Tuesday, February 27, 2018

Buat PhD Sebab Nak Menjadi Pensyarah Ke?

Buat PhD Sebab Nak menjadi Pensyarah Ke? - Aku selalu dapat soalan ni.. Bosan tahu tak bila orang duk ulang-ulang tanya kita soalan yang sama jer dalam tempoh masa bertahun-tahun. Bukan sekali dua aku kena menjawab soalan cegini, 101,101 kali dah kot.. huhuuhu.

Sebabnya di Malaysia ni, memang dah menjadi norms bila seseorang sambung PhD, mesti dia akan jadi pensyarah (Tapi aku rasa ramai je yang tak jadi pensyarah, contoh macam Dato Dr Fadzillah Kamsah). Dah jadi sinonim di Malaysia ni, PhD Holder akan bekerja di universiti dan menjadi academician. Even kalau menjadi pensyarah tanpa PhD pun, mesti pihak universiti akan suruh pergi sambung belajar.

 Image result for phd thesis

Negara Memerlukan Pemikir / Thinker

Tapi kalau kat negara-negara maju macam US atau Europe, bidang industri dipenuhi oleh PhD Holders. Contoh syarikat Apple tu, berapa ramai PhD graduate kerja kat situ. Sebab apa? Sebabnya negara memerlukan THINKER / PEMIKIR untuk membangunkan negara. Sebab tu negara diaorang boleh jadi MAJU. Sebabkan pemikir-prmikir inilah yang akan berfikir untuk memajukan syarikat berkenaan dan seterusnya melonjakkan perkembangan ekonomi negara tersebut.

Di Malaysia pulak, kita belum lagi mencapai taraf negara MAJU, baru taraf negara membangun, so sebab tu  industri di Malaysia tak memerlukan PhD Graduate. Dan end-up graduate PhD biasanya akan bekerja di sektor pendidikan dan penyelidikan.... 

Itulah bezanya antara negara MAJU dan negara MEMBANGUN. Entah bilalah Malaysia dapat menjadi Negara Maju dengan kepimpinan sekarang ni. huhu.. So, stigma masyarakat Malaysia yang selalu tanya aku soalan tu - Buat PhD Sebab Nak menjadi Pensyarah Ke? Bukanlah salah diaorang, tapi diaorang dah biasa tengok keadaan tu - bila grad, mesti akan jadi pensyarah. Nanti bila Malaysia dah jadi negara Maju, aku rasa stigma macam ni mungkin tak kan wujud lagi kot.

Ok, secara jujurnya, aku sambung belajar BUKAN UNTUK MENJADI PENSYARAH. Aku sambung PhD sebab aku suka belajar dan belajar. At the same time, aku jugak suka menulis dan suka membaca, so keputusan aku untuk sambung belajar sampai dapat PhD adalah keputusan yang tepat walaupun hakikatnya aku hanya seorang SURI RUMAH. 

Aku enjoy buat PhD (walaupun kadang-kadang stress sampai menangis bucu katil). Aku enjoy belajar, sebab hari-hari aku dapat belajar benda baru. Soal kerja selepas grad tu , kita fikirkan kemudian. Priority sekarang ialah habiskan dulu belajar ni sampai GRAD. Minat mengajar tu ada, tapi untuk menjadi lecturer, aku rasa bukan masanya kot. Sebab aku malas nak buat research dan journal paper. hahhaha.. Jadi lecturer part time (jer!) boleh la kot. 

Image result for phd convocation at oxford university
1 hari nanti - InshaAllah!. Sumber gambar dari google image)


Nak kerja apa lepas grad?
Aku tak terfikir lagi nak kerja apa lepas grad nanti. Sebab aku pun duk tengah serabut nak siapkan research ni. Plan tu ada lah, tapi itu semua perancangan, keputusan muktamad belum buat lagi. 

Orang macam pelik, bila aku jawab - aku nak jadi suri rumah. Then, akan keluarlah kata-kata "belajar tinggi-tinggi, nak jadi suri rumah jer?". Yes, my ultimate life goal is wanna be a housewife. But, of course la, i also wanna earn some money by myself.

Well, salah ke menjadi suri rumah? Hina sangatkah menjadi suri rumah? 

Di sisi Allah swt, profesion suri rumah tu sangat tinggi darjatnya. Dari pagi bangun tidur, buat kerja tanpa henti sampailah waktu tidur di malam hari. huhu. 

Tapi ramai orang tak boleh terima dengan orang yang berkelulusan sarjana memilih jalan untuk menjadi suri rumah. huhu.. (sedih weeeh).. Sebab kata mereka ialah - orang kelulusan SPM pun boleh jadi suri rumah jugak.

Apa yang salahnya menjadi suri rumah? Adakah PhD Holder TAK LAYAK jadi suri rumah? Ye memang betul, tak yah belajar tinggi-tinggi, ada SPM pun dah cukup untuk menjadi suri rumah. 

Tapi cara pemikiran tak sama antara SPM Holder dengan Degree Holder. Orang yang ada degree bila jadi suri rumah, inshaAllah dia boleh sekali menjadi cikgu tuisyen kat anak-anak dia. At least dia tahu macam mana nak buat homeschooling. Dah jimat dah duit kat situ dari antar anak ke kelas tuisyen. 


Mewujudkan Tamadun Manusia Yang Berilmu 

Ilmuwan Islam - Umar Khayyām
Umar Khayyam - Mathematician
In order untuk membangunkan negara atau untuk mewujudkan sebuah tamadun / civilisation, manusia yang berilmu dan berguna untuk negara dan bangsa, kita memerlukan orang-orang yang berilmu. Dan orang-orang ini akan mencorakkan pemikiran anak-anak kecik untuk turut mencintai ilmu dan menjadi orang yang berilmu. Dan inshaalah anak-anak tadi akan membesar untuk mencintai ilmu (ilmu dunia dan imu akhirat). Dan bermula dari jiwa anak-anak muda yang merupakan golongan berilmu atau pemikir, mereka berjaya membangunkan negara atau mewujudkan sebuah tamadun yang hebat.

Contoh kita tengok ilmuan-ilmuan Islam zaman dulu-dulu macam Ibnu Batutah, Imam As-Shafie, al-Khawarizmi, al-Farabi, Ibnu Sina, Umar Khayyam, Imam Malik,  dan ramai lagi para ilmuan Islam yang tersohor. Bermula dari mereka, Islam dikenali sebagai Tamadun Berilmu dan menjadi tamadun tersohor sehingga orang kafir pun takut dengan orang Islam.

So, dari mana datangnya orang-orang yang hebat ini kalau bukan dari didikan ibu-bapa mereka? Bukannya mereka lahir-lahir terus jadi pandai, mereka belajar dan belajar dan belajar sampailah menjadi pandai seperti mana yang dikenali. Dan segalanya bermula dari pelajaran dari rumah seawal mereka dilahirkan di dunia lagi. Ibu bapa yang mencorakkan masa depan anak-anak

So, disinilah pentingnya kaum-kaum ibu yang belajar tinggi-tinggi. Yang mampu menghanyunkan buaian sehingga mampu mengoncangkan dunia. Ibu yang berilmu boleh mendidik anak-anak mereka dengan ilmu jugak (InshaAllah). Dan secara tak langsung, dengan degree yang digenggam oleh si ibu itu, ia diharap mampu memberi inspirasi kepada anak-anak mereka untuk turut sama mencintai ILMU dan turut sama belajar sehingga ke tahap tertinggi sama seperti si ibu. 

Wallahualam.

#my2cents

p/s : I'm crying writing this entry. A bit emotional when it comes to motherhood. huhu . Sorry. this entry is quite long. But thank you so much for reading every inch of it.

PhD Talk : How To Be a SERIAL WRITER

PhD Talk : How To Be a SERIAL Writer - Kalau sambung belajar buat Master atau buat PhD, benda WAJIB yang WAJIB buat ialah MENULIS dan MEMBACA. Kalau korang jenis tak suka menulis, hatta tak suka membaca, lupakan je lah niat nak sambung belajar tu sebab nanti korang sendiri yang menyeksa jiwa raga korang. 

Alhamdulillah aku memang suka 2 perkara tu, sejak dari kecik lagi. Hidup aku memang dikelilingi dengan buku-buku especially NOVEL. khakhakhakhakha.. Berlambak novel kat rumah tu yang sekarang ni tersadai tak de sape nak baca.. 

Ini antara salah satu kotak dari berkotak-kotak novel yang aku dah let-go

Lucky aku pun suka menulis. Sebab tu blog ni wujud. Dulu-dulu masa zaman tak ada blog ni, aku menulis kat atas buku jer a.k.a kat dalam Planner aku. Aku ada cerita kat entri ni - "Timeline Kehidupan".

Dan aku rasa dengan menulis blog ni, ia lagi buatkan aku menjadi makin suka dengan bidang penulisan. Hari-hari rasa nak menulis jer tapi apakan daya kelajuan internet bukan terletak di tangan aku (EHH!).. hahahha. Kadang-kadang kita memang tak sempat pun nak update blog, tapi dalam kepala memang ada macam-macam benda nak tulis. Betul tak kawan-kawan blogger? Betul kan? betul kan? hihi.

So untuk menjadi pelajar phd yang cemerlang (cemerlang??) - cemerlang tu maksudnya boleh GRAD la walaupun memakan masa bertahun-tahun adalah dengan menjadi serial writer. As long as dapat Grad, kira OK la tu, bukan senang nak grad. huhuhuhu.. Nak grad Degree senang jer, tapi nak grad master or phd, Allah je Yang Tahu.. #praytoGOD. 


What is a SERIAL WRITER?
Serial Writer ni ialah orang yang selalu menulis. Tak kira lah menulis bahan apa sekalipun. Janji menulis. 

Bukan senang wooo nak jadi serial writer. Once rutin menulis dah meresap masuk dalam jiwa kita, kita akan nampak yang menulis ni kerja mudah jer walaupun ayat tunggang-terbalik. So antara TIPS yang aku dapat dari lecturer-lecturer, profesor-profesor yang dah ada PhD, diaorang cakap tips nya ialah - hari-hari menulis at least 5 minutes. 


WARMING UP
5 minit pertama tu hanya tulis jer secara santai - tak yah fikir pasal grammar ker, content jer, ayat betul ke tidak,  janji tulis jer apa yang terlintas di kepala - tulis secara santai. 

So, that's why, aku start hari -hari aku dengan buat warming up dengan update blog. Aku cerita kat entry ini - "Warming Up".  

"My blog is my inspiration"

Biasanya kalau tulis kat blog, pemikiran kita tak terikat dengan content-content akademik. So, kita bebas nak tulis apa saja di blog. Orang baca atau orang tak baca - itu belakang kira. Janji kita tulis dan blog kita ter-update. Bahasa yang kita guna kat blog pun santai jer.. 

So, bila dah siap 1 blog entry , aku terus sambung tulis tesis pulak. Kalau tak tulis pun, aku buat lah apa-apa kerja yang related dengan research aku macam baca journal ker, buat mind-mapping ker, atau just tulis 1 paragraph introduction part pasal benda yang kita nak tulis tu. Contohnya, hari tu kita nak tulis pasal  'Calsium Bikarbonat' - so tipsnya tulis jer apa yang terlintas dari kepala kita pasal Calsium Bikarbonat tu 1 perenggan jer. Tulis jer apa yang ada di kepala kita tanpa mengira kesalahan grammar dan kesalahan ayat. 

Work for Imperfection
Work for Imperfection! - lepas dah tulis tu, nanti korang akan rasa teruja nak tulis dan tulis lagi.. Percayalah.. Jangan fikir nak jadi PERFECTIONIST sebab sampai bila-bila pun kita ni TAK PERFECT, yang perfect tu hanyalah Allah swt.

Kalau korang tak ada blog, cuba korang try tulis kat Facebook. Mesti ada facebook kan? hihi.. Tulis apa-apa jer - contoh macam - Breakfast Hari Ini atau My Bento. hihi.. Sound poyo?? Pedulikan kata orang, janji kita tulis jer. Kalau ada orang kecam korang - tulis je situ kalau tak suka, silalah unfollow (EHH!)... hahahahha

PhD Talk :: Mencari Motivasi Untuk Menulis

Buat phd ni macam-macam cabaran dia. Kalau tak menangis tu memang tak sah lah. Menangis bucu katil apatah lagi. Tapi itulah namanya perjuangan. Itulah namanya jihad. Jihad kembara menuntut ilmu. Tapi apa yang aku rasa ni aku rasa tak cukup teruk lagi kalau nak dibandingkan dengan ilmuan-ilmuan islam zaman dulu kala. Depa punya kepayahan tu lagi lah macam peringakat langit ke-7. huhu..


Kepayahan Menuntut Ilmu
Apapun, jiwa mesti kena kental, kena tabah demi segenggam ilmu yang dicari. Bukan senang nak menuntut ilmu ni. Sebab tu, orang yang menuntut ilmu ni dapat pahala berlipat kali ganda. Kalau mati semasa belajar ni pun, dapat gak ganjaran pahala mati syahid.
Kalau sedang belajar, tapi belum rasa kepayahan dan kesusahan tu, itu namanya perjalanan itu belum lagi sampai pada tahap 'perjuangan/jihad'. InshaAllah, nanti akan tiba waktu itu. hihi..

So, antara salah satu cabaran untuk menyiapkan kajian penyelidikan adalah fasa menulis (write-up). Memang boring betul stage ni. Nak menulis blog senang jer, tapi nak menulis academic writing ni Ya Allah! Punyalah payah.

Kadang setengah hari duk depan laptop pun, hanya dapat taip 1 perenggan je. Itu ok lah 1 perenggan, ada tu dapat taip 1 ayat je.. huhuhuhu.. Sesapa yang pernah lalui stage ni, fahamlah macam mana rasa dia.. Pastu end up, stress.. Sebab rasa kita dah membazir banyak masa…

Kadang tu, bukan sebab kita tak ada mood nak menulis, tapi sebab tak ada idea langsung. Tak ada idea , tak tahu nak tulis apa. Academic writing ni sangat berbeza dari menulis report or artikel surat khabar. Tapi SV cakap tulis jer, nanti-nanti baru betulkan..

Tapi kalau dah lama-lama duduk depan laptop tapi tak tertulis jugak, mesti aka nada jugak rasa stress dan give-up tu.. 


Mencari Motivasi Untuk Menulis
So, antara benda yang aku buat supaya motivasi diri aku sentiasa tip-top (konon la!!) ialah dengar lagu-lagu motivasi. 

Currently, aku suka dengar lagu - lagu ni :

1.    Manusia Kuat -  by Tulus

2.    Mimpi Yang Indah – by Mestica

3.  The Climb - by Miley Cyrus 


Lagu-lagu ni kawan aku yang share kat aku, sebab dia kata dia selalu dengar lagu ni setiap hari setiap masa setiap waktu untuk bagi semangat kat diri dia supaya sentiasa bersemangat dan kekal produktif..

Aku sangat berterima kasih la kat dia sebab sudi share ngan aku tips ni…. Seriously, lagu-lagu tu memang buat aku rasa sentiasa bersemangat untuk menulis tesis ni…

Lirik Lagu Manusia Kuat : 
Kau bisa patahkan kakiku
Tapi tidak mimpi-mimpiku
Kau bisa lumpuhkan tanganku
Tapi tidak mimpi-mimpiku

Kau bisa merebut senyumku
Tapi sungguh tak akan lama
Kau bisa merobek hatiku
Tapi aku tahu obatnya

Manusia-manusia kuat itu kita
Jiwa-jiwa yang kuat itu kita
Manusia-manusia kuat Itu kita
Jiwa-jiwa yang kuat itu kita

Kau bisa hitamkan putihku
Kau takkan gelapkan apapun
Kau bisa runtuhkan jalanku
Kan ku temukan jalan yang lain

Manusia-manusia kuat itu kita
Jiwa-jiwa yang kuat itu kita
Manusia-manusia kuat itu kita
Jiwa-jiwa yang kuat itu kita

Bila bukan kehendak-Nya uhuuuu
Tidak satu pun culasmu akan bawa bahaya

Wednesday, February 21, 2018

Kenangan Lama :: Sambutan Tahun Baru Cina Masa Zaman Kanak-Kanak

Sabtu hari tu tertengok Drama Cerekarama kat TV3 - Kebaya Mek Hwa. Mengimbau kenangan masa kanak-kanak dulu yang dibesarkan di Kuala Terengganu buatkan aku nak cerita zaman kanak-kanak aku dulu.

Aku dulu dibesarkan oleh Arwah Tok Wan & Arwah Tok Ki di Pusat Bandar Kuala Terengganu. Rumah kitaorang betul-betul depan Pasar Payang. Dulu-dulu pasar tu namanya Pasar Kedai Payang. Sekarang jadi Pasar Payang jer. 

Dari rumah kitaorang, aku menapak je pergi ke Kampung Cina. Memang hari-hari pergi Kampung Cina samaada ada urusan atau just jalan-jalan jer.. Jalan kaki jer. Sekrang Kampung Cina kat Kuala Terengganu (KT) tu dah jadi destinasi pelancongan. Wajib pergi sana kalau korang pergi KT, sebab dah ada waterfront. 


 
Kg.Cina, Kuala Terengganu. 

Dari kecik aku dibesarkan dikalangan komuniti masyarakat Cina. Jiran-jiran aku dulu - kiri kanan depan belakang semua orang Cina. Melayu pun ada gak, so balance lah both Cina dan Melayu. So, dari kecik lagi aku dah biasa bergaul dengan masyarakat Kaum Cina. Tapi aku tak pandai cakap cina baik mandarin or hokkien. Sebabnya masyarakat Cina kat KT tak cakap bahasa Cina. Even bahasa inggeris pun tak. Depa cakap bahasa melayu longhat Terengganu sejati. Kat sekolah pun sama. 

Kadang-kadang je kalau kat sekolah depa cakap Cina atau english - tapi ikut mood la. But most of the time depa cakap Terengganu. So sebab tu aku tak pandai cakap Cina walaupun berkawan ngan orang Cina sejak kecik lagi. Bila suruh depa ajar aku cakap Cina, baru depa akan ajar. Tapi aku just mintak ajar kira nombor je lah.. Sampai sekarang tahu kira 1-10 jer (bahasa mandarin) hahahha.. Yang lain tu hampeehhh.. 

Masa backpacking ke China sorang-sorang dulu, masa tu aku gigih belajar bahasa Mandarin sebab kat China diaorang tak communicate dalam english- nasib baik aku boleh survive smapai balik Malaysia semula. hahhaaha..

Masyarakat Melayu dan Cina kat Terengganu sangat-sangat akrab. Kadang-kadang kita tak tahu pun diaorang tu orang Cina sebab cara diaorang memang sebijik macam Melayu, baik dari segi pemakaian, cara makan, cara cakap dan lain-lain. Tapi sekarang ni dah zaman moden, so budak-budak Cina kat KT sekarang dah pakai pakaian moden macam shorts pant, sleeveless, skirt etc. So dah senang dah la nak cam diaorang ni. 

Aku dulu punyalah akrab ngan jiran-jiran Cina sampai boleh je gi umah diaorang bila-bila masa. Cuma bab makan, Tok Wan suruh makan kat umah sebab takut termakan makanan tak halal. Even umah diaorang pun ada anjing, sebabkan dah selalu tengok anjing tu sejak kecik, so jadi tak takut dah. 

Kalau nak cari kuih tradisional Terengganu, boleh jer cari kat Kampung Cina, kat sana ada ramai pembuat/peniaga kuih tradisional Terengganu. Even nak tempah baju kurung pun, tempah kat tailor Cina kat Kg.Cina tu. 

Aku memang menanti Chinese New Year saban tahun. Sebab meriah sangat. Since aku duduk kat Kg.Cina, jadinya sambutannya memang meriah la - ada macam-macam pesta bila tiba CNY. Ada lion dance, ada pesta tanglung, cap goh meh pun diaorang celebrate besar-besaran - macam Festival gitewww.. Bukan je setakat Chinese New Year, tapi semua sambutan yang berkaitan dengan masyarakat Cina diaorang celebrate. Jadi, kitaorang ni jadi penonton tetap la.. Aku rasa bertuah jugak la, sebab mungkin generasi sekarang dah tak dapat nak tengok festival-festival kaum Cina yang macam tu.. 

Gambar ni aku ambik dari internet. Ni kat Taiwan. 
Dulu-dulu masa aku kecik dulu, pesta tanglung kat kampung aku meriah macam ginilah.


Aku ingat lagi masa aku umur 6 tahun kot (kalau tak salah). Aku tak tahu masa tu CNY. Aku nampak jiran-jiran aku pakai baju baru cantik-cantik. Jadi aku mintak kat Tok Wan nak pakai stokin baru yang baru beli. Padahal stokin tu patutnya pakai masa Hari Raya kot. Tapi aku mintak jugak nak pakai sebab tengok jiran pakai. Pastu Tok Wan bagi. Pastu Tok Wan cakap 'diaorang pakai sebab tu raya diaorang, tapi kita ni duk ikut jugak orang!'.. hahahaha.. Memang ingat sampai sekarang bab stokin tu.

Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan. Kitaorang dah tak stay lagi kat Pasar Payang tu, sebab tempat tu dah dibangunkan dengan bangunan commercial. Dan Kg.Cina sekarang pun dah tak semeriah dulu. Generasi dulu-dulu dah tak ada. Sekarang ni generasi alaf baru pulak. 

Sekarang ni pun aku masih lagi duduk dalam Komuniti Cina kat KL ni. Jiran-jiran aku kiri kanan depan belakang semua Cina. Depa semua baik-baik - 1 Malaysia gitew. Mungkin sebab dah biasa dibesarkan dalam Komuniti Cina, jadi aku dah biasa duduk dalam komuniti ni. So tak rasa janggal la. Surau dekat je dengan umah kitaorang, tapi semua OK je. Bila azan, diaorang siap senyap lagi - dari dulu sampai sekarang aku tengok sikap ni. Diaoarang memang respek dengan bangsa Melayu. 

So, masa CNY hari tu, bising la umah aku sebab jiran-jiran duk main mercun, bunga api dari malam sampai ke pagi.. hahhaha.. Tahan je la telinga tapi FL enjoy sebab dapat tengok fireworks depan rumah. 

Ni masa sambutan CNY baru-baru ni kat Genting Highland.

Tuesday, February 20, 2018

Pregnancy Diary : Shopping Galore

Skrang ni aku dah 8 bulan (35 weeks). Next week dah masuk 9 bulan. Kalau boleh aku nak settlekan cepat-cepat barang-barang untuk baby dan aku nanti. Malas nak shopping last minute sebab takut ada barang yang missing. Lagipun kalau shopping last minute takut penat terlampau sangat.

So, last week aku sempat la aku dan en.suami cari barang-barang baby. Tak banyak sangat pun yang kitaorang nak beli sebab  barang FL masih elok lagi tapi perlu jugak membeli apa yang tak ada. Apa yang masih elok, kita pakai jer..

Antara yang dibeli ialah playpen, bathtub, keperluan breastfeeding, baju-baju (sikit jer), siapers, wipes, dan ada lah benda-benda lain lagi.

Dulu masa FL tak ada baby cot, cadangnya nak beli lepas pantang, tapi lepas aje habs pantang langsung tak terbeli sampailah skrang. hahahaha. Aku prefer beli baby cot sebab boleh tahan lama, nanti anak no.3 sampai anak no.10 (eh!!) masih boleh guna, tapi en.suami nak beli yang senang dibuat travel katanya. Kalau cot, tak boleh bawak gi travel. So dia belilah playpen siap dengan beg bagai, boleh lipat-lipat bawak travel.

Almaklumlah kitaorang kan suka travel. Dulu masa FL, lepas je aku habis pantang, terus kitaorang gi Cherating (the first destination in FL's life). Gatal kaki lah duduk umah lama-lama. hihi..

So, kali ni memang banyak beli barang yang boleh dibuat travel. Senang 2-in-1. Boleh guna kat umah, and boleh dibawa kemana-mana.

Bathtub untuk 2nd baby ni aku beli yang jenis foldable. Senang nak angkut kemana-mana, sebab experience sebelum ni, bila pergi hotel susah aku nak mandikan baby. Kalau duduk hotel 4-5star, ada disediakan bathtub, tapi kalau hotel biasa or airbnb tak disediakan. So, sebab tu aku nak bawak bathtub ni kalau pergi travel - senang nak mandikan baby. Dulu masa FL ada jugak beli bathtub, tapi bathtub yang besar gedabak tu and dia masih guna sampai sekarang. Yang ini beli kat Mothercare, jenama Stokke.


Sapu tangan atau towel kecik - buat lap muka, lap air liur, lap mulut. Dulu masa FL tak terfikir nak beli towel kecik, so lepas pantang baru duk mengigih nak mencari. Sekarang nak siapkan siap-siap sebelum bersalin.

 
Ini antara yang aku sempat snap gambar. Botol susu tu aku beli jenama NUK, sebagai NUK ada teat kuning tu yang sesuai untuk newborn. Awal-awal kelahiran tak boleh bagi lagi baby minum susu dalam botol, takut nanti 'nipple confusion'. Bila dah umur baby masuk 3-4 minggu, baru boleh introduce botol kat dia. So, awal-awal tu, boleh bagi baby minum susu (susu ibu) guna small cup. Jenama Medela ada cup tu.


Untuk kelengkapan breastfeeding pulak, nanti aku crita kat post lain...Tak syok lah cerita semua kat dalam 1 post, barulah nanti ada cerita nak update blog. hihi

Wednesday, February 14, 2018

Having Fun at World Urban Forum in Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog. Sorry. Busy sangat lately. Busy ngan kerja-kerja study Phd yang belum berkesudahan lagi dan busy dengan event United Nation baru-baru ni - World Urban Forum yang berlangsung 9-13 Februari kat KL Convention Centre (WUF). 

WUF ni dianjurkan oleh United Nation dan Malaysia dipilih sebagai host country untuk tahun ni. Ofis lama tempat aku bekerja dulu yang handle event ni - PlanMalaysia. So, kawan-kawan aku terpaksalah bekerja masa event tu -menjadi secretariat, liaison officer, reporting officer dan macam-macam lagilah post yang diberikan . Nasib baik aku dah tak kerja, so bebas la nak bergerak kesana-sini. Ciaciaciacia (bahagianya rasa)..

 Planning for our city in 30 years time


Reunion dengan Kawan-Kawan Lama

Since aku seorang urban planner (walaupun bekas urban planner), but still i wanna joined that event. banyak benda yang aku dapat belajar and banyak ilmu baru aku dapat. Lagipun dapat jumpa semua kawan-kawan lama, ex-lecturer, ex-bosses, best friend, classmate semua berkumpul kat sana. Kiranya ni event reunion untuk kami gak lah. hahahaha. 

Alhamdulillah, dapat banyak input untuk research aku. Plus, dapat jugak jumpa rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama buat Phd , so dapat jugaklah sharing experience masing-masing tentang our phd journey ni. 


WUF ni Event Apa?

WUF - World Urban Forum. Urban = Bandar. Kita hidup dalam bandar. Sesape yang stay kat luar bandar pun, tetap akan ada bandar jugak walaupun kecik kan, biasanya dipanggil pekan. So, dalam bandar ni ada banyak aspek yang perlu kita ambik peduli dan uruskan. Aspek yang paling penting ialah politik. So, isu politik pun turut dikira sebagai salah satu komponen bandar sebabnya melalui politik la decision making dapat dibuat. nak bina jalan raya, perlu ada decision maker. 

So, aspek ekonomi, aspek pembangunan, aspek perumahan, pengangkutan, kemudahan kesihatan (hospital),kemudahan pendidikan (sekolah, tadika, taska), recreation area, place for eldest, pokok-pokok, shopping mall dan macam-macam lagilah, semua tu dikira sebagai aspek bandar yang perlu diberi perhatian untuk merancang pembangunan sesebuah negara. 

Security kat sini sangat ketat. Even nak masuk parking pun polis kena check kereta takut-takut aku bawak BOM. hahahha. Sesapa yang nak masuk Aquaria pun kena ada pas.. Semua pintu masuk ke Convention Centre dan Aquaria dikawal ketat.Aku rasa Aquaria pun tak dapat ramai crowd sepanjang event ni berlangsung sebab leceh nak kena ambik pas bagai..
 
Kids art work kat WUF ni

'Me-Time' 

Since event ni seminggu, dari pagi sampai malam, kitaorang stay kat hotel area KLCC ni. Kawan-kawan aku dapat penginapan percuma kat hotel-hotel sekitar KLCC, so aku squatting je lah kat bilik diaorang. Nak berulang-alik tetiap hari tak larat aku nak redah jem dengan perut yang semakin membesar ni. 

FL stay ngan daddy dia kat rumah. Tapi dia ada lah jugak join mommy datang ke WUF ni, since event ni terbuka kepada public tak mengira umur. 

Jadinya, mommy merdeka kejap la - having a marvelous my 'me-time'. Aku ngan kawan-kawan banyak spend time ngan makan-makan jer. Since kat KLCC dan kawasan sekitar tu kan banyak tempat makan. So, memang manjakan perut la setiap hari. hehe..

 Mexico's Exhibition Booth



 With BFF

 Ni semua my ex-colleagues & ex-superior



 With BFF dari umur 18 tahun ak.k.a my classmate. Pastu jadi officemate. 
And the friendship remain eternally


 FL enjoy giler datang event ni

 Bersemangat si kecik tu, book seat depan tu.. hihi
Tengah tunggu cultural show, performance dari Cambodia


 Ada salsa. dapat jugak release tension jap lepas dah penat perah otak


  
Makan-makan kat Dolly Dim Sum kat Avenue K 
 

Lunch at food court Aquaria KLCC

Pendek kata, aku dan kawan-kawan dan FL memang enjoy sangat-sangat join WUF ni. 
Nanti jumpa lagi kat WUF seterusnya di Abu Dhabi tahun 2020 nanti. InshaAllah..

Thursday, February 08, 2018

NIAT – What is your BIG WHY??

Pernah tak korang rasa down or demotivated? Mesti pernah kan.. Tak kiralah korang bekerja ker, menjadi suri rumah ker, atau seorang yang bergelar pelajar sekalipun , pasti korang pernah rasa stress / tension. Tipu lah kalau ada orang kata tak pernah rasa macam tu.

Banyak Masalah

Kalau korang bekerja, dengan masalah ofis, politik ofis, masalah dengan bos yang tahu kerja nak siap jer, tahu bagi arahan jer, masalah dengan collegues yang mulut macam longkang, yang perangai makcik bawang suka bergosip suka jaga tepi kain orang, masalah dengan suami yang asyik duk tukar sport rim kereta jer, masalah dengan isteri yang duk asyik membebel jer, masalah dengan anak yang degil tak nak dengar cakap, masalah dengan mak mertua, masalah duit gaji tak cukup lah, masalah kereta rosak lah nak kena baiki itu ini.. Aiiihh!! Macam-macam lah masalah dalam hidup ni.. 

Untuk student pulak, masalah dengan housematelah, dengan roommate lah, dengan pensyarah lah, dengan cikgu lah, dengan classmate lah, maslah duit lah, masalah laptop rosak tak boleh nak buat assignment lah, masalah motor rosak tak dapat nak keluar dating ngan awek la,macam-macam lah. Even suri rumah pun, banyak gak masalah / tekanannya – dari pagi bangun tidur sampai malam tak boleh nak duduk, penat tu hanya Allah swt jer yang tahu macam mana.


Apa korang rasa bila berhadapan dengan situasi ni? 
 
Rasa geram kan? Rasa menyampah kan? Rasa marah kan? Rasa tension kan?
Errmm… macam-macamlah yang kita rasa.

Tapi kalau korang bengang macam mana sekalipun, masalah tu tetap tak kan selesai.  Ada orang akan makan banyak-banyak untuk redakan tekanan dia, ada orang akan pergi bersuka untuk hilangkan stress, ada orang suka pergi tengok wayang bila ada masalah, ada orang pulak suka pergi clubbing untuk release tension, da nada orang pulak suka hisap rokok banyak-banyak – lepas satu kotak, ambik lagi satu kotak, lepas satu kotak, ambik lagi, sampai sehari tu berkotak-kotak rokok hisap. 

Elok ke kalau hisap rokok banyak-banyak? Even hisap sebatang rokok pun dah memudaratkan diri, inikan pulak hisap berkotak-kotak. Bukan jer effect pada kesihatan, tapi jugak duit poket habis lah lunyai.. Bila ditegur, kata ‘ko tahu apa?, aku yang tension’.. So, dengan hisap rokok banyak-banyak tu dapat ke hilang tension? Dapat la kot untuk sementara waktu, tapi lama-lama masalah tu tetap tak hilang jugak.. Masalah tu tetap akan ada selagi kita tak berusaha selesaikan.

Tapi sebelum dapat selesaikan masalah tu, apa yang perlu kita buat? 

Yang ini depends pada individu macam mana untuk kawal stress or kawal tekanan dalam diri. As long as benda tu tak memudaratkan diri kita dan orang-orang yang kita sayang, buat jer. Contoh macam ada orang suka kawal stress dengan memasak, berkebun, bersukan. Ada orang pulak suka makan coklat. Ada orang suka makan banyak-banyak. Semua tu bagus, tapi perlu ingat, makan coklat banyak-banyak nanti akan dapat diabetis – so tak bagus untuk diri kita dan keluarga kita akan mendapat susah kelak. 

Kalau kawal stress dengan cara makan banyak-banyak, perlu ingat – nanti kita sendiri yang akan jadi GEMUK. Bila kita gemuk, kita jugak yang stress balik sebab jeles tengok orang sebelah kurus bak model. So, pilihlah aktiviti yang bagi kebaikan dan benefit untuk diri kita sendiri untuk jangka masa panjang.

Macam aku, kalau aku stress, selain dari mengaji dan solat sunat, aku suka pergi swimming dan suka beli buku walaupun buku tu tak baca.. hahahhaha…. Nanti-nanti aku akan baca jugak buku tu walaupun mungkin dah setahun membeli. Hahaha. Tapi OK lah, sebab buku tu ilmu, ilmu tu tak kan luput ditelan zaman. Janji aku rasa bahagia sangat bila dapat beli buku walaupun hanya sebuah novel..

Kalau korang rasa demotivated / rasa down / rasa tension / rasa stress, cuba korang ingat balik NIAT korang kenapa korang ada kat situ. Contohnya, bila korang stress di ofis dengan masalah-masalah ofis yang tak pernah nak selesai, korang ingat balik APA NIAT korang bekerja disitu? Kalau korang student, ingat balik apa NIAT korang sambung belajar kat university ni? Kalau korang suri rumah, korang fikir balik kenapa korang nak menjadi suri rumah??

Kalau NIAT korang tu BUKAN SEBAB ALLAH SWT , aku yakin korang tetap akan rasa sedih / geram untuk selama-lamanya, walaupun korang akan rasa happy jugak kadang-kadang. Kadang-kadang happy lah, tapi most of the time, banyak yang tak happy nya.

Apa Contoh NIAT BUKAN Kerana Allah?

Banyak jer niat bukan kerana Allah, contohnya niat kita bekerja sebab nak cari DUIT. DUIT tu ialah harta dunia jer. Dengan duit kita boleh beli macam-macam. Duit tu tak boleh buat masuk kubur pun. So, duit tu akan habis dan habis. Sebab tu ada orang yang selalu ada dilemma wang bocor / poket bocor. Dapat gaji jer, sekejap jer gaji tu habis buat bayar itu ini, baiki kereta, beli itu ini, tengah bulan duit gaji dah kering. Sebab apa? Sebabnya niat kita bekerja adalah kerana DUIT. So, duit tu kita dapat pada hari gaji masuk.Then duit tu akan habis tanpa dapat dikesan.

Kalau niat kita bekerja sebab nak menjadi kaya, InshaAllah kita dapat jadi kaya, tapi at the end of the day, kita tak akan rasa bahagia, keluarga kita porak peranda, bercerai dengan pasangan, kita balik rumah pun rasa macam lebih baik tak balik rumah dan macam-macam lagi lah, tapi rumah kita besar, kereta kita besar. Kita dah jadi kaya, kita dapat kekayaan yang kita inginkan tu, tapi kita hilang benda lain. Huhu..

Kalau niat kita bekerja sebab nak kejar pangkat dan darjat, nak cepat dapat tittle DATUK, nak cepat jadi professor, nak cepat naik pangkat ke JUSA. INshaAllah kita akan dapat pangkat dan darjat yang kita nak sangat tu, tapi mungkin kita akan hilang keluarga. Kita tak dapat nak bagi perhatian dan kasih saying kat anak-anak, kesudahannya anak kita terjerumus dengan banyak masalah juvana.

Sama jugak kesnya dengan peniaga atau usahawan. Apa niat kita nak buat bisness? Adakah untuk menjadi kaya-raya? Addakah sebab nak pakai kereta besar? Adakah sebab nak pakai baju berjenama? Kalau itu niat kita, maybe kita akan dapat itu semua tapi bisness kita tu aka nada banyak masalah sampai kita sendiri pun tak boleh nak handle, last-last bisness lingkup / bankrupt. 

Mungkin kita berhadapan dengan masalah dengan supplier, masalah dengan client/customer, masalah dengan bank, masalah dengan cash flow, masalah dengan staff, mungkin kedai/office kita dimasuki pencuri dan macam-macam lagi lah. Berapa orang yang buat bisness, tapi bisness tak berjaya? Ramai kan?

Masalah rumah tangga pulak. Kalau niat kita kahwin tu pada asalnya ialah sebab boyfriend or girlfren kita tu cantik – itu ialah niat kahwin kerana nafsu. So, bila dah lama-lama kawen, banyak lah masalah rumah tangga yang timbul. Last-last jalan penyelesaian ialah BERCERAI. Sama juga kalau niat kita kahwin dengan BF or GF kita tu sebab dia tu orang kaya/ anak orang kaya / sebab dia pangkat besar – itu pun niat sebab Nafsu – sebab duit. So, at the end, mungkin PENCERAIAN juga jalan penyelesaiannya, atau kalau tak becerai pun, tak berapa nak bahagia sangat, sampai ada kes yang suami isteri tak boleh duduk serumah..Atau ada kes, sampai anak-anak yang menjadi mangsa dera mak ayah , dera sampai mati.

So, apa masalah yang sebenarnya?

Masalah yang sebenarnya ialah NIAT. Berbalik semula pada NIAT ASAL kita. Kalau niat kita untuk kerja dunia atau untuk material atau kerana paksaan dari pihak ketiga atau ke-4 atau sebagainya, perjalanan kerjaya atau hidup kita tu akan sentiasa berhadapan dengan kesukaran dan masalah.

Bukan beerti hidup ini perlukan perferctiion sampai tak ada masalah langsung. Bukan! Maksud aku Masalah itu akan sentiasa ada sebab masalah ialah salah satu UJIAN. Allah akan sentiasa UJI kita either kita baik atau jahat. Sebab ujian itu ialah exam/test di dunia untuk menguji keimanan kita, sejauh mana kita beriman pada Allah swt. Semua orang aka nada masalah, jadi suri rumah pun banyak masalah, jadi student pun banyak masalah, buat bisness pun ada banyak masalah, bekerja makan gaji pun banyak masalah jugak. 

Tapi kalau niat kita buat kerja tu ialah KERANA ALLAH SWT, InshaAllah kita akan berasa tenang jer walaupun kita ada masalah. Ataupun masalah tu kita boleh anggap sebagai cabaran. So bila masalah datang, kita masih boleh tersenyum dan buat kerja macam biasa, macam kita ni langsung tak ada masalah (walhal, hakikatnya banyak jer masalah).


Betulkan NIAT KERANA ALLAH SWT

Macam mana niat kerana Allah ? Niat kerana Allah ialah apa yang kita buat ni adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt atau untuk mendapat ganjaran syurga Allah di akhirat kelak.  

Contohnya nia kenapa kita bekerja ? Adalah sebab kita nak bantu naikkan taraf hidup keluarga kita supaya mak ayah kita dapat hidup senang. So, bila niat nak bahagiakan mak ayah, InshaAllah kita akan dapat pahala dan inshaAllah Allah merahmati hidup kita.

E.g : Niat bekerja ialah sebab kita nak bantu ramai orang Islam yang hidup susah. Itukan dapat pahala jugak bila kita bantu orang susah. Secara tak langsung, nanti orang Islam yang kita bantu tu akan mendapat keceriaan dan kesenangan hidup.

E.g : Niat bekerja sebab nak bantu cari duit untuk adik kita yang sakit jantung, buah pingagg etc.. InshaAllah bila kita bantu adik kta tu, nanti dia akan sembuh, dan kita jugak akan dapat pahala.

Contoh kalau menjadi suri rumah, apa niat kita menjadi suri rumah tu walaupun sebenarnya kita boleh jer bekerja kat luat tu even hanya sebagai cleaner (dapat jugak duit poket). Niat kerana Allah contohnya kita menjadi suri rumah sebab kita nak anak-anak kita mendapat asuhan dari air tangan kita sendiri, kita nak anak-anak kita membesar depan mata kita, kita nak anak-anak kita dapat sepenuh kasih sayang dari kita dan dengan itu dia tak akan mencari kasih sayang di luar. Dan niat kita itu sudah pasti kerana Allah kan sebab at the end kita nak anak kita menjadi manusia yang berjaya dan berguna. 

Contoh kalau student pulak, kita niat untuk mencari ilmu untuk kita lebih mengenal kebesaran Allah swt – itu dah confirm dapat pahala dah. Kalau niat kita belajar tinggi-tingi sebab nak bantu menstabilkan ekonomi negara dan umat Islam , itu pun dikira niat kerana Allah. Atau niat kita sebab kita nak dapat kerja yang bagus supaya kita dapat membantu menaikkan taraf ekonomi keluarga kita di kampong – itu pun dikira niat kerana Allah. 

Tapi kalau kita belajar sebab nak dapat beli kereta mewah kelak, sebab nak ada rumah besar kelak – ini semua niat kerana DUNIA, bukan niat kerana ALLAH.

So, bila niat kita benar dan ikhlas untuk Allah swt, InshaAllah akan bantu kita untuk keluar dari masalah yang kita hadapi tu dengan mudah. InshaAllah Allah akan beri kita ketenangan sepanjang kita berhadapan dengan masalah tu. Dan at the end of the day, kita akan rasa happy dan bahagia. Walaupun kita ada masalah, tapi hati dan jiwa kita tenang jer sentiasa. Dan perasaan tension / demotivated tu akan hilang tanpa kita sedar. Contohnya, kalau kita taka da duit pun, tanpa kita sedar, duit kita tu akan sentiasa cukup jer. 

So, betulkan balik niat kita kalau niat itu bukan kerana Allah swt. Kalau kita rasa tertekan / stress, ingat apa niat sebenar kita disitu – A BIG WHY , why u are doing that kind of job? 

Walau apapun, kita jangan lupa pada Allah swt. Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi pada kita. Jangan tinggalkan solat, dan jangan lupa berdoa. BIla kita ada masalah, cuba tengok balik masalah orang lain – ramai lagi diluar sana yang lagi teruk dari kita. So, sentiasalah muhasabah diri, tanya pada diri, apa salah kita pada Allah swt. Mungkin masalah yang didatangkan pada kita tu adalah sebagai peringatan dari Allah swt supaya kita kembali kepadaNYa.