Hantaran Kahwin - Pembantu Rumah

in , , by dorsett pink, July 13, 2018
Masih lagi aku terngiang-ngiang cerita dari suami Ustazah N (seorang pendakwah wanita yang sangat terkenal di Malaysia) beberapa tahun lepas sebelum aku berkahwin. Suami Ustazah merupakan seorang pendakwah bebas, ustaz la kiranya.

Aku mengikuti pengajiran tafsir al-Quran dengan Ustaz kat Masjid Negara. Selain dia, ada lagi beberapa orang Ustaz yang menjadi Tok Guru aku untuk mendalami ilmu agama ni. 

 Aku suka cara pemyampaian Ustaz ni (Suami Ustazah), sebab dia gunakan bahasa sempoi-sempoi jer buatkan orang biasa macam aku ni mudah faham and dia jugak suka bercerita. Aku suka dengar cerita-cerita orang kalau pergi dengar ceramah. Kalau tak, nanti confirm aku dibuai mimpi dalam masjid/surau tu. hihi.

Ustaz ni cerita, masa dia nak kahwin dulu, dia bagitau kat bakal isteri dia yang salah satu hantaran kahwin yang dia nak bagi ialah - PEMBANTU RUMAH. dan si isteri pula tak perlu buat kerja rumah, cukup sekadar menjadi suri hati yang mithali dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak.



Ustaz bagitau yang Maid dia pakai telekung jer kat rumah, masa buat kerja pun pakai telekung. So, maksudnya soal aurat antara majikan dan maid tersebut sangat-sangat terpelihara. Maid tu pun dah lama giler bekerja dengan dia, dah bertahun-tahun. Alhamdulillah.

 Pastu semua orang kagum. Kagum lah sebab bukan senang nak cari Maid yang boleh pakai telekung sentiasa dalam rumah. Kita sendiri pun rimas kalau buat kerja dapur sambil pakai telekung kan.

Ustaz bagitau, sebelum dapat Maid tu, dia dah tetapkan syarat pada Agent Pembantu Rumah - Ciri-ciri Maid yang dia nak. Kalau Maid yang diantar tak penuhi ciri-ciri tu, dia akan reject.

So, ini ciri-ciri Maid yang dia bagitau pada Agent :
1. Tak ada anak kecil
2. Berpendidikan dari Pensantren (Madrasah).

Alhamdulillah, Ustaz dan Ustazah dapat pembantu rumah yang diinginkan.

Ustaz pun berpesan pada semua yang hadir, Dia cakap kalau nak pembantu rumah yang baik, yang tidak punya masalah, cari lah pembantu rumah yang ada ciri-ciri tu. Yang penting, latar belakang agama tu sangat mustahak. InshaAllah, bila orang tu ada pendirian agama - tak tinggal solat dan mengaji, InshaAllah Allah akan pelihara Maid tersebut dan majikannya dari perkara-perkara yang tak elok. 

Wallahualam.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Rare but very inspirational. Alhamdulillah kalau dapat suami macam tu and maid yg warak macam tu. Jiran PH pun maidnya kalau mengaji mmg pandai & lunak suaranya. Pun belajar di pasantren kalau tak salah. Alhamdulillah rezeki mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you hazel kerna sudi baca perkongsian ni. best nya jiran PH dapat maid yang warak tu.. mesti aman jer hidup mereka sekeluarga kan

      Delete
  2. Bagusnya...mungkin dia bernasib baik jumpa kategori mcm tu...skrg susah nak cari yang mcm tu kan. Apa2 pun marilah kita merajinkan diri mengemas rumah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading neway kak juju. betul tu, mngkin dia bernasib baik dapat jumpa dengan org yang solehah macam tu. Tapi betullah bukan senang kita nak dapat maid yang seperti kita nak kan

      Delete
  3. Nice story , ada pengajaran yang tersembunyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul qaseh. mungkin kita boleh tiru tips ustaz ni. And golongan lelaki pula janganlah bebankan isteri dengan kerja-kerja rumah kerana isteri bukanlah 'pembantu rumah'. hihi

      Delete
  4. kenapa xnak ade anak kecil? boleh terangkan. tq

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE