Monday, January 29, 2018

New Zealand Trip : Jalan Yang Paling Curam di Dunia di Dunedin

Sambungan dari ENTRY INI. 

Kalau dah pergi ke South Island, macam tak lengkap itinerary kalau tak pergi ke Dunedin, sebuah bandar pelancongan yang terletak di Southeast Coast. Ianya terletak dalam Wilayah Otago. 

Kat Dunedin ni ada sebuah Universiti yang sangat famous - University of Otago. Ramai orang Islam belajar kat situ, even Malaysian pun ramai yang belajar kat University of Otago ni. En.suami datang Dunedin ni tak habis-habis duk cerita dia dulu dapat offer sambung belajar kat sini tapi tak tolak....*erk eleh nak belagak ngan kita la tu.. hehehehe*

Dan jikalau dah sampai ke Dunedin ni, wajib pergi ke "the steepest road in the world atau jalan yang paling curam di dunia" iaitu BALDWIN STREET. WAJIB TAU! Jalan ni diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai the steepest road. Seriously memang curam giler naik jalan ni. 

 Kebanyakkan kereta tak lepas nak naik jalan ni. So, kitaorang park kat bawah jer, and menapak naik ke puncak. At the end of the road, akan jumpalah bench ni dan lukisan mural ni. 

 Sebabnya terlampau curam, semput jugak lah nak sampai ke atas nun. 
So, banyaklah berehat sepanjang perjalanan sambil posing ambil gambar. hihi

 Jalan nya sangatlah curam.

Kalau tak fit , tak yah lah naik, buat penat jer. hihi

 Kat sepanjang Baldwin Street, kerjanya ambil gambar jer sebab nak hilangkan penat.

 Cer tengok belakang tu, curam kan?

 Aku berkenan betul la ngan post box ni.. Tuan rumah ni jadikan post box ni as a mini library. Kot-kot ada yang penat, boleh lah baca buku dulu sebelum teruskan 'pendakian'. hihi




 Ini permandangan dari Baldwin Street - cantik giler!


 Diaorang ni semua family members aku.... 
Kitaorang asyik berhenti ambik gambar jer sepanjang kat Baldwin Street ni sebab penat. hahaha

 Salah sebuah rumah kat Baldwin Street ni. 

Tapi banyak je rumah-rumah kat atas ni, so penduduk kat sini dah ada skill driving tersendiri untuk bawak kereta sampai ke atas. Kalau korang berhajat nak drive sampai ke atas, make sure isi minyak kereta penuh-penuh tau.. hihi..

 Tunggu cerita NZ yang seterusnya k.. Tapi tak tahulah bila boleh habis story NZ ni. hahahha..


7 comments:

  1. JALAN NAIK MMG CURAM TAPI NMPK VIEW KAT ATAS TU SGT CANTIK

    ReplyDelete
  2. menarik.. nak naik memang mengah.. nak trun senang jeee. golek2 sampai bawah hihii

    ReplyDelete
  3. mmg curam giler. postbox tu menarik sgt. klu msia, lama dah gone. hahahaha

    ReplyDelete
  4. kecuraman dia buatkan mood nk jalan down..haha

    ReplyDelete
  5. alahaaaaai dia punya tinggi jalan tu malasnya nak menapak alaaahai..

    ReplyDelete
  6. wahh nmapak menarik btl
    lg2 mini library tu..
    comell sgt

    ReplyDelete
  7. Kami pon penat posing kat atas jalan tu tapi dalam gambar tak securam mcm tengok depan mata.

    ReplyDelete