Wednesday, May 23, 2018

Resipi Nasi Goreng Kanak-Kanak

Salam Ramadhan semua.

Hari ni aku nak share resipi makanan untuk si manja - Nasi Goreng. 

Nasi Goreng benda yang paling senang nak dimasak. Tapi kakak FL kurang gemar sikit, sebab tak de kuah. Dia suka makanan yang bersup atau just go for western food.

Tapi kalau mommy dah tak de idea sangat apa benda nak masak , mommy masak jer lah nasi goreng ni.

Kalau travel, nasi goreng ni pun menjadi menu wajib dibuat, sebab senang. Main campak-campak jer.

So, here we go :




Resipi Nasi Goreng Untuk Anak-anak:
1. Panaskan sikit minyak (usually i used olive oil),
2. Tumis bawang putih & bawang merah.
3. Goreng isi ayam / telur / udang / isi kan mengikut citarasa masing-masing.
4. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin (semuanya kuantiti sikit jer, jangan banyak-banyak).

5. Masukkan nasi - gaul sehingga sekata.
6. Masukkan sayur. Boleh masukkan vegetable puree (bagi kanak-kanak yang tak suka makan sayur) / masukkan apa-apa sayur yang anak-anak suka.

7. Siap! Dan ready untuk dimakan.
** Garam - aku tak masukkan sebab dah masukkan kicap masin awl-awal tadi.


Selamat menjamu selera semua. Dan selamat berbuka puasa. Assalamualaikum =))

4 comments:

  1. Tq for sharing DP 😊 Resepi simple

    ReplyDelete
  2. hehe
    simple dan mudah
    janji sedap

    ReplyDelete
  3. best best best ! kalau ana pun mmg suka buat nasi goreng utk bekal. senang mudah dan sedap sbb campak2 je nak taruk ape hehe

    ReplyDelete
  4. betul.. senang je nasi goreng campak2 kan.. suka kalo ade ikan bilis or bawang merah kecik2 tu banyak2 sampai layu. jadila nasi goreng bawang hehe..

    ReplyDelete