Hari ni hari ke-27 aku berpantang.. Sepanjang berpantang ni aku dijaga oleh Confinement Lady dari Fazrina Postnatal Care.
Alhamdulillah ada orang jaga, so strict jugaklah cara aku berpantang ikut cara tradisional orang Melayu dari berurut, bertungku, pakai pilis, bertangas, mandi herba dan yang paling penting ialah berpantang makan.Kalau aku sendiri, aku rasa aku akan buat mana yang sempat je lah, soal makan pun tak terjaga sangat.
Mandi herba ni sangat penting untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Almaklumlah dah banyak urat putus, dah banyak darah hilang, jadinya mandian herba ni dapatlah juga untuk mengembalikan kesegaran pada tubuh badan kita.
Apa bahan yang diguna untuk mandian herba?
- Daun pandan
- Uncang mandian - ada dalam set bersalin
- Daun limau, daun serai wangi
- Uncang green tea
Semua bahan tu direbus. Pastu ditambah dengan air biasa. Suhu air pastikan 'suam' jer. Bilasan terakhir mesti ngan air herba ni, lepas tu terus lap je badan dengan tuala.
Rebus semua bahan dengan air biasa sampai mendidih. Mandi herba ni dimandi 2kali sehari - pagi dan petang. Ibu berpantang tak elok mandi malam-malam, nanti sejuk.
Aku guna uncang teh hijau ni. Kalau tak ada teh hijau, guna jer teh biasa. Guna uncang teh ni sebabnya teh bagus untuk kesihatan bada. Bagus untuk kehalusan kulit dan melancarkan peredaran darah. o sepanjang berpantang ni, aku banyak minum air green tea. Sedap sangat..
They expect restrictions on content will be similar to those enforced in countries such as Kuwait, Bahrain and the United Arab Emirates. granite countertops az
ReplyDeletesaya pun mandi herba tradisonal juga lepas bersalin ari tu
ReplyDeletekalau bukan berpantang boleh tak ?
ReplyDeleteBlogwalking sini..
ReplyDeleteSaya pun minum green tea cap dilmah ni..nice ja...btw selamat berpantang sis
ReplyDelete