Bagi peminat senibina, Dunedin Railway Station patut ada dalam itinerary korang kalau berkunjung ke Dunedin.
Kerana hasil senibina yang direka oleh Arkitek Terkenal - George Troup pada 1904, Dunedin Railway Station ni menjadi bangunan yang berdiri megah di Kota Dunedin. Mula dibina pada tahun 1904, dan siap sepenuhnya pada tahun 1906.
Terletak di Anzac Square, Pusat Bandar Dunedin, stesen keretapi ni adalah merupakan setesen keretapi ke-4 di Wilayah Otago. Dunedin menghubungkan Bandar Christchurch melalui jalan keretapi sejak dari tahun 1878.
Semasa di awal kewujudan Stesen Keretapi Dunedin ni, ia merupakan stesen yang paling sibuk dengan perjalanan 100 train sehari yang menghubungkan Dunedin dengan Christchurch, Invercargill, Mosgiel dan bandar-bandar lain di South Island, New Zealand.
Fasad bangunan stesen keretapi ini sangatlah hebat
Ini rupa pintu belakang stesen keretapi ni.
Clock Tower of Dunedin Railway Station.
Stesen keretapi ni dapat dilihat dari menara Kilang Coklat Cadbury.
Interior design Stesen Keretapi Dunedin
Dating kat Anzac Square (rung hadapan bangunan stesen keretapi)
Kat dataran depan stesen ni sangat kaya dengan bunga-bunga yang sangat cantik dan landskap dia pun sangat marvelous. Tak sah kalau tak bergambar kat sini. hihi.
Ini view di sekitar Anzac Square dan stesen keretapi ni
Stesen keretapi Dunedin ni terletak dalam Pusat Bandar Dunedin. Kiranya dalam radius 'walking distance' jer nak pergi mana-mana kat dalam Bandar Dunedin ni. Kalau tak guna GPS pun, kalau korang sampai di Dunedin, for sure akan nampak bangunan yang berdiri megah ni.
Untuk cerita Travelogue New Zealand yang lain, boleh klik link ni - 'NEW ZEALAND'.