Buat Aqiqah Dengan MyCare Sempena Hari Raya Haji

in , by dorsett pink, August 09, 2018
Alhamdulillah, Ramadhan dah berlalu pergi, sekarang tiba masanya nak sambut Hari Raya Aidiladha pulak. Jemaah-jemaah haji adalah orang yang paling excited sebab dapat menjadi tetamu Allah tahun ini.  

Aku punya giliran tahun 2052. errrmmm..Lambat lagi tu. Semoga aku diberikan kesihatan dan kekuatan dan rezeki lagi murah supaya dapat pergi haji lagi awal. Inshaallah. Amiiiin. 

Sempena nak Raya Haji ni, kami buat aqiqah untuk Leeya. Sama macam Kakak FL dulu, buat aqiqah masa sempena Hari Raya Korban. So, untuk Leeya ni kami buat the same thing - buat aqiqah di negara-negara Islam yang miskin. 

Masa Kakak FL dulu, kami buat aqiqah ni dengan MyCare:Humanitarian Care Malaysia - kami buat aqiqah untuk dia kat Cambodia. Untuk Leeya ni, kami tak decide untuk negara mana-mana, so it depends pada MyCare, kita just bayar je kat diaorang. 




Dengan MyCare ni, diaorang akan decide kemana daging tu patut dikorbankan. Antara negara-negara yang terpilih adalah Cambodia, Afrika, Mymar, Philiphines, dan banyak lagi.

Kalau nak buat ke negara-negara yang bergolak macam Palestin, Syria dan negara-negara bergolak lain, harga untuk aqiqah tu lebih mahal. Sama jugak macam harga untuk Qorban.


Bagi aku, senanglah MyCare dapat tolong Rakyat Malaysia yang nak buat Korban dan Aqiqah di negara luar yang ada ramai Umat Islam yang miskin. Ada tempat, diaorang hanya dapat makan daging setahun sekali jer, itupun masa Hari Raya Korban ni. Kita yang kat Malaysia ni, boleh makan daging hari-hari, so kita kena bersyukur banyak-banyak, ekonomi negara kita stabil, dapat makan ayam dan daging selalu. 

so, ayuhlah kita bantu orang Islam yang lain supaya kita semua sama-sama dapat menikmati rezeki Allah. Dengan MyCare, semuanya senang. Boleh buat aqiqah dan boleh juga buat korban, boleh pilih either nak qorban unta, kambing, atau lembu. 

Korang boleh tengok website diaorang untuk book slot - http://www.mycare.org.my
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. tq share! lama tak tegur sapa dengan mommy :) busy PhD yea..

    ReplyDelete
  2. Thanks info. Senang nak buat akikah sekarang kan, sambil Bantu Muslim Kat negara lain.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE