar ni. Tengok je kat booking.com. 


 




 Ramai orang beratur beli tiket. Better beli tiket online.

Ini harga tiket masuk sini. Hari tu, kami bayar RM 141 (dewasa) & RM 85 (kanak-kanak 3 tahun ke atas).  Sebabkan ada Watson Card, kami dapat diskaun sebanyak RM 65. So, kalau korang nak datang Legoland ni, bawaklah Kad Watson, nanti dapat diskaun macam kitaorang. Ini untuk tiket Theme Park saja. Kalau tiket masuk ke Water Park lain pulak harganya. kalau Leeya masuk Water Park, pun kena bayar RM 10. 

 Ambik driving license

 Ninjago Show

 Surau dia sangat selesa. Besar dan bersih! telekung yang disediakan pun bersih.

Kat sini ada baby room. Baby room dia pun selesa, bersih dan ada macam-macam kemudahan untuk ibu dan baby macam nursing room dan microwave untuk panaskan makanan baby.

 Ini Cafetaria. Nak masuk Legoland tak boleh bawak apa jua makanan, nanti diaorang akan check beg masa kat pintu masuk. Jadinya, makan jelah kat dalam ni. Tempat makan tak menjadi masalah, merata ada dan HALAL!. Cumanya, sediakan duit je lah sebab makanan kat dalam ni sangat mahal. Air mineral botol kecik RM 4. Kalau air manis, botol kecik RM 7.








 Miniature StarWars yang dibuat dari LEGO.




Kakak FL excited sangat dapat datang ke Legoland ni. Cumanya, banyak mainan dia tak boleh main sebab had umur. Dia baru 4 tahun. Mainan kat dalam Legoland ni kebanyakkannya untuk kanak-kanak berusia 6 tahun keatas. So, kalau korang nak datang Legoland, datanglah bila anak-anak korang dah berumur 6 tahun, baru berbaloi bayar harga tiket tu. 

Untuk kami, for sure akan repeat lagi lawatan ke Legoland ni , tapi tunggu Kakak FL umur 6 tahun la dulu. hihi. Dan yang pastinya, akan masuk ke Water Park pulak lepas ni sebab hari tu tak sempat nak main air kat Water Park. 

Berus Gigi Pertama

in , by dorsett pink, December 24, 2018


Ini berus gigi pertama Leeya, dari jenama Tommee Tippee. Aku belikan berus gigi ni masa umur dia 6 bulan dan dia start 'gosok gigi' masa umur 6 bulan jugak. bukan gosok gigi pun, gosok gusi jer. Walaupun masa tu dia tak de gigi lagi, tapi sebab biasakan dia dengan rutin menggosok gigi. Nanti bila dah tiba masa wajib goosok gigi, tak de la drama sangat macam Kakak FL dulu-dulu.

Dulu-dulu Kakak FL susah sangat nak gosok gigi. Memang main wayang opera la kalau tiba waktu menggosok tu. Memang sangat-sangat susah nak pujuk dia gosok gigi, hinggalah dia berjumpa dengan doktor pakar gigi kanak-kanak. Boleh baca cerita tu kat entri ini - 'DAH SUKA GOSOK GIGI SELEPAS BERJUMPA DOKTOR PAKAR'.

So, untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi pada si adik, sebab tu mommy 'gosokkan gigi'  a.k.a menggosok gusi Leeya sejak dia berusia 6 bulan walaupun tak de gigi lagi masa tu. Mommy gosok gigi dia setiap kali lepas waktu mandi, gosok atas katil, dia suka jer. Bila waktu 'menggosok', dia buka mulut dia luas-luas. maybe sebab waktu umur macam ni tengah gatal gusi, jadi bila dapat 'memberus' rasa best la.  Ada orang dah mula 'menggosok gigi' baby diaorang dari usia 2-3 bulan lagi sebab nak biasakan mulut baby dengan 'rutin' ni. 

Sekarang Leeya dah 9 bulan, dia baru tumbuh 2 batang gigi belah bawah, tapi tak nampak lagi giginya. baru kelihatan 2 batang tulang putih. So, maksudnya sekarang aktiviti menggosok gigi ni dah jadi rutin wajib la untuk Leeya pagi dan petang. 

Berus gigi Trainer Set Tommee Tippee ni senang, sebab 1 set berus ni ada 3 batang berus gigi - untuk Stage 1, Stage 2 dan Stage 3. 

Stage 1 : 6 - 7 bulan
Stage 2 - 11 bulan
Stage 3 : Gigi pertama


So, sekarang ni Leeya guna berus yang Stage 1 la dulu. Dia suka sangat dengan berus tu, suka 'gigit-gigit' sampai dah rosak berusnya. Kalau rosak, boleh lah mommy tukar guna berus yang Stage 2. Hopefully, Leeya ni takde lah 'drama' bila kena gosok gigi. Mana tahu 1 hari nanti Leeya boleh jadi model Colgate. hahahha.

Kakak FL Makan Ubat Cacing

in , by dorsett pink, December 23, 2018
Sejak kebelakangan ni aku perasan Kakak FL kurang selera makan. Bila tiba waktu makan, dia makan sikit jer dari kebiasaan. Suatu hari, ketika dia membuang air besar, macam biasa dia akan panggil mommy untuk cuci sebab belum pandai cuci sendiri. 

Bila mommy datang dekat dia, dia cakap, dia poo-poo sikit jer. Masa aku nak flush, tak nampak poo-poo nya pun, yang kelihatan cuma objek panjang berwarna putih, lalu aku terus flush tanpa berfikir panjang. Dah flush , baru terdetik 'apa bendanya tu?'. eerrrmm. Tetiba aku teringat - cacing. 

Keluar jer dari toilet, terus bagitau kat en.suami akan 'kelibat cacing' tadi. Pastu en.suami pergi farmasi beli ubat cacing. Patutla dia kurang selera makan lately, rupanya ada cacing dalam perut. 

Hari yang sama jugak, dia mengadu dubur dia gatal. Sah! Memang ada cacing!..

Ini antara petanda ada kelibat cacing dalam badan kita atau anak-anak kita (info ni aku dapat dari perkongsian seorang pakar bedah kanak-kanak dari KPJ Damansara yang berkongsi di Wanita Hari Ini TV3) :
- kurang selera makan
- lesu
- gatal-gatal didubur
- cirit-birit 
- ketap bibir ketika tidur di malam hari
- sakit perut
- sembelit
- gusi & hidung berdarah
- tak sihat, mungkin demam atau selsema atau batuk


Ini ubat cacing yang dimakan. Senang jer cara nak makan ni - kunyah-kunyah jer macam makan gula-gula. Rasa dia pun rasa coklat, so kanak-kanak pasti suka. Kakak FL kena makan 2 biji. Kalau baby umur setahun kena makan 1 biji jer. Orang dewasa pun boleh makan ubat cacing Champs ni. 

Selepas makan ubat ni, Kakak FL dah ada selera makan semula dan dia pun dah tak mengadu gatal-gatal kat 'teeeeeeeett'. Alhamdulillah!.

Leeya Dah Makan Nasi

in , by dorsett pink, December 23, 2018
Sejak Leeya berumur 7 bulan, aku perasan dia dah tak berminat dengan bubur dan makanan-makanan yang diblend. Masa tu aku susah hati jugaklah, sebab dia ada buat drama tak nak makan. Dia nak makan nasi. So, mommy pun buatlah nasi lembik kat dia. 


Masa tu dia tak de gigi lagi, jadi risau jugaklah untuk beri dia makanan solid atau bagi makan nasi. Actually nasi lembik pun dia tak suka. Aku campurkan dengan serbuk ikan bilis, dia tak nak. Campur dengan butter pun dia tak nak, makan dengan ayam pun tak nak.So, aku hanya campurkan dengan puri, baru OK.

Sekarang dia dah 9 bulan, dah tak nak langsung makan nasi lembik. Kalau bagi dia makan nasi lembik, dia luahkan jer. So, aku try bagi dia makan nasi yang kakak dia makan. Berselera betul dia makan, sampai habis 1 mangkuk. Since then, setiap hari, Leeya makan nasi berlaukan apa yang Kakak FL makan. Kakak FL suka makan sup, So, Leeya pun banyak makan nasi dan sup la. 

Cumanya, bila masak sup tu, sebelum letak garam, aku akan asingkan portion untuk Leeya dulu, then baru masukkan garam sikit, pastu terus tutup api.

Contoh : Ini nasi + sup ikan


So, sekarang aku dah tak masak nasi asing untuk Leeya. Dia makan nasi pejal yang kami makan tu. Ikan dan ayam pulak aku tak blend, aku hanya hancurkan dengan tangan dan gaulkan dengan nasi. Sayur je aku blend sebab Kakak FL tak suka makan sayur. So, terpaksalah diblend sayur tu supaya dia tak tahu akan kewujudan sayur dalam nasi dia. hehe. * Sorry Kakak*.

Kalau makan ikan, antara ikan - ikan ni aku bagi kat Leeya - ikan kembung, salmon, ikan tenggiri , ikan siakap dan ikan bawal. Ikan bilis dia tak suka. So makanan dia tak rasa masin la. Alhamdulillah!, dia tak allergic pada ikan.

Leeya sangat suka makan nasi ayam. Nantilah aku share resipi nasi ayam untuk baby. Tapi berbeza dengan Kakak, sangat suka makan mac & cheese dan spaghetti, Leeya pulak langsung tak suka makan Italian, dia cuma suka makan nasi jer setakat ni. Betul-betul lidah melayu. Good job gurl! Senang kerja mommy nak main masak-masak.

Aktiviti Cuti Sekolah Kakak FL (4 Tahun)

in , by dorsett pink, December 23, 2018
Tahun 2018 dah hampir melabuhkan tirai. Tapi baru hari ni aku sempat nak update entry Aktiviti cuti sekolah Kakak FL untuk tahun 2018 ni yang kini berusia 4 tahun. 


Aku dan En.Suami punya cara pemikiran yang sama tentang aspek pelajaran dan pembesaran anak-anak. Kalau bab lain, mungkin ada yang tak sependapat, tapi untuk bab anak-anak ni, kami seiring dan sefahaman. Kalau cuti sekolah, kami tak mahu anak-anak duduk jer di rumah dan habiskan waktu di rumah saja. Kami suka anak-anak sibuk dengan bermacam aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak dia.



Kalau duduk kat rumah, dia lebih banyak tengok TV jer. TV dan TV pagi dan petang. Kalau tengok TV dah bosan sangat, dia mintak handphone, tapi jarang lah mintak sebab dia pun tahu 'handphone's rules - no handphone at home'. So, most of the time, selain tengok TV, dia akan main dan bermain. Pastu dia jugak suka baca buku dan buat latihan kat buku tapi tak kan lah dari pagi sampai petang nak menghadap buku je kan? Kita yang dewasa ni pun tak kuasa nak tengok buku 8 to 5, inikan pulak budak-budak. 

So, better dia join school holiday programme, supaya dapat mengisi masa lapang dia dan dapat belajar pelbagai soft skill selain dapat perkemaskan dia punya social skill. Macam tahun lepas, dia join kelas mengaji intensif kat Al-Baghdadi Centre selama sebulan, boleh baca kat entri ni - 'AKTIVITI CUTI SEKOLAH - KELAS MENGAJI INTENSIF'. 

Tahun ni, kami enrolled dia untuk join Child Enrichment Programme selama sebulan yang khas untuk kanak-kanak berusia 4 - 6 tahun, dari pagi sampai petang. Kat situ dia ada belajar tentang sains sebab ada science camp yang guna modul 'Alfa and Friends'. Pastu, ada activiti macam baking, art & craft,  mengaji dan solat.


Minggu pertama : Science Camp. 
Minggu kedua : Bercuti (Pergi Johor)
Minggu ketiga & keempat : Child Enrichment Activity

Alhamdulillah, banyak benda dia belajar. Balik rumah jer macam-macam cerita yang dia share. Pengetahuan dia tentang sains pun OK sebab baru belajar 'apa itu sains', macam belajar tentang tekanan udara, oksigen, pengaliran elektrik, dan lain-lain.

Dan aku nampak, solat dia ada peningkatan, makin bagus. Bacaan dalam solat pun makin kemas, Macam Surah Al-Fatihah. Dia pun ada belajar hafaz surah-surah lain macam Surah al-Ikhlas, Surah An-Naas, Surah Al-'Asr. Impressive la sebab dia baru 4 tahun. Walaupun bacaan dia tak perfect lagi, tapi Ok lah untuk kanak-kanak umur macam tu yang baru belajar. 

Aku rasa kalau dia duduk kat rumah, tak dapat dia baiki bacaan ayat hafazan tu. Solat pun malas bila kat rumah, kena suruh baru nak solat. Kalau tak surih tak solat. Tapi pergi program school holiday tu, hari-hari wajib semua orang kena solat 3 kali sehari - Solat Dhuha, Solat Zuhur, Solat Asar. Walaupun solat tu tak kemas, tapi at least dia dapat belajar something. Dari duduk rumah hanya tengok kartun.. (mommy smile).. 

Master PhD Talk : 3 Tips To Stay Focus

in , by dorsett pink, December 21, 2018
Masa tengah tulis Tesis, either buat Master ke atau Phd, memang sangat-sangat mencabar. Especially untuk seorang yang handphone addicted. Sekejap-sekejap nak tengok handphone. Macam tak lengkap hidup dia kalau tak tengok hanphone 10 minit. 

Tambah pulak, kalau  mood menulis tak de, memag susah giler la nak fokus. Aku sendiri mengalami situasi ni, dan aku yakin sudent-student lain yang tengah struggle buat master dan phd pun rasa apa yang pernah aku rasa ni. 

So, entri ni aku nak share macam mana aku encounter masalah tu, dan stay fokus sampai sesuatu kerja yang kita aim untuk buat hari tu siap. Jadi, ini TIPS yang aku amalkan selama ni :


#1. Guna Essential Oil


Kalau untuk belajar dan buat tesis, aku suka Essential Oil (EO) En-R-Gee dan Thieves . En-R-Gee tu aku diffuse dan Thieves tu sapu kat tapak tangan dan belakang tengkuk. En-R-Gee gunanya untuk boost mood kita untuk study atau bekerja dan Thieves pulak memang fungsinya untuk boost focus. 


#2. Guna Aplikasi 'Focus Timer'
  

Aku suka guna apps 'Forest' . Kita boleh set berapa lama kita nak fokus dan berapa lama kita nak rehat. Lagi banyak kita fokus, lagi banyak pokok yang kita akan tanam. makin lama, makin banyak, lama-lama pokok-pokok tu tumbuh menjadi hutan (forest). Selagi alarm/loceng 'forest' tak berbunyi, jangan tengok handphone atau jangan bangun dari tempat duduk. Seeloknya untuk fokus ialah dengan nisbah 40:10. 40 minit fokus buat kerja, 10 minit rehat. Repeat dan repeat kaedah ni , InshaALlah u will see a big progress in one day. 


#3. Dengar musik yang boleh buat kita fokus.

Sambil buat kerja, sambil dengar lagu. Musik ni terpulang pada masing-masing. ada orang suka dengar lagu-lagu irama malaysia, ada orang suka dengar lagu pop dan R&B. So, terpulangla apa yang disukai. Janji, musik tu boleh dapat bagi kita ketangan dan bagi kita fokus untuk siapkan kerja.


Macam aku suka dengar Alpha Wave masa tengah menulis tesis dan study. memang rasa tenang dan aman jer. 


************

Ini 3 tips dari aku untuk stay fokus. Sangat berkesan pada aku. Korang cuba lah, mana tahu berkesan jugak untuk korang. Last but not least, cabaran belajar memang ada, dan setiap orang tak sama cabarannya, yang penting jangan sesekali bTeruskan berusaha hingga tamat.

Apabila Telefon Bimbit Diragut....

in , by dorsett pink, December 21, 2018
Jam 6 petang, en.suami bagitau yang dia akan tiba di rumah pada jam 8 malam. Tepat jam 8 malam, kelibat en.suami tidak lagi kelihatan. Kebiasannya, jika tidak dapat tiba pada waktu yang dijanjikan, dia akan call. Namun hari tu, tiada sebarang panggilan masuk. 

Lalu kucapai handphone dan call en.suami. Pelik! Suara perempuan ayu menyahut panggilan dengan kata-kata yang sangat pelik.

'Maaf, nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan'. Suara dari operator Maxis.

Errrmm.. Kenapa pulak tiba-tiba tiada dalam perkhidmatan. Biasanya Ok jer. Rasanya dia tak keluar daerah hari tu. Seperti hari-hari biasa, dia berada di dalam Kotaraya Kuala Lumpur saja. Errrmmm, kemanakah en.suamiku??? hatiku berbisik.

Lantas, ku buka aplikasi whatsapp, dan terus mesej pada en.suami. Kelihatan di situ, last seen adalah pada jam 7.30 petang. Maksudnya, baru lagi dia tengok handphone dia. Ku tunggu sebentar, tunggu mesej ku untuk dijawab, namun tiada balasan. Tunggu dan terus menunggu hingga Jam 9 malam, mesejku tetap tak berbalas. 

Lalu aku terus telefon dan sekali lagi suara perempuan ayu si operator Maxis menjawab pangilanku dengan mesej :

"Please leave your message after this tone.. Teet". Ku terus matikan telifon.

Maksudnya, telefonnya masih ada dalam perkhidmatan lagi..

Berkali-kali ku telefon, namun masih sama. Telefon langsung tak berdering dan hanya dijawab oleh si perempuan ayu tadi. 

Waktu kian berdetik. Jam telah menunjukkan hampir jam 10 malam namun kelibat en.suami masih tidak kelihatan. Mesej di Whatsapp tidak dibaca, telefon dimatikan. huhu. Hatiku menjadi gusar. Macam-macam bermain difikiranku. Kemana perginya en.suami ku? Apa terjadi pada dirinya? Aku sangat risau.

Jam menunjukkan hampir 11 malam, lalu kelihatan kereta en.suami muncul di perkarangan rumah. Anak-anak bersorak gembira melihat kepulangan ayah mereka terutama si adik yang sangat manja dengan ayahnya. Masuk jer ke dalam rumah, aku terus bertanya 'What happened to your phone?'

Dengan muka sedih, si dia pun menjawab, 'Snatched', balasnya. 

Dan dengan muka terkejut, aku terus 'Whaaaattt??, How come?'.

Dia pun memulakan cerita .... 


***************************

Kejadian berlaku di Kg.Atap, Kuala Lumpur. Dia solat magrib kat surau di Kg.atap tu selepas meeting dengan lawyer di pejabat lawyer yang terletak dekat-dekat situ. Masa tu dia dengan kawan dia who is his business partner. 

Keluar jer dari surau, masing-masing terus sibuk dengan handphone masing-masing sebab tengah busy uruskan pembukaan sebuah lagi syarikat baru. Masa tu tengah berjalan di tepi jalanraya sambil mata tengok handphone. Tetiba, datang sebuah motosikal, ragut hanphone tu dari tanganya dan motosikal terus bergerak tanpa menoleh ke belakang. 

Kawan dia pun tak perasan sebab kejadian berlaku sekelip mata. Semasa kejadian, katanya ada seorang pemuda sedang bermain telefon sambil memerhatikan diaorang sejak mereka keluar dari surau lagi. Dan lepas telefon tu kena ragut, pemuda tu pun dah lari kemana-mana. maksudnya, kemungkinan, pemuda tadi berpakat dengan si penunggang motosikal untuk meragut. 

Serta-merta, en.suami call Maxis bagitau telefon kena snatch. Dan pihak maxis dah block nombor tu dan telefon tu sekali. Maksudnya telefon tu dah tak boleh digunakan langsung. So, diaorang tak boleh juallah telefon tu sebab dah tak boleh guna. 

Pastu en.suami bersama kawannya terus ke Maxis Centre di KLCC untuk beli handphone dan ambik sim kad baru . So, masih boleh guna nombor telefon yang sama. Nasib baik cepat sampai situ sebab Maxis Centre tutup jam 9 malam. En.suami beli jer handphone yang available di centre tu , dan pilihannya ialah Samsung memandangkan Huawei dan OPPO tiada stok. We are Android Lover k. Iphone is a big NO for us. hehehe. Sorry Iphone lover.  



Nasib baik masa tu, si peragut tu tak ragut beg laptop dia yang disandang dibahu. Kalau dia ambik jugak beg laptop tu, mahunya en.suami jatuh tersembam ke jalan. 

Moral of the story : Jangan bermain atau pegang telefon di tepi jalanraya (roadside) dan ketika membuka pintu kereta, simpan saja telefon anda di dalam beg atau poket. Kerana malang tidak berbau. Sentiasa berhati-hati, kerana penjahat ada dimana-mana.

My Hectic Week

in , by dorsett pink, December 20, 2018
Bulan December ni ialah bulan yang mencabar untuk aku sebab bulan ni aku bertungkus-lumus nak cuba siapkan tesis untuk submit ke Graduate School, UPM. Macam yang aku cerita kat entry ni - "Hello December!".

Hopefully sempatlah submit sebelum masuk tahun baru 2019. Dah nak siap pun, macam-macam hal lagi timbul. Itulah-inilah. Almaklumlah buat tesis sambil jaga dan menyusukan anak, faham-faham je lah dia punya cabaran tu. Mata ni pun dah lebam penuh dengan eye bag.



Last week, aku dan family bercuti ke Johor Bharu sempena cuti sekolah ni. Sebab otak mommy pun dah tepu, nak fikir pun dah tak larat, eloklah berehat seketika pergi bercuti kemana-mana , tenangkan fikiran buat sementara waktu. Dan JB menjadi destinasi pilihan kami sebab nak bawak kakak FL pergi Legoland. Dah lama dia ajak pergi sana, jadikita tunaikanlah permintaan dia. Tapi nanti lah au cerita pasal Legoland tu.

Balik dari JB, balik semula ke rutin harian seperti biasa. Terus menghadap laptop siang dan malam. Aduuuss.. Sampai laptop pun jem.. Bukan tu jer, terpaksa jugak berulang-alik ke universiti untuk jumpa SV dan uruskan benda-benda yang diperlukan untuk submit ni. Penaatt.. 

Atas sebab tu lah aku tak mampu nak update blog minggu ni. Banyak benda nak cerita sebenarnya, tapi apakan daya. Usah kata nak update, nak tengok blog sekejap pun tak mampu.. Ni ada sedikit kelapangan waktu, aku cuba update 1 entri. InshaAllah, I'll be right back..

Stay tune!

PhD Talk : The Power of Alhamdulillah

in , by dorsett pink, December 15, 2018
Secara jujurnya aku kata buat Phd ni sangat-sangat mencabar. Mencabar emosi, mencabar jiwa raga, mencabar otak untuk keluarkan idea-idea yang errrmmm., mencabar kesabaran, mencabar urusan kewangan dan macam-macam lagilah cabaran. Cabaran paling utama ialah cabaran 'STUCK'. 

1 perkataan 5 huruf ni memang sangat menjadi 'night-mare' untuk aku dan untuk kawan-kawan seperjuangan dengan aku , dan aku rasa orang lain yang buat Phd pun ada masalah ni jugak. 


Tengah-tengah tulis tesis atau tulis journal paper, tetiba otak jadi stuck dan tak tahu nak tulis apa. padahal banyak jer kerja yang tak siap lagi yang perlu ditulis. Tapi tetiba otak jadi bluuurrr. Dalam bahasa penulisan dipanggil sebagai writer's block.  

Meh baca kat sini, apa itu writer's block - "3 JAM BERLALU TANPA KATA". 

Bukan sekali dua otak jadi stuck. banyak kali. Berjuta-juta kali kot. Dan perkataan 'stuck' ni memang menjadi igauan bagi setiap student phd ataupun student master yang buat research. huhu.. Rasa penat? Memang sangat-sangat penat. Dan lebih parah ada rasa 'give-up' bila mana otak tengah 'stuck'. Banyak kali tau aku rasa give-up, malas nak buat, rasa nak quit jer buat phd ni. Sampai pernah rasa depresi. 

So, antara TIPS atau amalan yang aku amalkan untuk elakkan otak berserabut dan idea datang dengan smooth jer sepanjang masa ialah dengan selalu cakap 'ALHAMDULILLAH'. 

Setiap masa sebut perkataan 'ALHAMDULILLAH' ni. Masa tengah masak, cakap Alhamdulillah. Masa tengah buat susu anak atau tengah susukan anak, cakap 'ALHAMDULILLAH' , masa tengah drive cakap 'ALHAMDULILLAH', masa tengah beratur kat mesin ATM cakap 'ALHAMDULILLAH' , masa tengah tengok TV cakap 'ALHAMDULILLAH' , masa lipat baju cakap 'ALHAMDULILLAH' . Pendek kata, bila-bila masa dan dimana-mana saja, aku ucap 'ALHAMDULILLAH' . Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan walaupun ianya hanya sebesar zarah. Dalam sehari mungkin ada 1000 kali kot kuucapkan kalimah Alhamdulillah ni. 

Dan aku perasan, sejak aku mengamalkan ucap 'ALHAMDULILLAH'  ni, idea dan mood untuk menulis tesis aku datang tanpa henti. Kalau ada idea tapi takde mood pun sakit jugak. Tapi kalau ada idea, dan ada mood, itu yang buatkan kita jadi bersemangat dan tulis dan tulis sampai tesis kita siap. 

Walaupun hanya 1 perkataan yang simple, tapi ia sangat-sangat memberi kean yang mendalam dalam hidup aku, bukan hanya dalam perjalanan aku nak siapkan tesis ni jer, tapi dalam keseluruhan konteks hidupku termasuklah dalam soal menguruskan emosi yang bercampur-baur sepanjang buat phd ni. 

Aku perasan yang aku lebih tenang dan lebih sabar untuk menguruskan pengajian dan kehidupan. 

Korang cuba lah, mana tahu ia juga boleh buatkan korang happy dan bersemangat nak habiskan study korang. Believe It! The power of Alhamdulillah!


Leeya Dah Yakin Untuk Berenang

in , by dorsett pink, December 15, 2018
Baru-baru ni kitaorang bawak Leeya masuk kolam renang, nak tengok macam mana reaksi dia kali ni ketika di dalam pool. And amazingly, dia tak menangis langsung, tak macam sebelum-sebelum ni.

Kalau sebelum ni bawak dia masuk pool, confirm dia akan menangis, meraung mintak dikeluarkan dari pool tu cepat-cepat. Seolah-olah nampak macam dia takut kalau ter-lemas. 


Leeya ni tak macam Kakak FL. Kakak FL masuk pool sejak umur 4 bulan lagi dan sangat excited, langsung tak menangis dan sampai sekarang memang pantang tengok kolam renang. Nampakn je pool, mesti kaki dia gatal nak terjun. 

Tapi Leeya ni agak takut. Masa umur dia 3 bulan, Mommy bawak dia berenang kat dalam bathtub dulu, dengan air yang sangat-sangat cetek. Tapi itu pun dia dah meraung. Lepas tu, mommy & daddy cuba lagi bawak dia masuk bathtub, hasilnya pun sama - dia takut. 

Masa umur dia 6 bulan, kitaorang bawak dia swim kat Water Park, ESCAPE Park, Penang. Pun sama dia menangis dan meraung tak nak masuk pool. Kalau pegang dia OK, tapi kalau lepas dia sorang-sorang duduk dalam pool dia takut. Memang dia langsung tak confident nak berenang.

Entri pasal ESCAPE PARK, Penang boleh baca kat sini - "KETERUJAAN MAKSIMA DI ESCAPE PARK, PENANG"

Tapi lepas tu, selalu bagi dia mandi dalam bathtub, nak bagi dia yakin dengan air. Nak build confident dia supaya tak takut dengan air.

Tapi hari tu, percubaan untuk sekelian kalinya bawak dia ke pool berjaya. Dia dah tak menangis. Alhamdulillah! Dan dia dah boleh gerakkan badan dia sendiri masa dalam pool tu. Ok lah!, dia dah confident masuk pool. So, lepas ni dah bolehlah start berenang. Good job baby (thumbs-up)!. 

Lepas ni, dah bolehlah dia teman kakak dia swim. Dah ada geng la kakak lepas ni.  


Keju Untuk Anak-Anak

in , by dorsett pink, December 13, 2018
Mommy ni cheese lover,jadi tak hairanlah anak-anak mommy pun turut sama suka cheese. Cheese ataupun keju dalam Bahasa Melayu.

Kakak FL memang sangat sukakan cheese dan suka makanan yang ada cheese. Leeya pun dah nampak sukakan cheese. Sejak dari umur dia 8 bulan mommy dah bagi dia makan cheese dan nampak dia sangat suka apatah lagi kalau makanan tu dia dapat pegang sendiri.


Ini cheese yang mommy selalu beli untuk anak-anak - Stick dan cheddar. Janji ada Logo Halal, OK jer. Yang cheese stick tu Leeya sukalah sebab boleh pegang.

Dulu-dulu masa Kakak FL kecik-kecik pun dia suka jugak makan cheese stick ni. Skrang dah besar dah tak suka makan cheese jenis stick ni.

Leeya - 9 Months Already

in , by dorsett pink, December 11, 2018
Semalam 10 Disember 2018, Leeya berusia 9 bulan. Happy Birthday Leeya! hihi.

Hari tu timbang berat dia 8 kg. Nanti hujung bulan ni pulak pergi check-up lagi masa ambik vaccination MMR. Sekarang dia dah boleh berdiri kat tepi-tepi kerusi, meja dan grill. Cumanya bila berdiri tu tak tahu nak turun balik. So, end-up akan menangis atau terjatuh. huhu.. 

Kalau jatuh tu confirm akan menangis. So, bila nampak dia berdiri, mommy or daddy akan letak siap-siap bantal kat belakang dia, in case kalau dia terjatuh tak lah sakit atau cedera. Walaupun tak sakit dia tetap akan menangis. hahaha.Biarkan. Biar dia tahu macam mana rasanya bila terjatuh. Itu adalah salah satu  perkembangan deria vestibular. (Vestibular is all about balance and movement). 

Soal makan, Alhamdulillah! Dia dah OK. Dah boleh makan apa sahaja yang kita suapkan. Cumanya dia tak suka makan benda yang sama setiap waktu. So, mommy pelbagaikan hidangan yang berbeza untuk Leeya makan. Pagi makan cerelac multigrain, lunch makan nasi dan ayam , dinner makan nasi dan ikan. Alhamdulillah dia tak allergic terhadap apa-apa makanan lagi so far. Start bulan ni baru nak introduce telur kat dia.

Babbling. Makin banyak suara dah. Bangun pagi-pagi mesti dengar suara dia dulu. Pastu dia akan kejutkan kakak dia. Duk tepuk-tepuk kakak dia sambil panggil 'tatak-tatak-tatak'. hahaha. Cute je tengok. 

Nampak macam dia attach sangat dengan kakak dia. Apa yang kakak buat, dia mesti nak buat jugak. Apa yang kakak main, dia pun nak main jugak. Kakak pergi mana-mana, dia pun nak ikut jugak especially ke bilik air sebab ada peluang dia boleh main air. Hantu air jugak dia ni sama macam si kakak. 

Bila kakak membaca, dia pun nak baca. Bila kakak pegang pensil, dia pun nak pegang pensil. Bila kakak makan, dia pun nak makan jugak.

#FLsister

Going To Be A Tea Lover

in , , by dorsett pink, December 10, 2018
Aku ni seorang coffee lover. Aku pernah cerita kat dalam blog ni sebelum ni melalui entri-entri ini: 

*SELF REWARD WITH COFFEE"

Dulu, dalam sehari aku wajib minum at least cawan kopi dan air kopi yang aku suka ialah caramel latte. 

Sejak bersalinkan Leeya pun, aku masih lagi minum kopi tapi dah berkurang sebab aku sesukan dia. Dan waktu yang aku minum kopi (aku suka nescafe, bukan kopi yang warna hitam tu) ialah awal pagi jer supaya kaffein yang diminum tu tak mengganggu waktu tidur aku dan dia. 

Dan sekarang umur Leeya dah 8 bulan, aku perasan yang aku dah lama makin kurang minum kopi. Kalau dulu wajib minum secawan tapi sekarang nak minum secawan seminggu pun susah. Sebabnya aku tak keluar pergi mana-mana. Aku buat kerja kat rumah jer sekarang sambil jaga Leeya 24/7. Kat rumah aku tak de stok nescafe, semamangnya sejak dulu tak pernah beli stok nescafe kat rumah. Kalau nak minum kopi, aku hanya minum kat luar. 

So, bila dah tak keluar rumah ni, memang tak minum kopi lah. Dan aku perasan sekarang aku lebih gemar untuk minum air Jasmine Tea. Kalau pergi mana-mana sekarang aku akan order air teh. Even kalau lepak kedai kopi macam Dal kafe ke atau Starbucks, aku akan order air teh rather than order latte macam sebelum-sebelum. 


Padahal sebelum-sebelum ni, tak pernah aku minum air teh kat kedai kopi. Mungkin sekarang, aku dah berubah untuk menjadi tea lover. errmm. Enjoy!

Pengalaman Segugut Teruk Ketika Datang Bulan

in , by dorsett pink, December 06, 2018
Pengalaman Segugut Teruk Ketika Haid | OK, hari ni aku nak cerita pengalaman segugut aku yang terk ketika setiap kali datang bulan. Ni cerita dulu-dulu lah, sekarang dah tak segugut lagi. Alhamdulillah! Ku coretkan disini sebagai catatan sejarah hidupku untuk dikenang bila tiba hari tua nanti.

Dulu kan masa zaman anak dara, period aku tak teratur. Even sampai sekarang pun masih sama. Tapi dulu siap dapat pakej segugut lagi bila period datang. Masa zaman sekolah tak macam tu sebab masa sekolah aku sangat aktif bersukan. Almaklumlah atlit la katakan, so hari-hari pergi training, jadinya, period aku datang setiap 3 bulan sekali masa zaman sekolah tu. Tapi tak segugut langsung tau bila period tu datang.

Bila masuk universiti, aku dah stop training dan buat aktiviti bersukan pun tak lah hard-core masa zaman sekolah. Jadinya, period aku dah nampak ada improvement - dah datang setiap bulan, tapi masih tak konsisten. Maksudnya, kadang-kadang cycle dia 30 hari, kadang-kadang 40 hari, kadang-kadang 54 hari, pernah juga sampai 60 hari. Masa tu pun tak de segugut, atau kalau ada pun, tak lah teruk. So masih boleh pergi kelas dan bergerak kemana-mana. 

Habis universiti, aku terus bekerja. Takde istilah 'honeymoon'. Bila dah start kerja, masa aku sangat suntuk untuk bersukan. Kalau dapat jogging seminggu sekali pun kira dah bersyukur sangat-sangat. Tapi nak jogging atau swimming seminggu sekali pun susah. Jadinya, aku cuma akan bersukan/beriadah bila ada masa free. Dan ketika start bekerja ni lah, aku perasan aku mula dapat segugut bila setiap kali datang haid. huhu. 

Period aku tak konsisten tapi setiap bulan memang confirm akan datang. Bila hari pertama dan hari kedua, aduuss sakitnya rasa perut (sakit kat rahim), rasa macam rahim tu dipintal-pintal. So, aku hanya mampu baring jer lah sambil menangis. Makan ubat? Aku ni jenis tak suka makan ubat, so aku bertahan dan tidur. Bila bangun tidur, akan rasa lega sikit. Bila kena hari bekerja, seboleh mungkin aku cuba drive dan ke tempat kerja. 



Tapi aku perasan, bila kat office pun aku tak mampu nak buat kerja dan kesudahannya aku hanya merengkok menahan sakit di bawah meja. So, lebih baik aku cuti atau MC jer. Masalahnya kalau MC nak kena jumpa doktor dulu, mana larat nak bawa kereta, dan jawapannya ialah ambik jer lah emergency leave. Jadinya setiap bulan confirm aku akan cuti sehari disebabkan oleh segugut. 

Biasanya segugut ni datang hari pertama dan kedua jer. Yang sakit sangat-sangat tu hari pertama jer, masuk hari kedua tak lah sakit sangat. Aku tak suka makan ubat / pain killer. So, Bila datang segugut, aku ambik 'thermal pad' (aku beli kat Guardian), pastu rendam dalam air panas, then letak kat perut ( tempat yang rasa sakit tu). Alhamdulillah ada lah rasa lega. 

Pernah aku jumpa Dr Pakar O&G kat HKL untuk merawat segugut. Dr lelaki, berbangsa Cina. JUmpa sekali jer dan kebetulan masa jumpa tu aku dah nak berkahwin. Pastu Dr Pakar tu tanya 'bila awak nak kahwin?'. Aku pun jawablah yang aku akan berkahwin tak lama lagi. Pastu Dr tu kata, 'Ni last awak datang jumpa saya, lepas kahwin masalah aku akan selesai'. errrmmm antara percaya atau tidak, pastu aku pulang je ke rumah tanpa sebarang ubat. OK lah tak de ubat sebab aku pun tak suka makan ubat. 

Aku sebenarnya takut - takut jika jika aku ada masalah untuk mendapatkan zuriat. Sebab banyak kes aku dengar orang segugut teruk ni susah nak hamil. Tapi ramai juga kawan-kawan aku yang ada masalah segugut teruk ni ada anak ramai. Apa-apa pun, Itu semua Kuasa Tuhan Yang Maha Esa.

Lepas berkahwin, period aku tetap sama macam dulu, masih lagi tak konsisten. Tapi aku perasan aku dah tak de masalah segugut lagi. Amazing! Bersyukur sangat-sangat. Benar kata Dr yang merawat aku tu, masalah segugut akan hilang lepas aku berkahwin. Dan Alhamdulillah bersyukur sangat sebab aku diberikan zuriat yang sihat-sihat oleh Allah swt. Sekarang dah 6 tahun aku berkahwin, dan 6 tahun juga aku dah takde masalah segugut ni.

Kepada yang ada masalah segugut yang teruk sampai tak boleh nak bangun, better pergi jumpa Dr dan buat pemeriksaan lanjut. Ada kes, dia ada segugut teruk sangat. Dia ingat itu normal sebab sejak dari zaman gadis lagi dah ada segugut tu. Bila pergi jumpa Dr Pakar Wanita, Dr sahkan dia ada fibroid dan Dr sarankan buang fibroid tu. Lepas buang fibroid tu, Alhamdulillah dia dah boleh hamil. Bertindak awal sebelum terlambat.

Secara Rasminya Dah Tak Pam Susu

in , by dorsett pink, December 05, 2018
Secara Rasminya Dah Tak Pam Susu | Sekarang Baby Leeya dah berusia 8 bulan, minggu depan dah masuk 9 bulan umur dia. Kejap jer. Alhamdulillah, aku masih lagi fully breastfed dia. Dia hanya consume susu ibu sahaja disamping makanan pelengkap yang lain. Susu formula belum minum lagi sebab aku sentiasa dengan dia 24/7, so soal kecukupan susu tu tak de masalah lah sebab boleh direct feeding dia. 

Aku dah lama tak pam susu disebabkan oleh rutin harian yang sangat padat, jadinya nak pam susu pun dah tak sempat. Bila dia menangis minta susu, aku terus je nursing kan. Senang! So, bila dah lama tak pam susu ni, nak dapatkan semula momentum mengepam sangatlah 'bercinta'. Jadinya, lama-lama mood nak pam susu tu kelaut dan kesudahannya, sekarang dah tak pam susu. Officially, sekarang aku dah stop pam susu guna Spectra M1 kesayangan aku tu.  

Kalau aku tinggalkan dia pada daddy dia, Stok EBM masih ada dalam freezer, so guna yang itu saja. Dia pun dah makan, so boleh jer suapkan makanan incase kalau dia lapar. Nanti kalau EBM dah habis, mungkin boleh bagi dia susu formula.

Sebelum ni, aku selalu buat tandem pumping - sebelah menyusukan Leeya dan sebelah lagi pam. Biasanya pam susu sambil tengok TV, barulah tak bosan.


Ini beg pam aku (cooler bag sebenarnya ni) - tempat untuk letak peralatan pam. Then, 'beg kecik' ni aku akan letak dalam Beg yang berwarna PINK yang bbesar kat dalam gambar bawah ni ↓.


Ini dia 'my pumping bag'. Beg ni dah dibeli sejak aku masih study kat UiTM dulu-dulu lagi. Aku rasa dah lebih dari 10 tahun kot usia beg ni. Jenama NIKE. Sebenarnya beg ni ialah my gym bag. Aku guna beg ni untuk pergi bersukan either pergi gym atau swim atau jogging atau apa-apa jer. Masih cantik dan masih elok hingga kini. kalau kotor jer aku basuh, mungkin sebab tu masih nampak elok. 

Bila start ada anak, aku gunakan bag ni sebagai pumping bag. But, officially right now aku dah tak pam susu lagi, jadinya, beg ni pun dah bertukar menjadi diapers bag. Actually aku dah ada 2 diapers bag - 1 jenama JUJUBE dan 1 lagi jenama Storksak. Dan aku suka dua-dua tu. Tapi kekadang bila banyak sangat barang nak dibawa, aku rasa beg Nike Pink ni lebih sesuai utnuk digunakan. Dalam beg ni, aku letak sekali dengan beg makanan Leeya dan keperluan Leeya yang lain. 

Walaupun aku dah tak pam susu lagi, Alhamdulillah aku bersyukur sebab dapat peluang untuk masih mampu menyusukan Leeya. Thanks God sebab bagi aku nikmat untuk merasai pengalaman sebagai ibu ni. InshaAllah aku diteruskan penyusuan susu badan kat Leeya sehingga dia berusia 2 tahun kalau masih diberikan rezeki. 

Pabila Detik Jam 12 Malam

in , , by dorsett pink, December 04, 2018
Sekarang ni kan aku banyak menghabiskan masa untuk concentrate pada tesis kesayanganku ni. So, idea dan mood blogging tu kelaut sikit. Tapi seboleh mungkin aku akan cuba update semampu aku. Tapi kalau nak update blog pun kena ada idea. 

Lately, idea untuk menulis blog macam 'chipsmore' - kejap ada, kejap tak de, especially bila siang hari. Sebab siang hari ialah waktu aku 'bekerja' (kerja buat tesis). So, jadinya fokus dan konsentratsi aku adalah lebih memikirkan tentang penulisan tesis dari penulisan blog. Sudahnya, banyak hari blogku tak terupdate. huhu (sedih).... 

Biasanya, aku stop buat kerja jam 5 petang, sebab perlu bagi perhatian pada anak-anak pulak. Jadinya, bila dah tutup laptop jam 5 petang tu, secara automatik mood blogging pun dah tak de waku tu. Usah kata mood, idea pun dah tak datang. Aku akan buka semula laptop jam 5 pagi esokkannya. Dan kalau aku ada mood untuk blogging waktu tu, jam 5 pagi tu lah aku akan update. Kalau tak, aku tak kan buka internet mahupun blog dan konsentrasi adalah hanya pada tesis. 

Setiap masa, kemana sahaja, memang akan dibawa laptop kemana-mana. Even ada masa free 15 minit pun, aku akan buka laptop. So, handphone tu dah sedikit terabai la sekarang. 


Tapi lately kan, aku perasan, menjelang detik jam 12 malam, ketika aku dah berada dalam alam separa sedar, pabila mimpi-mimpi indah mula muncul, tetiba macam-macam idea untuk blogging pulak keluar kat kepala ni. Ada tu siap keluar dalam bentuk visual lagi kat kepala ni, seolah-olah macam tengah update blog. Macam-macam idea datang waktu tu. 

Tapi memandangkan badan aku pun dah lesu seharian buat tesis tanpa henti dengan menguruskan anak-anak lagi, aku tak mampu dah nak bangun dan berjalan ke study room untuk ambil laptop dan start menulis. Pen dan kertas pun sememangnya tak de kat katil sebab biasanya waktu macam tu bilik dah gelap dan semua pun dah dibuai mimpi indah kecuali en.suami yang sedang asyik buat kerja di bilik study (sebab dia memang jenis workaholic - bekerja tak kira waktu). So, memang tak boleh nak menulis dalam gelap macam tu. 

Handphone pun kebiasaanya aku tak letak berdekatan semasa tidur sebab takut dengan radiasi atau bahasa omputih dipanggil radiation. So, samada handphone diletak jauh-jauh dari katil atau aku letak jer kat dalam bilik study. FYI, bilik study kitaorang terletak kat sebelah master bed room jer. Jadi tak susah lah nak berulang-alik antara bilik sana dan bilik sini. 

My study room 


Tapi lately memandangkan banyak idea yang datang ketika jam 12 malam tu, aku pun dah start letak handphone dekat katil masa tidur. Dan bila ada idea jer, aku jot down dulu kat dalam hanphone ni, guna apps - 'GNotes'. Nak update terus memang tak mampu lah, nanti tak pasal-pasal pulak terlajak tidur esokkannya. So, lebih baik aku layan tidur dari layan kepala. hehe. Nanti bila dah ada waktu free di siang hari baru aku update blog menggunakan idea yang datang masa pembaringan tu. 
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE