Tuesday, January 30, 2018

Keperluan Semasa Berpantang : Maternity Pad Vs Overnight Pad?

Maternity Pad Vs Overnight Pad? - Salah satu keperluan dalam pantang adalah tuala wanita. Masa lahirkan anak first dulu, aku main beli jer - tak ambik kisah pun akan kepentingan benda alah ni. Pastu masa dalam pantang, pad ni tak cukup , then terpaksalah en.suami yang kena pergi beli semula. 

Aku ingatkan darah nifas ni sama macam darah period jer rupanya lain. Darah nifas ni banyak - sangat banyak. Dan lama pulak tu nak stop. Dalam Islam kata - darah nifas akan keluar paling lama sehingga hari ke-60. Ada orang seminggu dah kering darahnya. Ada orang pulak, hari ke-60 baru stop. Aku dulu, hari ke-44 baru stop. huhu.. Lama gak tu.

So apa pad yang sesuai dan selesa untuk dipakai selepas bersalin?

Ini depends pada individu. Ada orang suka pakai maternity pad sebab darah nifas ni banyak sangat masa awal kelahiran bayi. So, maternity pad ni tebal dan dah direka khas untuk menampung heavy flow tu. 

Macam aku dulu, aku pakai maternity pad ni masa kat hospital jer. Itupun guna yang hospital provide. Bila dah balik rumah, aku rasa tak selesa nak pakai maternity pad sebab dia tebal sangat-sangat, sakit / ngilu bila terkena jahitan episotomi.

So, lepas balik rumah tu, aku pakai pad yang 'Overnight Wing'. Aku beli jenama KOTEX. Sebab aku rasa yang paling selesa untuk jenis overnight ialah Kotex jer - pendapat aku lah. 

https://gd.image-gmkt.com/li/205/320/564320205.g_400-w-st_g.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgK4Awp4wOIPHY0rhFXyKbnmn9MdqM7dmqoo8MAP7T9SBmx6rTam01xB6zRBergQnsnvO2-w3HYBBEmQeeM1d6qpMI0Ik6t2IwnR0WeM-KSWnRU7SgvscJ9XtQRSCebPa47u29BOYmlhPQ/s640/blogger-image-1228271339.jpg

https://assets.jayagrocer.com/images/product/done/011948-1-1.jpg
Tapi ada je aku jumpa ibu-ibu yang suka pakai Maternity Pad sepanjang tempoh berpantang. Untuk maternity pad, aku tak tahu jenama apa yang paling selesa - korang boleh share tak?. Korang pulak suka pakai pad yang jenis macam mana , boleh share tak experince korang kat comment box below.. 

Thank you in advance.. 

P/S : Semua gambar ialah ihsan dari Google Image

8 comments:

  1. Tak suka maternity pad sebab tebal & panas. Pastu suka crumple.. Saya dalam pantang pakai pad biasa je... waktu awal2 pakai yang overnight tu. Suka kotex & Libresse je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. Thanks for sharing aite. Love your feedback

      Delete
  2. IQ paaki maternity pad mse lpas kelahiran bby...lama2 tukar overnight gak. Lebih selesa

    ReplyDelete
  3. Brand Madame Tu mmg Dari zaman mak2 Kita lagi kan

    ReplyDelete
  4. Oh ye ke kak? Tak tahu pulak. Hihi

    ReplyDelete
  5. sama la.. mase awal2 je pakai.. abiskan 1 pack tu..
    pastu pakai pad biase

    ReplyDelete
  6. maternity pad pakai time lepas bersalin dan habiskan satu pack ...
    lepas tu pakai overnite pad ...

    ReplyDelete