Tuesday, February 27, 2018

Buat PhD Sebab Nak Menjadi Pensyarah Ke?

Buat PhD Sebab Nak menjadi Pensyarah Ke? - Aku selalu dapat soalan ni.. Bosan tahu tak bila orang duk ulang-ulang tanya kita soalan yang sama jer dalam tempoh masa bertahun-tahun. Bukan sekali dua aku kena menjawab soalan cegini, 101,101 kali dah kot.. huhuuhu.

Sebabnya di Malaysia ni, memang dah menjadi norms bila seseorang sambung PhD, mesti dia akan jadi pensyarah (Tapi aku rasa ramai je yang tak jadi pensyarah, contoh macam Dato Dr Fadzillah Kamsah). Dah jadi sinonim di Malaysia ni, PhD Holder akan bekerja di universiti dan menjadi academician. Even kalau menjadi pensyarah tanpa PhD pun, mesti pihak universiti akan suruh pergi sambung belajar.

 Image result for phd thesis

Negara Memerlukan Pemikir / Thinker

Tapi kalau kat negara-negara maju macam US atau Europe, bidang industri dipenuhi oleh PhD Holders. Contoh syarikat Apple tu, berapa ramai PhD graduate kerja kat situ. Sebab apa? Sebabnya negara memerlukan THINKER / PEMIKIR untuk membangunkan negara. Sebab tu negara diaorang boleh jadi MAJU. Sebabkan pemikir-prmikir inilah yang akan berfikir untuk memajukan syarikat berkenaan dan seterusnya melonjakkan perkembangan ekonomi negara tersebut.

Di Malaysia pulak, kita belum lagi mencapai taraf negara MAJU, baru taraf negara membangun, so sebab tu  industri di Malaysia tak memerlukan PhD Graduate. Dan end-up graduate PhD biasanya akan bekerja di sektor pendidikan dan penyelidikan.... 

Itulah bezanya antara negara MAJU dan negara MEMBANGUN. Entah bilalah Malaysia dapat menjadi Negara Maju dengan kepimpinan sekarang ni. huhu.. So, stigma masyarakat Malaysia yang selalu tanya aku soalan tu - Buat PhD Sebab Nak menjadi Pensyarah Ke? Bukanlah salah diaorang, tapi diaorang dah biasa tengok keadaan tu - bila grad, mesti akan jadi pensyarah. Nanti bila Malaysia dah jadi negara Maju, aku rasa stigma macam ni mungkin tak kan wujud lagi kot.

Ok, secara jujurnya, aku sambung belajar BUKAN UNTUK MENJADI PENSYARAH. Aku sambung PhD sebab aku suka belajar dan belajar. At the same time, aku jugak suka menulis dan suka membaca, so keputusan aku untuk sambung belajar sampai dapat PhD adalah keputusan yang tepat walaupun hakikatnya aku hanya seorang SURI RUMAH. 

Aku enjoy buat PhD (walaupun kadang-kadang stress sampai menangis bucu katil). Aku enjoy belajar, sebab hari-hari aku dapat belajar benda baru. Soal kerja selepas grad tu , kita fikirkan kemudian. Priority sekarang ialah habiskan dulu belajar ni sampai GRAD. Minat mengajar tu ada, tapi untuk menjadi lecturer, aku rasa bukan masanya kot. Sebab aku malas nak buat research dan journal paper. hahhaha.. Jadi lecturer part time (jer!) boleh la kot. 

Image result for phd convocation at oxford university
1 hari nanti - InshaAllah!. Sumber gambar dari google image)


Nak kerja apa lepas grad?
Aku tak terfikir lagi nak kerja apa lepas grad nanti. Sebab aku pun duk tengah serabut nak siapkan research ni. Plan tu ada lah, tapi itu semua perancangan, keputusan muktamad belum buat lagi. 

Orang macam pelik, bila aku jawab - aku nak jadi suri rumah. Then, akan keluarlah kata-kata "belajar tinggi-tinggi, nak jadi suri rumah jer?". Yes, my ultimate life goal is wanna be a housewife. But, of course la, i also wanna earn some money by myself.

Well, salah ke menjadi suri rumah? Hina sangatkah menjadi suri rumah? 

Di sisi Allah swt, profesion suri rumah tu sangat tinggi darjatnya. Dari pagi bangun tidur, buat kerja tanpa henti sampailah waktu tidur di malam hari. huhu. 

Tapi ramai orang tak boleh terima dengan orang yang berkelulusan sarjana memilih jalan untuk menjadi suri rumah. huhu.. (sedih weeeh).. Sebab kata mereka ialah - orang kelulusan SPM pun boleh jadi suri rumah jugak.

Apa yang salahnya menjadi suri rumah? Adakah PhD Holder TAK LAYAK jadi suri rumah? Ye memang betul, tak yah belajar tinggi-tinggi, ada SPM pun dah cukup untuk menjadi suri rumah. 

Tapi cara pemikiran tak sama antara SPM Holder dengan Degree Holder. Orang yang ada degree bila jadi suri rumah, inshaAllah dia boleh sekali menjadi cikgu tuisyen kat anak-anak dia. At least dia tahu macam mana nak buat homeschooling. Dah jimat dah duit kat situ dari antar anak ke kelas tuisyen. 


Mewujudkan Tamadun Manusia Yang Berilmu 

Ilmuwan Islam - Umar Khayyām
Umar Khayyam - Mathematician
In order untuk membangunkan negara atau untuk mewujudkan sebuah tamadun / civilisation, manusia yang berilmu dan berguna untuk negara dan bangsa, kita memerlukan orang-orang yang berilmu. Dan orang-orang ini akan mencorakkan pemikiran anak-anak kecik untuk turut mencintai ilmu dan menjadi orang yang berilmu. Dan inshaalah anak-anak tadi akan membesar untuk mencintai ilmu (ilmu dunia dan imu akhirat). Dan bermula dari jiwa anak-anak muda yang merupakan golongan berilmu atau pemikir, mereka berjaya membangunkan negara atau mewujudkan sebuah tamadun yang hebat.

Contoh kita tengok ilmuan-ilmuan Islam zaman dulu-dulu macam Ibnu Batutah, Imam As-Shafie, al-Khawarizmi, al-Farabi, Ibnu Sina, Umar Khayyam, Imam Malik,  dan ramai lagi para ilmuan Islam yang tersohor. Bermula dari mereka, Islam dikenali sebagai Tamadun Berilmu dan menjadi tamadun tersohor sehingga orang kafir pun takut dengan orang Islam.

So, dari mana datangnya orang-orang yang hebat ini kalau bukan dari didikan ibu-bapa mereka? Bukannya mereka lahir-lahir terus jadi pandai, mereka belajar dan belajar dan belajar sampailah menjadi pandai seperti mana yang dikenali. Dan segalanya bermula dari pelajaran dari rumah seawal mereka dilahirkan di dunia lagi. Ibu bapa yang mencorakkan masa depan anak-anak

So, disinilah pentingnya kaum-kaum ibu yang belajar tinggi-tinggi. Yang mampu menghanyunkan buaian sehingga mampu mengoncangkan dunia. Ibu yang berilmu boleh mendidik anak-anak mereka dengan ilmu jugak (InshaAllah). Dan secara tak langsung, dengan degree yang digenggam oleh si ibu itu, ia diharap mampu memberi inspirasi kepada anak-anak mereka untuk turut sama mencintai ILMU dan turut sama belajar sehingga ke tahap tertinggi sama seperti si ibu. 

Wallahualam.

#my2cents

p/s : I'm crying writing this entry. A bit emotional when it comes to motherhood. huhu . Sorry. this entry is quite long. But thank you so much for reading every inch of it.

12 comments:

  1. kalau IQ dapat peluang jadi suri rumah, IQ nak jadi suri rumah jer, tapi nak buat macam mana, kena kerja juga. huhu

    ReplyDelete
  2. hehehe
    standard dekat malaysia sekarang memang ramai yang ada PHD jadi pensyarah
    tapi ramai juga yang berjawatan besar yang lain

    ReplyDelete
  3. kalau orang minang mesti nak ibu yang ada ilmu sebab ibu yang selalu dengan anak-anak :)

    ReplyDelete
  4. MOGA SUKSES APA SAJA BIDANG YG DICEBURI SETELAH GRAD

    ReplyDelete
  5. kena ubah perspektif makcik2 bawang tu. masyarakat kita ni ramai yg kurang berfikir.. betul

    ReplyDelete
  6. whoaaa. very good entry and very good point. agree dengan stigma yang -sambung PHD MESTI sebab nak jadi lecturer. bukan semua kan macam tu. kekadang sebab minat dan untuk diri sendiri. and somehow and someway, I can feel youu~! T-T walaupun bukan sama situasi tapi ada part yang saya boleh faham sebab saya pernah rasa mcm tu hehe.

    btw, yang penting hati kita sendiri kan. kita tahu apa yang kita nak capai dalam hidup. biarkan orang berkata and let us buktikan suatu hari nanti yang apa kita buat ni ada hasilnya :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semoga DP akan terus maju dan berjaya ..

    ReplyDelete
  8. Well said kak...stigma msyarakat kita mbazir blajar tinggi2 nk jadi housewife jekkkk...i pun sedih pernah kena perlekeh mcm tu

    ReplyDelete
  9. ada rezeki teringin juga buat phd..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum. Post yg sgt bagus utk sy..sy bhenti kerja masa tgh buat master..jd stay at home mom..skrg dah grad, tgh fikir nak sambung phd ke tak..ramai yg macam rasa tak patut sy sambung sbb takda guna sbb dok rumah, bazir duit etc..tp sy pun suka study, walaupun nangis buat assignment sbb anak2 kecil, bgn malam lg..bf lg..hahaha..kdg2 sampai fikir napa la sambung 🤣
    Tapi lepas baca post ni..rasa dah dpt buat decision..tqvm ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. =)) harap entri ni dapat membantu awak. semoga awak buat keputusan yang tepat.

      Delete