PhD Talk :: Surviving

in , by dorsett pink, July 14, 2018
Baru-baru ni kan kita dengar ada selebriti nak sambung PhD kan. Bagus la tu. Aku setuju sangat bila mana aku mendengar sesiapa yang nak sambung belajar. Lagi ramai orang sambung belajar, lagi 'bertamadun' negara kita 'coz civilisation is build from knowledge. Untuk membentuk sebuah negara yang 'berwawasan' dan maju , kita perlukan ramai pakar-pakar, bukan saja dari bidang akademik malah dari semua bidang.

 Tengok saja negara-negara maju yang lain seperti USA, Europe, Jepun, negara mereka dipenuhi oleh Phd holder dari rakyat negara mereka sendiri. Di dalam Syarikat Apple, berapa ramai orang yang ada Phd. Ramai!

Mungkin dah menjadi norm di malaysia yang PhD holder biasanya akan bekerja di universiti dan bukan di sektor industri. Tetapi tidak di negara-negara maju. Industri mereka menerima mereka yang berkelulusan PhD. Tapi jangan risau, Malaysia akan mengikut jejak langkah diaorang suatu hari nanti. InshaAllah. 

Sekarang pun, dengan kemunculan 'kerajaan baru', kita nampak dah banyak perubahan. Salah satunya ialah, ramai Menteri atau Timbalan menteri yang ada PhD. Hopefully nanti tak adalah lagi 'statement-statement kangkung' keluar dari mulut Menteri-menteri. hihi. 


Dalam PhD journey ni, part yang paling mencabar ialah fasa 'surviving' . Cuba tengok figure atas tu. Seriously, tak tipu tau!..

Aku ada tulis sebelum-sebelum ni kat blog ni pasal perjalanan aku yang sangat mencabar 'waktu itu'. Aduuuss.. Mula-mula sambung belajar, bukan main excited. first sem dah lulus research proposal, terus dapat scholarship. Masuk 2nd sem, bila mana aku mendapat rezeki mengandung FL, mood terus swing. 

Lagi parah, bila my SV meninggal dunia sebab sakit blood cancer. huhu.. 

Masa waktu tengah breastfeeding FL, aku berulang-alik ke library setiap hari, aku tinggalkan FL kat rumah babysitter. Boleh baca kat ENTRY SINI. Pastu, masukkan FL ke playschool kat dalam kampus. Alhamdulillah.

Tapi, kita akan terus diuji dan diuji sampailah aku rasa betul-betul nak give up. Boleh baca kat ENTRY SINI. Bila mana anak sakit, atau diri-sendiri yang sakit, atau suami sakit, tambah pulak bila anak 'tantrum' lagilah rasa macam malas nak 'menulis'.

Memang pernah ada rasa nak quit je study, tapi bila fikir dengan fikiran yang waras, bodoh lah kalau nak quit. Duit habis dah banyak, masa habis dah banyak, energy pun dah banyak habis, tup-tup quit macam tu jer.

Betul lah orang kata, menuntut ilmu ni 'FISABILILLAH'. Sebab tu darjat ganjaran SYAHID kalau meninggal dunia ketika tengah menuntut ilmu sebab belajar ibarat macam berjuang. Berjuang mental dan fizikal untuk terus survive dan survive sehingga berjaya. Bukan sennag nak berjuang melawan hawa nafsu yang suka tidur, suka makan, suka berfoya-foya, suka bersenang-lenang. Memang sangat-sangat sukar.

Jikalau sebelum-sebelum ni, aku rasa buat Diploma, Degree, Master senang sangat-sangat sampai aku boleh grad on-tiime untuk semua fasa pengajian tu, tapi bukan dengan PhD ni. PhD ni betul-betul menguji tahap kesabaran aku hingga ke tahap dewa.

But, i'm still survive. I'm surviving because of my children and my husband. Aku nak anak-anak aku tengok yang mommy dia boleh berjaya mengegam segulung Ijazah Kedoktoran. Aku nak anak-anak aku nanti 'inspired' dari mommy dan daddy dia untuk sama menuntut ilmu ke tahap tertinggi. 

'Kalau mommy and daddy boleh buat, u all pun mesti boleh buat ' - ini ungkapan aku pada anak-anak aku 1 hari nanti. hihi.. Good luck my FLs. 


Untuk mereka yang tengah belajar either buat Master atau PhD, jangan sesekali give-up. Kalau rasa diri tertekan atau stress.Rehat sebentar, rehat dari tengok thesis / paper. Rehatkan minda, tapi jangan terus rehat sampai kena terminate. Selalu ingat akan your 'BIG WHY?' - kenapa anda sambung belajar masa awal-awal dulu. kalau boleh, tuliskan 'BIG WHY?' ni tampal kat meja study. 

Teruskan berdoa dan bertawakal, ingat Allah. Selalu buat solat tengah malam dan solat dhuha, jangan lupa bersedekah, dan yang penting selalu bergaul dengan rakan-rakan seperjuangan yang tengah sambung belajar, jangan duduk dalam 'lonely planet' korang. Bila kita berborak pasal reaserch dengan kawan-kawan seperjuangan, automatik kita rasa yang 'kita masih bernyawa'.

Wallahualam. Yang penting, teruskan berusaha sehingga ke garisan penamat! Biar lambat ,asal jangan kecundang. Setiap orang bergerak dalam time zone masing-masing.Jangan compare diri kita dengan orang lain.

Akhir kata, selamat berhujung minggu semua. Assalamualaikum.


P/S : Sumber infografik - Ada someone share kat group DSG - 'Doctorate Support Group' kat Facebook info grafik ni. Sumber asal dari 'worldlife.blog'.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE