Alhamdulillah semalam genaplah hari ke-45 usia Baby FL. Dan ni bermakna aku dah habis pantang 44 hari. Yeaayyyy!! Yabedabedooo.....Lepas ni boleh la nyanyi lagu baby shark dengan Kakak FL.

So semalam aku buat Rawatan Penutup Pantang dengan CL (confinement lady) yang jaga aku hari tu dari Fazrina Postnatal Care.Aku suka CL tu. Nanti kalau ada rezeki mengandung anak no.3, aku nak request CL tu jugak jaga aku masa dalam pantang. 

Rawatan Penutup Pantang dengan Fazrina Postnatal Care ada 4 benda yang dibuat - urut seluruh badan, lulur badan, tangas intim dan last skali mandi bunga. Harga rawatan ni RM 250.

  
Air Mandian 
 
 
 Bunga untuk buat mandian. Campur sekali ngan limau purut

 Ni untuk buat Tangas Intim - Panaskan batu sungai, letak atas daun sirih, topping ngan manjakani
 
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. alangkah bestnya selepas berpantang mesti segar badan

    ReplyDelete
  2. fuhhh, best tu dapat buat rawatan lengkap mcm ni

    ReplyDelete
  3. amek pekej yang erapa hari ye sis?

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE