TIPS-TIPS yang boleh diamalkan bila kemaluan Miss V Gatal Sebab Mengalami Keputihan Yang Teruk - Setiap kehamilan itu berbeza kan. Setiap orang akan merasai cabaran mengandung yang berbeza - tak sama. Masa aku pregnant FL dulu, cabarannya ialah aku kena Placenta Previa (uri di bawah) dan Buasir (hemorrhoids) tahap 3.
Kali ni mengandung,cabarannya ialah PENAT yang melampau dan keputihan yang sangat teruk. huhuhu.. Malu sebenarnya nak cerita pasal hal dalam kain, tapi it is a good info for preggy mothers out there, pasti ada orang yang tercari info yang sama jugak kan? SO, i treat it as a sharing session.
Sebelum pregnant, keputihan normal jer. Tapi masa preggy ni, dia jadi teruk sampai gatal-gatal Miss V. Gatal-gatal tu rasa macam kena kurap. Addoooii.. Sangatlah tak selesa. Nak buat apa pun tak selesa. Nak garu tak boleh.
Aku pun tak tahu part (spesifik) mana yang gatal tu..Aku cuma rasa gatal jer.
Kronologinya macam ni :
1. Mula-mula masa aku preggy 6 bulan, perut aku sakit sangat (macam mengeras), sampai aku rasa macam nak pergi hospital. rasa macam nak beranak dah pun ada gak, tapi tak ada contraction. So, aku just baring-tidur. Bangun tidur OK.
2. Masa antenatal check-up 6 months, aku bagitau kat my gynea , masalah masalah aku sakit perut tu. Pastu gynea nak check Miss V - dia kata mungkin tu disebabkan 'keputihan'. So, gynea check, dia kata ada fungal infection. Dia ambik swab untuk antar ke ujian makmal.
3. Masa tu jugak, gynea bagi ubat vaginal yang kena masukkan ke dalam Miss V - Cotren Vaginal Tablets. Satu Tablet je doktor bagi. Ubat ni kena masukkan masa kita nak tidur sebab kita kena baring jer lepas ubat ni masuk ke dalam Miss V, takut nanti kalau bangun, ubat tu akan jatuh keluar. And, tak boleh bersama dengan suami untuk 3 hari.
Source : google Image
4. Masa antenatal check-up 7 months, gynea tunjuk result ujian makmal. Memang sah GBS Positive - aku ada yeast infection kat Miss V. Infection disebabkan oleh Candida Albicans (yeast). So, gynea bagi ANTIBIOTIK - KENA MAKAN SELAMA 5 HARI berturut-turut dan wajib dihabiskan. And, dia kata, nanti dalam labour room doktor akan bagi lagi antibiotik (jenis lain pulak) untuk mengelakkan baby terkena jangkitan. Once bayi terkena infections, baby akan ditahan di NICU bila lahir nanti.
5. Selepas ambik antibiotik tu lah, Miss V aku start gatal-gatal yang sangat teruk. huhuhu..
6. Tak tahan sangat, aku basuh Miss V dengan air garam. Ada kawan (doktor jugak), dia suggest jangan guna Femine Wash sebab Femine Wash ni akan bunuh jugak bakteria baik. Bila tak ada bakteria baik, so tak ada 'orang' nak makan bakteria jahat, dan kesannya bakteria jahat akan bermaharajalela.
Alhamdulillah. Sekarang antibiotik dah habis, dan aku keep on cuci dengan air garam (letak garam dalam air biasa jer), Alhamdulillah dah tak gatal dah. Syukur sangat. Kalau tak, memang tak selesa sangat.
So, ini TIPS-TIPS yang boleh diamalkan bila kemaluan Miss V Gatal Sebab Mengalami Keputihan Yang Teruk :
1. Tukar pantyliner / seluar dalam sekerap mungkin.
2. Minum banyak air kosong.
3. Makan banyak YOGURT / Jus yang mengandungi banyak buah Berries macam strawbery, bluberry.
4. Jangan Basuh MISS V dengan Femine Wash!
5. Basuh Miss V dengan kerap guna air garam.
2. Minum banyak air kosong.
3. Makan banyak YOGURT / Jus yang mengandungi banyak buah Berries macam strawbery, bluberry.
4. Jangan Basuh MISS V dengan Femine Wash!
5. Basuh Miss V dengan kerap guna air garam.
Keputihan masa pregnant ni lain macam. Tak sama macam sebelum pregnant, sama jugak dengan kes Kencing Manis semasa mengandung. Bila dah habis mengandung, habis lah segala penyakit tu. Yang penting, kebersihan diri / hygiene kena dijaga betul-betul. Dan segera berjumpa doktor kalau rasa lain macam, sebab keputihan masa pregnant ni boleh mengancam nyawa bayi. So, jangan dibuat main-main.
sama macam kes nadia johari jugak kn? jaga kesihatan dp baik2 yer
ReplyDeletetq iq
DeleteSetiap kali pregnant mesti kena, stress -.-'' Masa 1st peknen, doc bagi ubat tu tapi I takut nak masukkan sendiri and tak percaya orang lain haha so gigihlah seminggu sekali pergi klinik suh doc masukkan.
ReplyDeletebtw tips no 3 pernah juga amalkan , tapi tak berkesan. makin teruk. so tiap kali kena macam ni memang jauhkan makanan/minuman manis dan bersusu. air suam. banyak minum banyak kencing. selain tu jangan pakai panty liner yang ada herba la cover bau lah. pakai yang biasa je.
thanks cici share your story
DeleteJAGA DIRI N KSHTN YA DP
ReplyDeletethank you kak PI
Deletejust wanna share wt u.. my sister yang baru je bersalin ni dulu pernah ada masalah keputihan ni.. first baby dia memang teruk dia kena. then baby pun affected sama. baby dapat kuman yang ada pd keputihan tu lah. akak pun tak sure apa nama kuman tu. baby lahir sihat.. but after 17 hours, ALLAH jemput dia. memula tak sure kenapa then result lab bagi tau kematian due to the problem keputihan tu lah. now she has a new one, doc suggested better operate je lah. ALHAMDULILAH so far, bebas dan sihat.. macam2 penyakit ni lah kan.. Akak dulu pun pernah kena yeast infection ni masa pretty.. Menangis lah.. gatal yang tak tau kat mana nak digaru.
ReplyDeletethanks akak share story ni . terharu saya
DeleteAna pernah kena juga.gatal dia bukan main lagi. Sampai luka sebab ana tahan menggaru. Pergi KK terus bg ubat masuk tu. Alhamdulillah sekali pakai ok terus. Tak tahu bahaya ye keputihan masa preggy ni. Sampai boleh bahayakan baby. Semoga kita sentiasa dilindungi nya.
ReplyDeletesaya pun baru tahu masa preggy hari tu yang keputihan ni bahaya. huhu
Delete