Wednesday, February 21, 2018

Kenangan Lama :: Sambutan Tahun Baru Cina Masa Zaman Kanak-Kanak

Sabtu hari tu tertengok Drama Cerekarama kat TV3 - Kebaya Mek Hwa. Mengimbau kenangan masa kanak-kanak dulu yang dibesarkan di Kuala Terengganu buatkan aku nak cerita zaman kanak-kanak aku dulu.

Aku dulu dibesarkan oleh Arwah Tok Wan & Arwah Tok Ki di Pusat Bandar Kuala Terengganu. Rumah kitaorang betul-betul depan Pasar Payang. Dulu-dulu pasar tu namanya Pasar Kedai Payang. Sekarang jadi Pasar Payang jer. 

Dari rumah kitaorang, aku menapak je pergi ke Kampung Cina. Memang hari-hari pergi Kampung Cina samaada ada urusan atau just jalan-jalan jer.. Jalan kaki jer. Sekrang Kampung Cina kat Kuala Terengganu (KT) tu dah jadi destinasi pelancongan. Wajib pergi sana kalau korang pergi KT, sebab dah ada waterfront. 


 
Kg.Cina, Kuala Terengganu. 

Dari kecik aku dibesarkan dikalangan komuniti masyarakat Cina. Jiran-jiran aku dulu - kiri kanan depan belakang semua orang Cina. Melayu pun ada gak, so balance lah both Cina dan Melayu. So, dari kecik lagi aku dah biasa bergaul dengan masyarakat Kaum Cina. Tapi aku tak pandai cakap cina baik mandarin or hokkien. Sebabnya masyarakat Cina kat KT tak cakap bahasa Cina. Even bahasa inggeris pun tak. Depa cakap bahasa melayu longhat Terengganu sejati. Kat sekolah pun sama. 

Kadang-kadang je kalau kat sekolah depa cakap Cina atau english - tapi ikut mood la. But most of the time depa cakap Terengganu. So sebab tu aku tak pandai cakap Cina walaupun berkawan ngan orang Cina sejak kecik lagi. Bila suruh depa ajar aku cakap Cina, baru depa akan ajar. Tapi aku just mintak ajar kira nombor je lah.. Sampai sekarang tahu kira 1-10 jer (bahasa mandarin) hahahha.. Yang lain tu hampeehhh.. 

Masa backpacking ke China sorang-sorang dulu, masa tu aku gigih belajar bahasa Mandarin sebab kat China diaorang tak communicate dalam english- nasib baik aku boleh survive smapai balik Malaysia semula. hahhaaha..

Masyarakat Melayu dan Cina kat Terengganu sangat-sangat akrab. Kadang-kadang kita tak tahu pun diaorang tu orang Cina sebab cara diaorang memang sebijik macam Melayu, baik dari segi pemakaian, cara makan, cara cakap dan lain-lain. Tapi sekarang ni dah zaman moden, so budak-budak Cina kat KT sekarang dah pakai pakaian moden macam shorts pant, sleeveless, skirt etc. So dah senang dah la nak cam diaorang ni. 

Aku dulu punyalah akrab ngan jiran-jiran Cina sampai boleh je gi umah diaorang bila-bila masa. Cuma bab makan, Tok Wan suruh makan kat umah sebab takut termakan makanan tak halal. Even umah diaorang pun ada anjing, sebabkan dah selalu tengok anjing tu sejak kecik, so jadi tak takut dah. 

Kalau nak cari kuih tradisional Terengganu, boleh jer cari kat Kampung Cina, kat sana ada ramai pembuat/peniaga kuih tradisional Terengganu. Even nak tempah baju kurung pun, tempah kat tailor Cina kat Kg.Cina tu. 

Aku memang menanti Chinese New Year saban tahun. Sebab meriah sangat. Since aku duduk kat Kg.Cina, jadinya sambutannya memang meriah la - ada macam-macam pesta bila tiba CNY. Ada lion dance, ada pesta tanglung, cap goh meh pun diaorang celebrate besar-besaran - macam Festival gitewww.. Bukan je setakat Chinese New Year, tapi semua sambutan yang berkaitan dengan masyarakat Cina diaorang celebrate. Jadi, kitaorang ni jadi penonton tetap la.. Aku rasa bertuah jugak la, sebab mungkin generasi sekarang dah tak dapat nak tengok festival-festival kaum Cina yang macam tu.. 

Gambar ni aku ambik dari internet. Ni kat Taiwan. 
Dulu-dulu masa aku kecik dulu, pesta tanglung kat kampung aku meriah macam ginilah.


Aku ingat lagi masa aku umur 6 tahun kot (kalau tak salah). Aku tak tahu masa tu CNY. Aku nampak jiran-jiran aku pakai baju baru cantik-cantik. Jadi aku mintak kat Tok Wan nak pakai stokin baru yang baru beli. Padahal stokin tu patutnya pakai masa Hari Raya kot. Tapi aku mintak jugak nak pakai sebab tengok jiran pakai. Pastu Tok Wan bagi. Pastu Tok Wan cakap 'diaorang pakai sebab tu raya diaorang, tapi kita ni duk ikut jugak orang!'.. hahahaha.. Memang ingat sampai sekarang bab stokin tu.

Tapi sekarang semuanya tinggal kenangan. Kitaorang dah tak stay lagi kat Pasar Payang tu, sebab tempat tu dah dibangunkan dengan bangunan commercial. Dan Kg.Cina sekarang pun dah tak semeriah dulu. Generasi dulu-dulu dah tak ada. Sekarang ni generasi alaf baru pulak. 

Sekarang ni pun aku masih lagi duduk dalam Komuniti Cina kat KL ni. Jiran-jiran aku kiri kanan depan belakang semua Cina. Depa semua baik-baik - 1 Malaysia gitew. Mungkin sebab dah biasa dibesarkan dalam Komuniti Cina, jadi aku dah biasa duduk dalam komuniti ni. So tak rasa janggal la. Surau dekat je dengan umah kitaorang, tapi semua OK je. Bila azan, diaorang siap senyap lagi - dari dulu sampai sekarang aku tengok sikap ni. Diaoarang memang respek dengan bangsa Melayu. 

So, masa CNY hari tu, bising la umah aku sebab jiran-jiran duk main mercun, bunga api dari malam sampai ke pagi.. hahhaha.. Tahan je la telinga tapi FL enjoy sebab dapat tengok fireworks depan rumah. 

Ni masa sambutan CNY baru-baru ni kat Genting Highland.

9 comments:

  1. ahaa pernah jugak tengok masyarakat Cina Terengganu/Kelantan. loghat pun sama dah, memang tak dapat beza dengan Melayu.

    seronoknya sebenarnya bila kita membesar di kalangan pelbagai bangsa sebab kita belajar hormat bangsa lain, jaga sensitivity sesama masyarakat kan. Dulu Cici berjiran dengan Indian. memang bestie lah. dah high school rapat dengan Chinese pulak. masing masing dah terbiasa dengan tradisi dan sensitivity masing masing

    ReplyDelete
  2. baru tau pasal kg cina ni sbb tgk cite mek hwa jugak laa
    baru tau orang terengganu dgn cina sgt rapat jugak
    dah mcm melaka orang panggil baba nyonya tu kan

    ReplyDelete
  3. Tak sangka betul kt Terengganu pun ada kampung cina rupanya, ingatkan cina kelantan je yang jenis pakai kain batik cakap loghat kelantan. Hopefully generasi baru ni akan teruskan hormat-menghormati walaupun berlainan bangsa dan budaya kan.

    ReplyDelete
  4. N3 YG MENARIK DIBACA...SELALU JUGA KE KUALA TREGGANU PASAR PAYANG PUN DH BERUBAH TAPI JARANG JUMPA ORG CHINA DI SANA

    ReplyDelete
  5. Oh ada juga kampung Cina di Terengganu ye, selalu tengok kampung melayu jer yang banyak

    ReplyDelete
  6. saya suka entry ni sis...saya ada kwn melayu sorang,memang fasih bahasa cina dan menulis dalam bahasa cina...Best kawan dengan pelbagai bangsa ni sis, macam2 benda kita belajar...

    ReplyDelete
  7. wah kita lebih kurang. jiran mama pun org cina dan ramai cina di area rumah tu

    ReplyDelete
  8. kalau pegi pantai timur memang tak tau nak beza kaum apa. semua cakap loghat yang sama hehehe

    ReplyDelete
  9. best nya kalau dapat pergi sana dan kenal2 dengan orang2 situ

    ReplyDelete