Dunedin, sebuah bandar pelancongan yang terletak di South Island, New Zealand. bandar Dunedin ni antara tempat wajib yang perlu di;awati kalau ke South Island, New Zealand, sebab kat sini ada banyak tourist attraction. Salah satunya ialah 'Jalan Yang Paling Curam di Dunia'.
Kat sini juga, ada sebuah top university of the world, iaitu University of Otago. En.Suami pernah dapat tawaran belajar kat sini tapi dia tolak atas alasan - dia tak nak duduk NZ 😏😏, duduk Aussie dan UK lagi best katanya 😏😏. (Iyolah, aku mampu belajar kat Malaysia jer (muka sedih))..
Universiti tu ni ada ramai jugak student Muslim. Even Student Malaysia pun ramai. So, sebab tu, kat Bandar Dunedin ni ada beberapa buah Restoren HALAL, dan ada jugak restoren Malaysia. So, kalau tetiba rindu dengan masakan Malaysia, boleh la singgah kat kedai makan tu. Google sendiri k, sebab hari tu aku tak pergi - TUTUP.
So, kali ni aku nak share salah satu tempat wajib yang korang wajib pergi bila sampai di DUNEDIN iaitu 'Kilang Chocolate Cadbury'. Nama tempat ni 'Cadbury World Experience'.
Kilang Coklat Cadburry ni terletak di tengah-tengah bandar Dunedin. Korang cari je kat Google Map, for sure jumpa. Seeloknya sebelum datang sini, buat booking/reservation dulu. sebab takut penuh. So, kalau walk-in, kalau tour dah penuh, tak de rezeki la nak masuk dalam ni.
Kat sini, dia bukan kilang yang betul-betul process semua coklat cadburry tu. Kat sini lebih kepada 'galery atau musium' untuk kunjungan public. So, tempat ni tak besar sangat.
Tour yang disediakan ada beberapa sesi. Dan setiap tour makan masa selama 1 jam. Sesi tu boleh check kat google - https://www.cadbury.co.nz/tour/full-tour/ .
Ini harga tiket masuk sini. Harga tiket ni agak mahal jugak la bagi aku. So hari tu, FL tak masuk, dia stay denga daddy kat luar. Aku masuk dengan ahli keluarga yang lain.
Masa nak membeli tiket, bagitau yang korang ni Muslim or Vegetarian. Sebabnya nanti, dia akan bagi goodies yang berupa coklat (banyak sangat tau!), so untuk Muslim people, dia cuma akan bagi goodies HALAL jer.
lepas beli tiket, dapat plastik ni untuk letak goodies nanti. Kad hijau tu menandakan yang korang ni 'MUSLIM'.
Kaunter Tiket
Pintu depan Cadbury World ni
Bunny gergasi tu coklat betul tau
Ini sebelum tour bermula.
Sebelum tour start, ada briefing dulu. Itulah Tour Guide kami. Sepanjang tour, kitaorang tak dibenarkan bawak handphone dan ambik gambar. So , sorry guys, there were no single picture inside the factory.
Ini antara contoh produk-produk Cadbury. Korang nak tahu tak,asalnya yang sebenarnya coklat Cadbury yang diproses di NZ ni diambil dari Malaysia. Koko tu ditanam di malaysia, dan dibawa masuk ke New Zealand untuk diproses menjadi coklat. Coklat yang terhasil di sini adalah untuk pasaran NZ dan Australia.
Coklat. Harga coklat kat sini murah lah. Berbaloi beli untuk jadikan buah tangan untuk family di Malaysia. Tapi sebelum beli, hati-hati , baca dulu label betul-betul sebab banyak coklat yang tak halal kat sini. So, carilah coklat yang halal jer.
Masa tour tu, kitaorang dibawa naik sampai ke menara atas tu. Itu tempat memproses coklat.
Ini kat luar kilang
Ini truck coklat zaman nenek moyang dulu. Legend.
Ini cafetaria. Kalau nak rasa makan atau minum coklat yang fresh, bolehlah makan kat sini.
Korang boleh klik link ni untuk cerita-cerita travelogue NZ aku yang lain - "NEW ZEALAND".
Selamat berhujung minggu guys.. hehe
wah seronoknya kalau dpt ke sana..
ReplyDeleteAlhamdulillah. seronok mama.. Nanti kalau ada rezeki, boleh pergi lagi
Delete