Bye-Bye 2017, Welcome 2018

in , , , by dorsett pink, January 03, 2018
Hello 2018!!. Happy New Year to all my readers. 

Tak percaya sekarang aku dah melangkah ke tahun 2018. Kejap giler rasanya masa berlalu. Rasanya baru semalam aku menduduki Exam SPM. huwaaa... Tahun ni sedar-tak-sedar umur aku meningkat lagi setahun menjadi 3X.. Waaaaah!!! Gua dah tua!!

Nak tak nak terpaksalahterima kenyataan yang aku semakin tua. huhuhu. Lagi 2 tahun lagi nak sambut 2020. Harapan aku Dr Mahathir masih lagi hidup dan dipanjangkan umur. Eh! Tetiba plak!

Resolusi 2018

Ok lah. Malas nak bebel panjang-panjang. Tahun 2018 ni aku tak mengharapkan apa sangat. Tak adalah resolusi yang gempak-gempak, hanya nak go with the flow jer. Ada 3 benda yang aku target nak capai tahun ni. Yes hanyalah 3 , iaitu :

1. Nak habiskan PhD aku tahun ni 0 nak konvo!
2. Nak fokus dan spend more time dengan anak-anak.
3. Nak lagi rajin memasak.

Tahun ni dah melangkah ke big school. How time really flies.

Yang No.2 & No.3 tu Alhamdulillah, dah terlaksana. Last week aku dan my big family bercuti ke Johor Bharu and recently (to be exact during New Year) aku dan keluarga kecikku bercuti (staycation) kat Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Kalau tengok instagram aku - @dorsett.pink aku ada updates pasal percutian tersebut. Nanti bila aku free, aku update kat blog plak k.  

Yang No.1 tu  sekarang tengah berusaha. tengah pulun ke tahap maksima. Hopefully dapatlah submit sebelum aku bersalin anak ke-2 nanti. InshaAllah! Doakan aku k. Memang mencabar betul study bila dah ada anak ni. huhuhu! Masa buat Master dulu, tak adalah rasa stress macam ni, ada banyak masa untuk study. Tapi bila dah ada anak ni, nak kena pandai bahagikan MASA - yang ni memang aku FAIL!


Pencapaian 2017 Sebagai Blogger
 
Pencapaian aku dalam dunia blogging tahun lalu tak adalah gempk mana pun compare ngan kawan-kawan yang lain. Niat aku blogging pun hanya untuk share pasal story kehidupan aku, bukan berniat untuk membuat duit dengan blogging. So alhamdulillah, aku berjaya update pasal life aku - macam mana aku handle anak aku, macam mana study aku, share pasal my travel story, my life, makan-makan dan banyak lagi lah. 

Alhamdulillah, aku berjaya update 184 cerita sepanjang 2017 walaupun ada gak hari-hari yang aku malas dan langsung tak ada mood nak update. Dan yang paling syok ialah bila aku dapat join KELAB BLOGGER BEN ASHAARI. Best sangat rasa. Best sebab dapat ramai kawan blogger dan best dapat banyak ilmu baru tentang dunia blog ni. 


Aku jugak berjaya ada domain sendiri - www.dorsettpink.com . No more blogspot.com  

Bila dah ada domain sendiri tu, aku rasa lagi bersemangat nak update dan nak serius dalam dunia blogging ni.

2017's Travel Story 

Travel Story aku untuk tahun 2017 lalu tak adalah gempak mana pun. Last year, aku hanya travel ke New Zealand jer. Alhamdulillah dapat buat road trip dengan my big family. Aku share kat ENTRY INI.  Selebihnya banyak bercuti dalam negara jer. Seperti kebiasaan, alhamdulillah dapat bercuti at least sebulan sekali untuk hirup udara segar. Korang klik jer kat achieve aku 2017 , nanti semua story keluar.

 FL kat Lake Pukaki

 Aku kat Lake Tekapo

So, to all my readers including silent readers - Terima kasih kerana tidak jemu membaca nukilan ku. Maaf jika ada perkara yang menyinggung perasaan korang. Kalau korang ada sebarang pertanyaa, boleh je emel aku kat dorsett.pink14@gmail.com .  

Last but not least, Selamat Tahun Baru 2018! Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Dan semoga kita semua menjadi Muslims yang lebih baik, lebih beriman, lebih bertaqwa dan lebih mendekatkan diri pada Tuhan Yang Maha Esa. Amiiin. 
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Aminn..moga urusan mahu menamatkan pengajian dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. semoga segalanya di permudahkan

    ReplyDelete
  3. Happy new year DP!

    Moga tercapai hajat no 1 tu. Akak doakan dipermudahkan segala urusan. Niat yg baik Allah bantu aamiin.

    ReplyDelete
  4. Happy New Year Sis.. Semoga tercapai hajat sis nak habiskan phd cepat.. :D

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya menghabiskan PHD yer DP! hehehe.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE