Aku bawak FL jumpa dentist start tahun 2016. Then setiap 6 bulan aku akan bawak dia check-up gigi. Nak biasakan dia berjumpa dengan dentist supaya dia tak takut dan menjadikan check-up gigi ni sebagai rutin hidup sampai besar nanti.
Pengalaman Pertama Jumpa Dentist
First time bawak dia jumpa dentist meraung dia. Takut tengok doktor tutup muka and pegang 'pistol' (alat untuk check gigi). Meraung tu macam orang kena histeria. So, masa first time tu, just pergi dan balik rumah jer. Doktor cakap, "It was OK. It was normal for the first timer". Then, doktor cakap "jangan bagi dia minum susu malam-malam", (masa tu FL dah stop breastfeeding). Doktor tu tak kahwin lagi, so bolehlah dia bagi nasihat macam tu. Cuba kalau dah ada anak sendiri, tengok macam mana nanti. Teori dan praktikal tak sama.
Kali kedua bawak dia jumpa dentist (masih di klinik yang sama) tapi doktor yang berbeza. Kali ni,FL OK sikit. Dah tak kena 'histeria'. Tapi still susah nak check gigi dia. Then, doktor bagi advise ajar dia gosok gigi.
Pengalaman Ketiga Jumpa Dentist
Kali ketiga - Masa ni aku dah perasan gigi dia dah mula rosak. Jumpa dentist yang sama di klinik gigi yang sama. Kali ni FL dah tak histeria dan dia memberikan kerjasama untuk bukak mulut but still takut-takut. So, dia main-main bukak-tutup-bukak-tutup sebab takut dengan 'pistol' tu. So, dentist pun hanya boleh tengok kejap-kejap je la mulut dia, tak boleh nak periksa detail.
Doktor/klinik pulak, tak ada kelengkapan untuk check gigi kanak-kanak. So, dentist duk asyik cakap "tak nampak lah, tak nampak lah". Memang lah tak nampak, sebab FL tak nak bukak mulut luas-luas. Tapi doktor nampak lah jugak tempat rosak / karies gigi tu.
And, end-up lepas habis sesi, dentist cakap,
"Gigi yang rosak tu takpe as long as dia tak mengadu sakit-sakit. Biarkan je, nanti gigi kekal akan tumbuh. Cuma kena ajar dia gosok gigi dengan betul".
Disebabkan aku ni bukan doktor gigi, dan ilmu aku pasal pergigian pun ZERO, so aku dengar je lah dia cakap tapi dalam bisikan hati kecilku,aku macam tak puas hati gak dengan nasihat dia.
"Tak kan nak biarkan macam tu jer?", bisik hati kecilku. Doktor ada gak bagi 'Mousse'. Boleh baca kat ENTRI INI.
Bagi aku, doktor tu tak pandai nak bagi advice untuk masalah gigi susu / gigi kanak-kanak. Dia treat patient kanak-kanak sama seperti patient dewasa. Aku yang tak ada ilmu dental langsung ni pun, aku rasa macam was-was dengan statement dia, plus equipment kat klinik dan cara dia layan patient kanak-kanak, sama seperti dia layan patient orang dewasa.
Kids Learn Through Playing
Bagi aku, patient kanak-kanak tak boleh dilayan seperti orang dewasa sebab mereka baru nak mengenali dunia dan mereka jugak masih dalam 'fasa bermain'. Mereka tak ada ilmu lagi tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka hatta apa perubahan di badan mereka sendiri pun mereka tak tahu. So, mana boleh treat kanak-kanak ni seperti orang dewasa. kanak-kanak - diaorang suka bermain jer, pagi petang siang malam nak main jer. So, kita kena educate diaorang dan expose diaorang dengan dunia ni dalam suasana bermain. Learning through playing.
Then, last week, dah tepat 7 bulan (lambat sebulan), aku bawak FL pergi check gigi untuk kesekian kalinya. Kali ni aku tak pergi dah ke klinik yang biasa aku pergi tu. Aku pergi ke klinik lain, yang lebih mesra kanak-kanak. Aku nak mencari dentist yang dah biasa handle masalah gigi susu atau gigi kanak-kanak.
Klinik Gigi Mesra Kanak-Kanak
Tapi frankly speaking, susah jugak nak mencari klinik yang kids-friendly ni. Mintak tolong kat pakcik gugel la. Setelah lama duk search sana-sini, then aku pun jumpalah dengan satu klinik ini - Dental Valet. Kat Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi. Risau jugak aku, kalau-kalau klinik ni macam klinik sebelum ni.
Perkhidmatan yang disedikan di Dental Valet
Alhamdulillah! Pilihan aku tepat! dentist yang merawat FL tu tahu macam mana nak handle kids yang super aktif macam FL ni. FL ni sangatlah aktif. Dia tak takut dah jumpa dentist, tapi duk asyik nak main jer. Dalam bilik rawatan pun, nak main. Addoooii, mommy kena sabar jer lah. Dentist dan nurse pun kena sabar jugak. hehe.
FL memberikan kerjasama yang sangat baik (thumbs up my little princess!). Dia berjaya bukak mulut besar-besar, so senanglah doktor nak periksa. Kan aku dah cakap, nak educate kanak-kanak ni bukan seprti kita educate macam orang dewasa, kita kena 'banyak bermain' dengan diaorang. InshaAllah diaorang boleh faham.
Ramai giler kids datang buat pemeriksaan gigi kat Dental Valet ni. So, sebelum datang kena buat appoinment dulu. Kalau nak walk-in, kena tunggu giliran.
Then, lepas dah habis sesi, doktor tu bagitau yang karies gigi dia dah mula berjangkit ke gigi sebelah. So, FL kena buat rawatan gigi supaya gigi tu tak terus rosak dan akhirnya menyebabkan oral infection yang mana gigi akan berlubang dan gusi akan bengkak. Sakit oooo kalau kena oral infections. Kalau orang dewasa pun tak tahan sakit gigi, apatah lagi budak kecik. huhu
So, doktor cadangkan FL berjumpa dengan Pakar Gigi Kanak-kanak dalam masa terdekat ni untuk rawatan seterusnya. InshaAllah, we will make it soon. See, berbeza betul pendapat antara doktor gigi yang ada ilmu tentang masalah gigi kanak-kanak dengan doktor gigi yang hanya biasa merawat gigi orang dewasa.
Doktor Gigi, Tolonglah Tambah Ilmu Pengetahuan
Bagi aku, tak kisahlah individu tu bekerja dalam profesion apa pun, yang penting tolonglah tambah ilmu setiap masa. Ilmu yang kita belajar kat universiti tu tak cukup - sikit sangat. Walaupun kita belajar sampai tak tidur malam, tak cukup masa nak buat assignment dan sebagainya, ia tetap tak cukup.
Apa yang kita belajar kat universiti tu hanyalah 10 percent jer, selebihnya kita kena gali sendiri ilmu. Hatta seorang PROFESOR UNIVERSITI yang dah memang genius tahap dewa tu sekalipun kena sentiasa update dengan ilmu-ilmu terkini, sebabnya dunia semakin berubah, dan ilmu/knowledge pun banyak ilmu-ilmu baru yang orang duk explore hari-hari.
Even, planet-planet yang kat angkasa pun duk meningkat bilangannya, apatah lagi dengan ilmu-ilmu yang berkaitan persekitaran umum kita ni, mestilah sentiasa ada yang terkini sebab teknologi semakin berubah dari masa ke semasa.
Even, planet-planet yang kat angkasa pun duk meningkat bilangannya, apatah lagi dengan ilmu-ilmu yang berkaitan persekitaran umum kita ni, mestilah sentiasa ada yang terkini sebab teknologi semakin berubah dari masa ke semasa.
So, wahai doktor-doktor gigi sekalian, tolonglah, update kan diri anda dengan ilmu pengetahuan. keep on learning. kalau ilmu tu tak guna takpe, tapi at least kita tahu tentang masalah tu dan boleh memberikan nasihat yang betul bila berhadapan dengan situasi tu.
P/S : Just my 2cents. Thank you for reading you all.
No Phone Dental Valet : 03-8920 9611
Setuju... Doktor juga perlu update dan mereka juga still belajar dari pengalaman setiap hari, setiap patient.
ReplyDeleteAs parents, kita juga harus bijak dalam membuat pilihan dan keputusan. Tidak hanya serah bulat² dalam setiap keputusan.
betul kak nina
Deletejauh plak bandar baru bangi, area kL agaknya ada x klinik mesra kanak2...huhu
ReplyDeletehehe. tu la.. jauh gak tu
DeleteThanks for the reminder :D betul sgt, teori tak sama dgn praktikal T___T
ReplyDeletehanisamanina.com
Thanks for the reminder :D betulll sgt, teori tak sama dgn praktikal T_T
ReplyDeletehanisamanina.com
welcome. semoga hanis menjadi doktor yang cemerlang suatu hari nanti
DeleteBetul...psikologi menarik perhatian kanak-kanak...
ReplyDeletekan akak. psikologi yang penting tu
DeleteThanks for sharing dear. I haritu pergi dentist jugak untuk check gigi my 1y 11m sebab gigi dia ada karies. Dr just cakap gigi anak I jenis cepat rapuh. Check macam tu jer. Dia cakap budak besar tu tak payah berus gigi. Just lap jer... hurmmm...
ReplyDeleteheermm.. macam-macam pesen doktor ni
Deletekat shah alam ada satu klinik gigi kanak2. kat seksyen 14. mesra kanak2, comel, peralatan comel, siap pasang didi&friends (harap fl minat didi)...
ReplyDeletejauh sangat nak gi shah alam tu. hihi
DeleteThanks for sharing. Btw, pakar gigi kanak-kanak yg doc dental valet suggest at the same clinic or hospital? TQ
ReplyDeleteSame clinic - dental valet clinic, located at bandar baru bangi
Delete