My Pregnancy Diary :: Masa Untuk Fisioterapi

in , by dorsett pink, March 05, 2018
My Pregnancy Diary: Fisioterapi & Maternity Belt - Masa kandungan aku masuk 3rd trimester (To be exact when i was 7 months preggy), aku rasa macam sakit sangat kat bahagian ari-ari dan celah peha. Nak berjalan pun rasa sakit. So jadinya aku terpaksa jalan perlahan-lahan sambil pegang bawah perut.. Sakit pinggang (hips) kat bahagian belakang tu jangan cakap lah. Kadang-kadang masa tidur pun terasa sakit pinggang tu. 

Terasa seksa jugak lah sebab tak boleh nak berjalan dalam pace normal.

Then masa buat antenatal check-up 8 months, aku bagitaulah kat gynae yang aku sakit situ. Pastu gynae cakap :

"Sebab tulang pelvic awak longgar, sebab masa previous pregnancy, tulang pelvic tu tak masuk betul-betul dalam frame dia. Sebab tu awak rasa sakit jer skrang. So, skrang awk kena pergi fisio buat IT & exercise & nanti awak kena pakai maternity belt untuk support pelvic awak. Awak kena pakai belt tu setiap hari mulai sekrang dan selepas deliver selama 3 bulan untuk pastikan pelvic awak kembali ke keadaan normal semula lepas bersalin nanti. Kalau tak, nanti next pregnancy, awak akan lagi rasa sakit lebih teruk dari sekarang ni".

Pastu, gynae terus antar aku ke Bahagian Fisioterapi untuk buat treatment. 

Kat Bilik Fisio, aku kena buat treatment Physiotheraphy Belt. dan beberapa exercise lain. Adalah dalam 30-40 minit buat treatment semua tu. Physiotheraphy Belt tu dia guna mesin elektronik (Electronic Traction Machine) yang menggunakan kuasa elektrik - untuk merawat penyakit & sakit-sakit di bahagian badan sekitar cervical & lumbar.

http://www.dorsettpink.com/2018/03/my-pregannacy-diary-maternity-belt.html
Masa buat fisio hari tu

Then, aku pun belilah maternity belt seperti yang disarankan oleh doktor kat hospital tu jugak. Nasib baik Hospital ada jual. 

http://www.dorsettpink.com/2018/03/my-pregannacy-diary-maternity-belt.html
Yang ni aku beli dengan harga RM 68. Aku tengok kat Farmasi luar dijual dengan harga RM 75. Kat Mothercare dijual dengan harga RM 99 (tapi jenama lain).


Lepas buat fisio hari tu & hari-hari pakai maternity belt ni, aku rasa bertambah baik lah. Dah boleh berjalan laju macam sebelum-sebelum ni. Dan dah tak sakit dah kat celah peha & kat bahagian ari-ari. Sekarang berjalan pun, dah tak perlu pegang bawah perut sebab dah tak sakit. InshaAllah, aku akan continue pakai maternity belt ni sehingga baby berusia 3 bulan.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. InshaAllah semoga semakin sihat dan dipermudahkan aaminn....ikut nasihat doktor ye :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kalau dah semakin baik

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH GYNEA MENOLONG DP MENYELESAIKAN MASALAH SAKIT BAWA KANDUNGN..JAGA DIRI N HATI2 HINGGA SLMT MELAHIRKAN

    ReplyDelete
  4. baru tau kewujudan belt nih..
    info baru. nice share..
    smoga dipermudah urusan nanti and all the best..

    ReplyDelete
  5. semogaaa simudahkan ya sis :D
    follow sini #239

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ada solution... kalau tak memang sakitlah kan...

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE