Sebelum ni aku pernah cerita pasal pengalaman aku berhadapan dengan masalah keputihan masa preggy Leeya hari tu kat entry ini - 'TIPS Bila Kemaluan Miss V Gatal Disebabkan Keputihan Semasa Hamil'.

Baru -baru ni cousin aku cerita yang kawan dia baru bersalin, anak dia terpaksa di masukkan ke dalam NICU sebab terkena  jangkitan kuman dari ibunya sebab ibu baby tersebut ada GBS (Group B Strep Infection) masa preggy anaknya.
 
http://www.dorsettpink.com/2018/07/jangan-ambil-mudah-dengan-masalah.html

Dia cerita macam ni :

1. Ibu tersebut buat antenatal check-up di klinik kesihatan (KK).

2. Masa preggy dia ada keputihan dan dia ada bagitau pada doktor. Then, doktor ambil swab , pergi antar makmal untuk buat test GBS.

3. Bulan berikutnya masa buat antenatal check-up, doktor dan nurse tak cakap apa-apa pasal result test hari tu. So dia ingat everything was normal la sebab dia rasa keputihan dia tak teruk sangat.

4. Sampailah waktu dia bersalin.

5. Masa bersalin baby dia ok. Lepas seminggu bersalin kot, baby dia demam, dia terus gi hospital. Kalau baby demam masa dalam pantang, biasanya doktor akan masukkan ke NICU terus. 

6. Lepas doktor check, doktor kata baby tersebut terkena jangkitan kuman dari si ibu - GBS tu la. huhu. Kesiannya.

7. Jadi, si ibu tersebut terpaksalah berulang alik dari rumah ke hospital untuk susukan anak dia. (Jangan ditanya dia tak pam susu ke apa ke - aku tak tahu). 

8. Sehingga entry ini ditulis, baby tersebut masih lagi dalam NICU. huhu..

 Picture courtesy - google image


 ******************************************
Ayuhlah, kita sama-samalah doakan agar baby tersebut cepat sembuh.

So, mommies yang sedang baca tulisan aku ni, jangan ambil mudah tau kalau korang ada keputihan masa preggy. Eloknya, bagitau pada doktor korang. Nanti doktor akan tanya detail - ada berbau tak, ada gatal tak, perut rasa lain macam tak dan macam-macam lagi lah soalan. 

Maybe bagi kita, kita rasa biasa, sebab selalu dengar keputihan tu perkara biasa kan di kalangan wanita. Memang keputihan ni perkara biasa , tapi untuk ibu-ibu yang sedang preggy, keputihan adalah sesuatu yang sangat merbahaya.

Aku hari tu ada GBS. Tapi lepas je bersalin, dah tak ada GBS lagi. Keputihan pun dah hilang.Alhamdulillah.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE