Result Pap Smear Selepas Bersalin

in , , by dorsett pink, May 21, 2018
Assalamualaikum wbt.

Hari tu aku ada certa kat blog yang aku ada buat ujian pap smear masa Postnatal Check-up hari tu, boleh baca story tu KAT SINI. Masa tu genap 6 minggu aku bersalinkan Baby FL.

Dan seminggu selepas aku buat ujian pap smear tu, pihak hospital call aku bagitau keputusan ujian.

Resultnya - terdapat jangkitan kuman di pangkal rahim aku. Ini serious.

Hasil carian imej untuk pap smear tool

 Ini alat untuk buat pap smear.( Sumber imej dari google). Tapi percayalah, tak sakit pun buat test ni, rasa dia macam kena gigit semut jer.


This was not the first time i did the test. Rasanya ni dah kali ke-3. Golongan wanita yang dah berkahwin memang digalakkan untuk buat pap smear selalu. Kalau boleh buat setahun sekali, supaya kita dapat mengesan lebih awal abnormality yang wujud pada rahim kita. Rahim kan aset wanita.

So, masa  Dr bagitau result hari tu, aku terkejut jugaklah, sebab sebelum-sebelum result test semuanya OK. Kali ni ada jangkitan kuman.


Pentingnya buat Ujian Pap Smear
Inilah pentingnya kita perlu buat pap smear selepas bersalin. Sebabnya masa bersalin hari tu, kita memang terdedah dengan kuman-kuman yang berbhaya. Ye lah, mana taknya, berapa kali kena buat V.E (check bukaan rahim) masa time nak beranak. Tu belum lagi masuk fasa bersalin, senang je kuman nak masuk time tu, masa buat jahitan episotomi dan masa dalam pantang.. huhu..

Banyak betul dugaan para wanita kan. Itu nak jaga, ini nak jaga. Sebab tu Allah swt menjanjikan SYAHID untuk para ibu yang bersalin.. Alhamdulillah.

So, untuk merawati jangkitan kuman tu, gynea bagi aku antibiotik untuk 5 hari.
Ini dia antibiotik ni. Nama dia Unasyn. Aku ada tanya farmasi pasal ubat ni. Farmasi cakap ini control medicine. So, farmasi tak boleh sesuka hati keluarkan/jual pada public. Perlu ada prescription dari doktor, baru boleh beli kat farmasi.

Sekarang, dah lebih dari 5 hari, ubat tu dah habis. Mungkin, aku akan buat lagi test ni lagi, maybe hujung tahun kot.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. semoga cpt sembuh yer sis...kite pun dah lama x buat PS..last buat kat hosp putrajaya thn bile ntah.. huhu

    ReplyDelete
  2. hari tu pun ade klinik kesihatan datang sekolah buat free untuk cikgu2.. yang dah kawen la tapi =P

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE