Hadiah Hari Jadi Dari Suami

in , , by dorsett pink, June 22, 2018
18 Jun 2018 hari tu bersamaan dengan Hari Raya ke-4, genaplah umur aku 34 tahun.. Dah tua. huhu.. Seminggu sebelum tu (11 Jun 2018), anak sulung aku, Kakak FL menyambut hari kelahirannya yang ke-4. 

Kami sama-sama lahir Jun. We are Geminians. So, kitaorang celebrate sama-sama lah hari Isnin hari tu. Celebrate sama-sama baru best.

Celebration buat simple-simple jer, hanya family terdekat jer yang hadir. Sebab kebiasaannya macam tu lah setiap tahun. 1 kek yang kecik  tu pun tak habis. Lain kali kena beli cupcake jer. Yang penting, ingatan dan doa tu yang mustajab. Mana tahu, ada doa-doa yang dimakbulkan Allah, 1 bonus tu. 





A week before my birthday , en.suami ada tanya aku nak hadiah apa. Biasanya memang dia tanya sebab dia nak cuba fulfill kehendak aku dan buat aku happy. 

So, aku pun bagitau yang aku nak buku-buku Tun Dr Mahathir & Tun Dr. Siti Hasmah. Aku sangat adore dengan pemimpin ni, especially bila dia dapat tumbangkan si Najib tu, aku lagi-lagi salute ngan Dr Mahathir. 

So, kalau boleh aku nak simpan semua koleksi beliau untuk rujukan aku di masa akan datang, dan untuk bacaan anak-anak cucu-cucu aku di masa akan datang. Mungkin 1 hari nanti, buku-buku Tun M dah tak ada dipasaran, and masa tu nak cari pun dah susah. So,that is the ultimate reason why i do really want Tun M's books. 

And, sehari sebelum hari jadi aku, i got this ↓.

Beli kat MPH ni. Ada terselit situ 1 buku Syed Mokhtar. Untuk English version, yang ini je ada. Pihak MPH kata dah banyak buku TUN dah habis, diaorang nak kena restock lagi. huhu.. So, terpaksalah aku kena cari kat Kinokuniya lepas ni. 

I love that. Thank you so much my hubby. Malam tu aku tidur ngan buku-buku ni. hahahha.. Dramatik sungguh.

And a day after my birthday (June, 19), tetiba aku dapat surprise dari en.suami. 

Sesuatu yang diluar jangkaan. Isinya ialah sebuah handbag. 

 Jarang en.suami nak beli handbag ni. Orang lelaki lah katakan. Terus aku rasa hatiku berbunga-bunga riang...  Terus rasa nak menari-nari kat taman bunga.. Tetiba teringat scene filem Bollywood. Kan kalau heroin / hero dapat kejutan, terus dia masuk scene nyanyi-nyanyi tu kan...
 
And dapat jugak ini......... teng-teng... Yang ini tak surprise sebab dari awal-awal lagi dia dah tanya aku nak warna apa.. So, dah boleh agak dah la. And yang ni pun dapat awal , awal seminggu kot sebelum birthday. 


Aku cuma berharap, hubungan kami suami-isteri berpanjangan hingga ke syurga. Semoga kami dapat membina keluarga sakinah warahmah mawardah bersama-sama. Dan semoga FL terus membesar menjadi anak solehah, anak yang berguna untuk Islam, untuk negara dan untuk dadd & mummy. Semoga Kakak FL sentiasa berada dalam lindungan Allah Yang Maha Esa untuk kini dan selamanya hingga ke Jannah kelak. Ammeeenn..
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. waaa DP happy birthday and selamat hari raya too ! Maaf zahir batin. Beruntung dapat semuanya. hehe. rezeki. Suami kalau tak kedekut dengan isteri, mesti akan dapat rezeki lebih lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ayunie.. selamat hari raya juga untuk awak.. Alhamdulillah, rezeki dapat suami yang tak kedekut

      Delete
  2. alhamdulillah kerana mendapat limpahan kasih sayang yang bermakna sekali...

    teruskan bersyukur mudah-mudahan nikmat tersebut berganda hingga ke Jannah..

    ternyata hidup ini terlalu indah dan berharga sekali dengan nilai-nilai kesenangan hidup yang berkat

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya hadiah akak! Happy belated birthday ye :D

    ReplyDelete
  4. untungnya dapat honda sebuah. hehe. happy birthday Intan :)

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE