Senarai Confinement Lady Melayu 2018

in , by dorsett pink, January 16, 2018
Senarai Malay Confinement Lady 2018 - Sekarang ni kandungan aku dah mencecah usia 7 bulan (31 weeks). Next week InshaAllah 8 bulan (32 weeks). Masa dalam pantang nanti, sama macam bersalinkan FL dulu, aku ambik confinement lady atau dipanggil juga penjaga pantang untuk jaga aku masa dalam pantang. Kali ni pun, aku buat perkara yang sama memandangkan aku berpantang sendiri. 

Biasanya, confinement lady (CL) ni dah kena booking seawal kita masuk 3rd trimester. Kalau lambat, risau tak ada CL yang available sebab semuanya dah fully book. 

So, perkara pertama yang aku buat masa kandungan masuk 7 bulan ni ialah mencari CL dulu. Kalau ikutkan hati aku, aku nak jer ambik CL yang dulu sebab suka dan selesa sangat dengan treatment diaorang iaitu treatment berpantang dari MOM RETREAT HOME. Aku ada share kat ENTRY INI. 

Tapi sekarang ni, MOM Retreat Home dah tak buat perkhidmatan STAY-IN yang mana CL/nurse akan menginap di rumah kita sepanjang tempoh rawatan. huhu... Pilihan kitaorang suami-isteri, nak kan yang boleh duduk sekali kat rumah, sebab in case kalau en.suami kena outstation ker, at least ada orang yang jaga aku. 

Jadinya, nak-tak nak terpaksalah mencari CL yang lain. Biasanya CL ni boleh jer pergi ke seluruh Malaysia malah ke luar negara untuk menjaga orang berpantang, tapi cost pengangkutan ditanggung sendiri oleh kita. So, tak ada masalah kalau kita berpantang di ceruk mana pun even Sabah Sarawak Brunei pun, confirm diaorang boleh datang.

So, ini antara senarai Confinement Lady Melayu yang terkini (2018).


#1. Mom Retreat Home / Shadira

Mom Retreat Home ni ada sediakan tempat berpantang (confinement centre) untuk ibu-ibu yang nak kan keselesaan dan privacy  kalau tak nak berpantang di rumah sendiri - terletak kat Jalan Klang Lama. Kalau treatment kat rumah, diaorang akan datang secara harian - pergi pagi balik petang. Tapi tak ada pakej STAY-IN dah. Kalau berminat, kena book masa kandungan 7 bulan, tapi kalau book lagi awal (kurang dari 7 bulan), akan dapat harga lagi murah (ada diskaun). Booking kena bayar deposit 50%, selebihnya kena bayar sehari sebelum treatment.

No.Tel   :  012-287 8212

 Ini harga Pakej BASIC - hanya 3 jam sahaja.

 Ini harga Pakej Premium - 9 am - 5.30 pm


#2.  Jemari Tradisional 
Jemari Tradisional ni menawarkan CL warga Indonesia dan Melayu. Ada pakej Stay-In dan ada pakej harian (balik hari). Kalau Pakej Stay-In lebih murah sebab cost pengangkutan bayar sekali jer. Kalau Pakej Harian, kena bayar cost pengangkutan setiap hari. Biasanya pakej Stay-IN, CL Indonesia (berumur 40 tahun ke atas) la yang buat rawatan. 'Walaupun orang Indon, tapi jangan risau, diaorang ni semua berpengalaman dan dah mahir dalam selok-belok jaga orang berpantang ni' - tu kata Kak Rozie la.  Boleh baca review tentang Jemari Tradisional ni DI SINI.

Jemari Tradisional ni diuruskan oleh CL Melayu - Kak Rozie yang beribu pejabat di Pahang.

Ini FB Page Jemari Tradisional - https://www.facebook.com/jemari.tradisional 
No. Tel : 012-2431966 (Kak Rozie).
Booking kena bayar 50% dan selebihnya bayar sehari sebelum treatment.


#3. Pudina Confinement
Pudina ni buat rawatan harian jer - setengah hari jer (dalam 3-4 jam jer) . Tak ada pakej Stay-In. CL nya ialah orang Melayu. Selain bertindak sebagai CL, owner / boss Pudina pun juga merupakan Lactation Consultant. So, selain buat perkhidmatan menjaga pantang, Pudina ni pun ada buat perkhidmatan konsultansi lactation dan lactation massage (RM 80 per sesi).


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0tfYglqzzW1znSFolMDtaR7jddBiOHESgxRBCpMY3iVuv5mHz08KhyjCBv0-joO9cvuntm3LqGc6hHFvCvVqY5710ZcKqODqmGUpC5ZIIpMS9WOeBll8pTLDsRqIBx4xquzbZBE9ouk8/s1600/PUDINA+C%2526D+%25288%2529.jpg

Ini harganya (untuk setengah hari). Kalau berminat, boleh call : 017-223 8922 (Nurul).


#4. Natalis Confinement
 Natalis ni mendapat sambutan yang sangat hebat. Masa aku call hari tu, depa cakap dah penuh sebab aku lambat book.huwaaaa... Aku rasa aku dah awal dah, tapi ada lagi orang yang book lagi cepat. huhu.. Owner dia Kak Suzie. Kak Suzie cakap, kena book seawal kandungan masuk 2nd trimester. kalau lambat, memang selalu FULL. huhuhu.

Natalis Confinement ni ada buat Pakej Stay-In dan Pakej Harian. Kalau Pakej Stay-IN, CL Indonesia yang jaga. Tapi macam aku cakap tadi, jangan risau, diaorang ni semua cekap buat kerja dan dah ada banyak pengalaman jaga orang pantang ni. Booking kena bayar 30%.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMPk45AcAf9eaazshOtmpnFouHlm1WwUMqDVeOFnRs9fGGLVi9cXjCOhD5V3Psq0KUO66kWVo2TkapcNA0-hSC8KujNRgVAsHNCfBAi4z0TkvhKa0-Qlk9j8BwtkuknwiS8YG-Gyf6ELw/s1600/Natalis+2.JPG
 Ini Harga Pakej Stay-In. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh call Kak Suzie : 010-3874718


#5. Fazrina Postnatal Care

Fazrina Postnatal ni ada tawarkan perkhidmatan CL untuk pakej Stay-In dan harian. Kalau Pakej Stay-In tu CL Indonesia la yang akan stay di rumah pelanggan. Kalau Pakej Harian, biasanya CL Melayu. Kalau nak book, kena bayar deposit RM 500 dan selebihnya dibayar bila CL datang rumah (through online). 

Owner Fazrina Postanatal ni ialah Puan Rina : 017-289 5415. Puan Rina ni bagitau, CL boleh ditukar kalau pelanggan tak puas hati tapi tertakluk pada avaibility CL yang lain dan deposit tu tak boleh return semula melainkan kalau berlaku keguguran / kematian.

Ini harga Pakej. Beza Pakej A dan Pakej B ialah jumlah urutan. 
Pakej A hanya buat urutan badan 4X seminggu, dan Pakej B urut setiap hari.


#6. Kakak Adek Confinement Therapist

 Kakak Adek Confinement ni hanya buat perkhidmatan harian jer - 2 jam setengah. Hanya buat rawatan ibu dalam pantang saja,contoh macam bertungku, urut, bertangas, sediakan mandian untuk ibu, pilis dan param. Tak ada buat masak-masak untuk ibu dalam pantang dan tak ada mandikan baby atau massage baby. Kalu nak masak-masak dan uruskan baby, kena tambah bayaran lain.


 Ini harga pakej. kalau berminat, boleh call 017-675 9218 / 010-357 1080.


 ++++++++++++++++++++++++++++

Ada banyak lagi sebenarnya, tapi yang aku survey hanya 6 ni jer. Tak larat nak survey banyak-banyak. hehe

P/S : Sebelum korang booking dan buat pembayaran deposit, tanya dulu diaorang sedetail-detailnya terms and conditions, apa hidden cost yang tersembunyi, tax ke gst ke yang perlu dibayar atau overtime yang perlu dibayar jika CL buat kerja lebih masa atau buat kerja yang tak ada dalam skop kerja. Takut nanti akan timbul masalah di kemudian hari. 

Survey dulu betul-betul setiap satu company tu dan pakej yang ditawarkan, baca banyak review sebelum keputusan dibuat. Tak nak nanti, korang menyesal di kemudian hari. Just my #2cents.

********************


SHARE 19 comments

Add your comment

  1. Senang nak refer Bola Ada list macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah mama. Untuk rujukan saya juga di kemudian hari

      Delete
  2. adik akak baru je bersalin.. dia pun ambik package yg macam ni.
    dia ambik yg stay sama tu. budak muda je.. tapi sedap mengurut katanya..
    nowadays nak beranak kena siap2 kan duit bebanyak kan.. nak selesa, keluarkan je duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak yan. Sediakan je duit skrang, semua ah enang, mcm2 ada skrang, comparegn org dulu2

      Delete
  3. Alamak. Agak2 anak first nt dorg include skali x uruskn mcm mandi ke apa ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Include kalau anak first tu baby yg akan dilahirkan. Baby diaorang yg jaga waktu siang. Waktu malam tak jaga

      Delete
  4. MashaAllah TQ puan for sharing your Google findings & details yg patut ditanya. mmg membantu sgt. boleh saya tau last2 Puan amik pakej dgn CL mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome syawani. Harap entry ini dapat membantu awak dan ibu-ibu yang lain juga. Last sekali saya ambik ngan Fazrina Postnatal Care. Awak boleh baca entry saya berkenaan itu yang saya tulis pada April 2018. Boleh cari di 'achive' di side bar tepi ni.

      Delete
    2. Thank you. It helps me alot as u m looking for CL to take care if my Daughter in law EDD Feb 2019

      Delete
  5. wahhh tenkiu sgt2. memang tengah cari CL utk stay in

    ReplyDelete
  6. Salam dari saya blogger Atjeh untuk semua blogger Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Tqvm kerana share information yg bagus ni. Dan siap bagi link review jemari tu..sib baik baca review dulu..pheww.. terima kasih byk sis

    ReplyDelete
  8. Pakej lbu Berpantang
    (Awin- 016 4038737)

    1. 3hari RM500
    *Urut 1x
    *Lulur 1x
    *Seri wajah 1x
    *Param & Pilis
    *Tangas 1x
    *Mandi Herba 3x
    *Tungku 3x
    *Bengkung 3x
    *Minuman herba
    *Masakan Ibu
    *Mandi, Urut & Tuam Bayi
    *Basuh pakaian Ibu & Bayi

    2. 5hari RM800
    *Urut 3x
    *Lulur 1x
    *Param & Pilis
    *Tangas 1x
    *Mandi Herba 5x
    *Tungku 5x
    *Bengkung 5x
    *Minuman Herba
    *Masakan Ibu
    *Mandi, Urut & Tuam Bayi
    *Basuh pakaian ibu & Bayi

    3. 7hari RM1100
    *Urut 3x
    *Lulur 2x
    *Param & Pilis
    *Tangas 2x
    *Mandi Herba 7x
    *Tungku 7x
    *Bengkung 7x
    *Minuman Herba
    *Masakan Ibu
    *Mandi, Urut & Tuam Bayi
    *Basuh pakaian Ibu & Bayi

    4. 14hari RM2200

    *Urut 6x
    *Lulur 4x
    *Param & Pilis
    *Tangas 2x
    *Mandi Herba 14x
    *Tungku 14x
    *Bengkung 14x
    *Minuman Herba
    *Masakan Ibu
    *Mandi, Urut & Tuam Bayi
    *Basuh pakaian Ibu & Bayi

    5. 21hari RM3300
    *Urut 9x
    *Lulur 6x
    *Param & Pilis
    *Tangas 3x
    *Mandi Herba 21x
    *Tungku 21x
    *Bengkung 21x
    *Minuman Herba
    *Masakan Ibu
    *Mandi, Urut & Tuam Bayi
    *Basuh pakaian Ibu & Bayi

    **akan ada kos tambahan untuk perjalanan dan petrol.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. untuk rujukan tambahan, boleh jenguk website dibawah untuk pakej berpantang, mengurut wanita shj & spa.

    http://www.confinementladycare.biz/

    ReplyDelete
  10. Hai dorsett pink. Terima kasih kerana buat posting tentang perkhidmatan dari Pudina confinement. Just to update that our website has been moved to a new page link. We are now available at www.pudinaconfinement.com

    Thank you very much!

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE