Thursday, May 17, 2018

10 Mei 2018

Assalamualaikum wbt.

Mei 2018. Baru hari ni dapat update. Macam-macam hal berlaku sepanjang Mei ni yang menyebabkan kelewatan aku untuk update blog. hehehe. 

Currently, my en.suami is been away to Europe for his work trip. So, bertabahlah mommy handle 2 orang anak serentak. Dan kerana kepenatan menjaga 2 orang anak, aku akan habiskan masa untuk berehat bila ada kelapangan waktu. Sebab tu aku tak update blog hatta bukak laptop sekalipun.

Sekarang Baby FL dah berusia 2 bulan pada 10 Mei hari tu. Alhamdulillah. dia membesar dengan riangnya. hehe. Kini dah 5 kg. Masa lahir dulu 2.6 kg jer. Ni semua sebab penangan susu ibu. 

Dan 10 Mei 2018 jugak, tarikh keramat bagi Negara Malaysia dan seluruh Rakyat Malaysia. Akan terpahat dalam Sejarah Malaysia untuk selama-lamanya. Malaysia bumi bertuah mendapat Perdana Menteri Baru. Tahniah untuk Tun Mahathir Mohamad dan Kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun PM yang lama, tapi peralihan kuasa kepada kerajaan baru memberi aura baru, jiwa baru untuk seluruh umat Malaysia, especially untuk anak-anak seusia adik-beradik FL.


Yesss.. this country is for them, sebab diaorang nak hidup lama lagi kat bumi Malaysia ni. Kita ni tak tahu sampai bila Allah masih pinjamkan nyawa. But, diaorang (anak-anak), masih panjang waktu usia diaorang untuk mengahrungi hari-hari mendatang.

Dengan beban htang negara yang terlalu banyak hasil pemerintahan Kleptorat Najib Razak, aku risau anak-anak aku (dan anak-anak orang lain) akan merempat di Bumi Malaysia 30 tahun akan datang. Lebih malang, aku takut, diaorang akan merantau ke negara-negara jiran macam Singapore, Indonesia, Philiphines, Brunei dan negara-negara lain untuk mencari sesuap nasi sama seperti kita tengok banjiran Warga Indonesia ke Malaysia sekarang ni. 

Bila fikir macam tu takut sangat. Tapi syukur, Alhamdulillah, rakyat Malaysia berjaya bermuafakat untuk sama-sama menumbangkan kerajaan kleptorat Barisan Nasional.


Hari tu, aku cari news paper. Selama ni tak beli pun newspaper, tapi hari tu aku nak beli sebab nak simpan untuk cerita kat FL sister bila diaorang besar nanti, tapi hampa..Syrat khabar habis. Kedai-kedai yang aku pergi, semua habis. huhu. 11hb Mei pun still aku tak dapat newspaper jugak. 12 Mei baru dapat. huhu. Takpelah, at least ada jugak.

Syukur, Alhamdulillah. Malaysia mendapat Perdana Menteri Baru...

No comments:

Post a Comment