Tuesday, August 28, 2018

Baby Tidur Lena Sepanjang Malam

Alhmdulillah, aku bersyukur sangat-sangat dua-dua anak aku bukan merupakan kelawar malam - malam berjaga, siang tidur. Diaorang tidur lena je sepanjang malam. Cuma terjaga sekali jer jam 4 atau 5 pagi untuk minum susu , lepas kenyang tidur semulaa sampai pagi. Kakak FL masa kecik-kecik macam tu, even Leeya sekrang pun macam tu.

Dua-dua mereka - Kakak FL & Leeya jenis orang yang tidur malam , dan siang berjaga. Tapi Leeya sekrang masih banyak tidur siang lagi, almaklumlah dia baru berumur 5 bulan. Tidur sehari 16-18 jam. Kakak FL pulak sekarang, nap masa siang hari 2 jam. 


Diaorang 2 orang ada masalah nak tidur malam di hari-hari awal kelahiran jer, dalam 2-3 hari pertama. Lepas discharge dari hospital, hari pertama di rumah for sure menangis jer sepanjang malam - tak boleh tidur. 

Dua-dua orang macam tu. Maybe sebab perubahan tempat dari perut mommy - then tidur kat ward - pastu tidur kat rumah. Kan lain suasana tu. Dalam perut mommy gelap jer, dalam ward pun lampu suram jer, bila balik rumah lampu cerah terang-benderang. Agaknya sebab faktor cahaya la kot diaorang tak dapat tidur. hehe.. (memandainya je mommy ni buat assumption). 

Tapi hari pertama (di rumah) jer macam tu, hari ke2 dan seterusnya dah get into the routine - malam tidur siang berjaga.


Rutin tidur mereka kini :
 
1. Malam-malam diaorang tidur jam 12 malam. Leeya kadang-kadang kul 10 dah lena dah, tapi selalunya drag sehingga jam 12 malam sebab kakak dia duk asyik kacau.  

2. Jam 4-5 pagi, Leeya menangis mintak susu. Lepas menyusu terus tidur balik hingga jam 9 pagi.

3. Kakak FL pulak, tidur jam 12 malam, bangun pagi jam 8 pagi. Kalau hari tak sekolah, dia bangun jam 9 pagi.


Ada kawan-kawan yang tanya TIPS macam mana nak bagi anak tidur lena malam-malam. Aku tak boleh jawab sebab aku tak ada tips yang special. Aku rasa kami hanya displinkan diaorang suruh tidur malam-malam. Itu je la kot. 

Sebelum waktu tidur, bagi susu kenyang-kenyang, pastu gosok gigi, then terus tutup lampu. Diaorang nak main ke, nak sembang ke, semua buat je masa dalam gelap tu. By hook or by crook jam 11 malam, bilik tidur dah gelap. Pastu mommy & daddy tak boleh bising, Kakak FL pun tak boleh bising sebab nanti adik tak boleh tidur. 

Bila semua orang diam, masing-masing tidur lah. Si adik lepas minum susu, confirm terus dibuai mimpi indah. So, aku rasa nak bagi baby tidur lena sepanjang malam ialah - dengan bagi dia betul-betul kenyang sebelum tidur. 

Leeya selalunya sebelum tidur malam memang menyusu kaw-kaw punya, ada tu sampai sejam baru dia stop. Mungkin kerana faktor kekenyangan, baby dapat tidur lena. Entahlah, ini apa yang aku experience jer. Lain orang lain caranya.

4 comments:

  1. WAH BAIKNYA LEEYA N KAKAKNYA XSUSAKN UMINYA MENIDURKN MRK..ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak PI, Allah permudahkan urusan harian saya dengan kesenangan rutin tidur anak-anak. tq akak sebab sudi baca

      Delete
  2. My son pun elok je habis 44 hari, terus lena malam alhamdulillah. Bangun nangis nak susu je. Tapi kadang kadang dia buat lawak sikit, bangun pagi 5.30 ajak main cak cak -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah ur son pun senang tidur dan lena tidur malam, tak lah mommy penat sangat kan kena berjaga malam. bangun jam 5.30 pagi main cak-cak tu bonus. hehe

      Delete