TIPS Travel : Apa Perlu Dibuat Bila Pasport Hilang Ketika Travel.

2-3 hari lepas, aku terkejut pabila mendapat panggilan dari seorang teman. Biasanya dia mesej jer, kali ni dia call melalui Whatsapp call. 'Must be something urgent', thought me. 

Dengan nada suara yang seakan-akan 'panik',dia memberitahu yang dia ketika itu di Rome,Itali. Buat apa kat Rome? Travel jawabnya dengan seorang kawan dia. 

Oh OK. So aku tanya apa yang boleh dibantu. Dia jawab pasport dia hilang, dia tak tahu nak buat apa sekarang. errrmm..

Aku faham apa yang dia rasa ketika itu. Aku suruh dia relax dan bertenang. Jangan panik.

Aku tak tanya macam mana pasport tu boleh hilang, kat mana dan lain-lain soalan. Mesti dia nak cepat, lagipun kos mahal kot guna internet kat sana. 

So aku pun bagitau dia apa yang perlu dia buat. And aku rasa better aku share kat sini, mana tahu just in case next time ada yang mencari maklumat yang sama.  
 
http://www.dorsettpink.com/2018/07/tips-travel-passport-hilang.html


Apa Perlu Dibuat Bila Pasport Hilang Ketika Travel?

1. Pergi ke Kedutaan Malaysia di destinasi kita berada ketika itu pada hari yang sama pasport hilang. Jangan berlengah! Sebab nanti korang akan dicop sebagai pendatang tanpa izin sebab tak ada passport. nanti tak pasal-pasal tidur dalam lokap. Pejabat Kedutaan ni bukan semua tempat ada, hanya ada di bandar-bandar besar sahaja , contoh macam London, Beijing dan sebagainya. 

So, tempat yang tak ada Pejabat Kedutaan, akan ada Pejabat Konsulat Malaysia di sana. kalau tak ada jugak, pergilah ke bandar-bandar yang paling hampir dengan anda yang ada Pejabat Konsulat. Boleh google je maklumat tu.  Maklumkan pada staff bertugas yang passport anda telah hilang.

2. Sebaiknya pergi ke Pejabat berteman. Just in case kalau staff tak percaya anda adalah Orang Malaysia. hahahha. Supaya nanti senanglah teman anda tu yakinkan diaorang yang anda ni orang Malaysia. haha.

3. Bawa segala jenis pengenalan diri yang ada bersama ketika itu, samada MyKad ke, atau salinan fotostat passport. Biasanya kalau travel , aku akan bawak salinan fotostat pasport kat dalam beg, just in-case kalau perkara seperti ini terjadi. 

Lepas tu, tunggu je arahan staff mengikut prosedur pengeluaran passport baru di sana. 

** Macam kes kawan aku tu, dia pergi ke Pejabat Konsulat di Rome bagitau passport dia hilang. Pastu, dia cakap yang passport baru dia ambik di Kedutaan Malaysia di London. Maybe sebab dia nak kejar flight balik ke Malaysia yang dah awal-awal dibeli.  

Itu saja yang aku nak share pasal passport hilang ni. Aku harap info ni dapat membantu mereka yang ada masalah yang sama. 

Sekian. Terima kasih sebab sudi baca *peace*.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Salam kenal,cuak juga kalau hilang.. Lagi susah kalau lokasi jauh dari kedutaan

    ReplyDelete
  2. salam kenal en.ahmad. Betul, susah sangat kalau kedutaan jauh..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE