Ini aku nak share pasal Pakej Bersalin di Andorra Women and Children Hospital yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell nak menuju ke Highway SKVE. 


Hospital ni baru lagi dibukak - hujung tahun lepas. Apa yang best pasal hospital ni ialah :

1) Islamic-friendly hospital - but non-muslims patient are most welcome.

2) Makanan Halal - dimasak oleh Chef celebrity (Melayu) yang terkenal di Malaysia ni - Chef Zubir.

3) Hospital persis Hotel Mewah 5 Bintang.

4) Pakar-pakar yang best. Kebanyakan pakar-pakar yang ada kat sini, aku pernah berjumpa dan mendapatkan rawatan dengan diaorang sebab kebanyakkan diaorang adalah dari Hospital Annur, Bangi.

5) Diasaskan oleh Orang Melayu iaitu Gynea aku masa bersalinkan FL dulu - Dr.Khamsiah Muda.

http://andorra.com.my/images/about/about1.jpg

 Best tak Pakar O&G Dr.Khamsiah ?

Bagi aku, Dr.Khamsiah sangat-sangat best dan pro sangat. Aku check-up antenatal dengan dia since aku mengandungkan anak sulung aku - FL selama 9 bulan di Hospital AnNur. Sebelum preggy FL, aku pernah miscarriage di usia kandungan 10 minggu, masa tu aku check-up ngan Dr Khamsiah jugak dan Dr.Khamsiah jugak buat proses D&C kat aku dulu.  

Masa bersalin FL dulu, FL dah 'terberak' masa kat dalam perut. Dr Khamsiah perasan masa dia pecahkan air ketuban aku, nampak air ketuban warna hijau. Masa tu rasanya bukaan cervix dah 7-8 cm macam tu. Aku pun terus cuak and terus tanya Doktor, "Doc, boleh lagi tak saya bersalin normal". Dr Kham cakap "BOLEH"," Jangan risau", katanya. 

Aku bukan apa, sebab dah ada beberapa orang kawan aku terpaksa emergency czer sebab baby dah terberak katdalam rahim. Dr Kham ni cool jer. Relaks je dia tunggu bukaan cervix aku 10cm,and finally, FL berjaya dilahirkan secara NORMAL!

Memang aku salute la kat Dr.Kham masa tu sebab dia sangat confident dan sangat sangat profesional..(Thumb up Doc).

Dr.Khamsiah ni sangat soft, baik dan sangat islamic. Sebelum buat apa-apa prosedur, dia mintak kita baca Bismillah dulu dan berselawat. Aku ada tulis pengalaman aku bersalin dulu kat ENTRY INI dan INI.

Tapi untuk bersalin yang No.2 ni, since aku tak berapa puas hati dengan kualiti servis di Ward Hospital Pakar Annur macam aku share kat entry tersebut, aku dah decide (sejak dari awal preggy hari tu) untuk ke Hospital lain dan buat check-up dengan gynea lain. Mungkin kalau ada lagi rezeki di masa akan datang, aku akan kembali ke Dr.Khamsiah di Andorra Hospital ni. 

 +++++++++++++++++++++++
Ini dia Pakej Bersalin di Andorra Women and Children Hospital yang terkini. Kena book dan buat full payment before February 2018 kalau intend nak bersalin kat sini dan dapatkan harga ni. Kalau tak, harganya akan naik nanti. Harga bersalin ni hanya untuk promosi.

share dari Facebook


http://www.andorra.com.my/images/home/home3.jpg 
Bilik single kat Andorra Hospital

https://d1q1wt0v0mn0ze.cloudfront.net/wp-content/uploads/2017/11/Screen-Shot-2017-11-29-at-12.18.46-PM.png
Bilik double bed 

https://d1q1wt0v0mn0ze.cloudfront.net/wp-content/uploads/2017/11/Screen-Shot-2017-11-29-at-12.20.15-PM.png
Bilik 4 bed

Untuk maklumat lanjut, boleh contact :
No.Tel : 03-8957 8440
SHARE 29 comments

Add your comment

  1. menarik hospital ni, hari tu tengok video pun rasa macam kagum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Mula2 dulu saya ingat ni hospital mat saleh punya.. Hihi

      Delete
  2. cantik sgt.. moga ada rezeki bersalin kt cni

    ReplyDelete
  3. booking & full payment tu dia accept credit card x? tq

    ReplyDelete
  4. dr khamsiah so nice! azah dah jumpa dia in person. waktu tu kakak ipar azah melahirkan anak sulung dia kat sri kembangan tu :)) bersalin pun dengan dr khamsiah. hehe.

    jemput join segmen : http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete
  5. Wah harganya mampu bayar jugalah. Ingatkan Mahal sebab quality taraf 5*

    ReplyDelete
  6. Hai sis... sis tumpang tanya... monthly antenatal check up di sini mahal tak ya sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak.maaf saya tak tahu. Saya tak pernah check up kat sini. Currently saya check up kat hospital lain. Sorry ya. Sis boleh call direct hospital ni untuk tahu lebih lanjut

      Delete
  7. Hi Mas, sy tolong jawabkan. Monthly antenatal normal mcm hospital2 private lain je. Consultation around 75, scan 70, and service lain2 n ubat depends.

    ReplyDelete
  8. Teringin nak bersalin kat sini

    ReplyDelete
  9. hrp sye ade rezeki brsalin kt sini utk next bby . heheh kne tanam azam awal2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah, saya doakan yang terbaik untuk sister

      Delete
  10. nak amik pakej ni kena bt aerly checkup sblm booking ke? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupe. biasanya hospital swasta memang macam tu, tak boleh ad-hoc, nak bersalin baru pergi hospital. Nanti hospital akan tolak suruh pergi GH sebab diaorang tak nak tanggung risiko

      Delete
  11. Hi nak tanya, berapa kos buat D&C di andorra?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye. thanx for your reading. btw, sorry tak dapat nak bantu jawab soalan ni, sebab saya tak pernah buat d&c kat andorra. sis boleh contact hospital andorra tanya diaorang berapa harga

      Delete
  12. PAKEJ UNTUK TAHUN 2022 TAHU TAK...MACAM NAK BERSALIN KAT SINI JE JIKA ADE REZEKI LEBIH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry tak tahu. puan kena call Hospital Andora tu tanya diaorang tentang pakej bersalin terkini

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE