Berdating Dengan Anak Sulung di Bangi Wonderland | Sejak aku mengandung Leeya, Kakak FL menjadi sangat-sangat-sangat sensitif. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk. Bila Leeya dah lahir, sensitiviti dia tu lagilah meningkat ke paras Bendera Malaysia yang berkibar megah kat Dataran Merdeka tu.
Masa dalam pantang hari tu, lakonan drama sinetron dia memang first class la. Sampai banyak kali gak la tantrum. Sampaikan aku pun boleh jadi Incredible Hulk. Dah la masa tu tengah sakit berpantang, badan pun lemah jer, pastu Baby pulak duk nak susu jer, Kakak FL pulak duk asyik suruh mommy dukung dia je (dia tak faham bila mommy cakap tak boleh nak dukung, sebab dia nampak mommy OK je dukung adik) dan lagi nak melayan si dia yang duk tantrum tu.. Mana lah jantung aku tak sakit, nasib baik tak masuk IJN jer.
Ye lah, aku faham, dia baru umur 4 tahun. Selama ni, mommy duk bagi dia perhatian 100 %, tapi tetiba perhatian tu terpaksa dibagi dua. Tambah pulak, adik kan fully breastfeeding, lagi lah si kakak jealous, duk tengok mommy peluk adik je. huhu.
Tapi selepas habis tempoh berpantang, Kakak FL dah makin OK. Dah tak jealous sangat. Ada lagi cemburu tu, tapi sikit-sikit jer. Lagipun, maybe sebab masa pantang tu, badan aku lemah sangat-sangat, sebab tu dia rasa kurang perhatian. Walaupun daddy dia duk melayan dia jer, but mommy is always be a mommy, anak-anak tetap nak rasa kasih sayang ibu jugak compare dengan ayah kan.
Dan sekarang, selepas 4 bulan, the way is getting better and better, sebab aku selalu luangkan masa berdua jer dengan dia. No more tantrum and no more jealousy. Aku selalu ajak dia keluar sama-sama berdua jer, tapi sekejap jer lah, kadang tu keluar makan ice-cream, keluar pergi Watson ke, keluar pergi Daiso ke, even hanya keluar pergi 7-Eleven.
Tapi, Ahad lepas, kitaorang dating berdua jer selama 6 jam kat Bangi Wonderland. Bangi Wonderland ni terletak di Bangi Avenue, dekat dengan Bandar Bukit Mahkota, Bangi. Aku join rakan-rakan Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari bersuka-ria kat Bangi Wonderland. Adik stay kat rumah dengan daddy. Sebenarnya, nak pergi sama-sama, tapi sebab Leeya kena injection imunisasi Jumaat lepas, jadi daddy tak bagi Leeya keluar rumah, takut terkena virus kat luar. Tambah pulak, sekarang ni musim demam & HFMD. So, takutlah Leeya terkena infection.
Picture courtesy by Ummi Nani .
Actually, dah lama berhajat nak ke sini tapi tak kesampaian lagi dek kerana kesuntukan masa.So, hari tu i could make it! Yeeeaaayy! First time la pergi sana. Seronok giler. Kakak FL pun happy sangat-sangat, sampai hari ni masih duk ulang-ulang cakap 'Mommy, seronoklah pergi situ hari tu, nak pergi lagi'..
Hahahhaa. See, dia dah ajak pergi lagi. So, confirmlah lepas ni kitaorang akan ke sana lagi.
Tapi seriously babe, memang best sangat-sangat tempat ni. I swear, tak tipu!
Inilah syurga bagi kanak-kanak. Best giler, sampai mommy skali syok main kat sini. Ada banyak slide kat sini. Jangan risau soal keselamatan, ramai guard ada di sini (yang pakai baju warna kuning tu) untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin. ukan je kids boleh main sini, mak pak pun boleh tumpang sekaki main gak. hihi
"Nak laungkan azan ke sayang?"
Ini antara aktiviti yang ada kat sini. Keseronokan yang boleh buat korang rasa tak nak balik.
Ini map Bangi Wonderland. Besar gak tempat ni.
Bersama Blogger Mama Kembar 3
Ini yang paling best. Nama dia 'Magic Funnel'
Yang ni pun best gak. Nama dia ni 'Insane Racer'. Memang betul-betul akan jadi mat rempitla main ni. Kalau ikutkan hati, mommy nak try main benda ni, tapi sebab tak ada orang jaga Kakak FL, jadi tekpelah, kita datang next time main ni. hehe.
Ni Pirates Bay. Kakak FL seronok main kat sini sebab dapat main ombak.
Pirate Bay. Langsung tak takut dia. Dah la tak pakai pelampung. Mommy yang risau.
Ni tempat lepak-lepak bawah bumbung. Kalau ada event apa-apa, diaorang akan buat kat sini.
Ini view dari atas.
Siapa rasa nak swimming, mandi pool, boleh mandi kat pool ni.
Ini tarikan terbaru kat Bangi Wonderland - 'Water Cannon'. Siapa yang suka sukan extreme eloklah main ni. Tapi sebelum dapat main ni, kena ambik blood pressure dulu. Kalau blood pressure rendah atau tinggi, tak dibenarkan main. Dan sesiapa yang ada masalah kesihatan, confirm tak dapat main ni.
'Water Cannon' ni menggunakan water pressure untuk 'baling' orang. hihi.
Kat sini ada 'Medic Room'. Sesapa yang ada masalah kesihatan, atau terluka atau ter'injured' boleh masuk kat dalam bilik ni. Ada pegawai perubatan yang akan assist korang nanti.
Kemudahan kat sini cukup lengkap. Jangan risau, semua ada. Kat sini tak dibenarkan bawak makanan dari luar. Nanti sebelum masuk, diaorang akan check beg. Boleh makan kat cafe.
Apa yang aku suka sangat pasal Bangi Wonderland ni ialah sebab tempat dia bersih sangat-sangat-sangat. Toilet bersih, surau bersih, cafetaria pun bersih. Tip-top lah. Itu yang menambahkan lagi keterujaan aku nak datang ke Bangi Wonderland ni.
Ada locker. So, barang-barang korang boleh tinggal kat dalam locker. Confirm selamat.
Ini locker saiz besar. Kat sini ada 3 saiz locker. So, boleh pilih mana 1 yang berkenan di hati.
Ini harga sewaan locker di Bangi Wonderland. Kena bayar deposit dulu.
Harga Tiket kat sini (bagi pemegang MyKad & MyKid):
Dewasa - RM 55
Kanak-kanak (Tinggi Bawah 130 cm) - RM 45
Warga Emas & OKU – RM28
Bayi & Kanak-Kanak tinggi bawah 90cm – Percuma
Bayi & Kanak-Kanak tinggi bawah 90cm – Percuma
Ini harga promosi sempena cuti sekolah sepanjang tahun 2018.
Untuk ino lanjut, boleh tengok kat website, Bangi Wonderland :
Yup mmg boleh rasa taknak balik haha. Hari jenuh memujuk si kembar ajak balik hahaha
ReplyDeletekan.. best sangat sampai semua tak nak balik..
Deleteluar nampak biasa2 je, tpi dalam boleh tahan mcm best jugak ehh hehe
ReplyDeletekan.. kat luar namapak biasa jer, tapi bila masuk dalam memag nampak mengujakan..
Delete