Penginapan AirBnB di Alexandra, New Zealand

in , , , by dorsett pink, August 04, 2018
Penginapan AirBnB di Alexandra, New Zealand | Alexandra ni terletak di antara Bandar Dunedin dan Cromwell, kiranya Alexandra ni tengah -tengah lah. Kitaorang stay kat sini selepas pulang dari Cromwell, dan sebelum bergerak ke Dunedin. Boleh baca entri aku yang lepas - "makan epal segar petik dari pokok kat Cromwell" ni. 


  Ini lokasi di mana letaknya Alexandra. kalau dari Cromwell ke Alexandra, ambik masa 20 minit jer. Kalau dari Alexandra nak pergi ke Dunedin, ambil masa 2 jam setengah naik kereta.

Ini salah satu permandangan di highway di Alexandra menuju ke Dunedin. Gambar ni snap dari dalam kereta je.


Penginapan ni en.suami book kat AirBnB. Memang sepanjang kitaorang di New Zealand, semua penginapan, kitaorang sewa rumah kat AirBnB.  Sebab kitaorang ramai, so sewa rumah lagi selesa, lagipun snagat privasi untuk kitaorang sekeluarga.

  
Ini halaman rumah yang kitaorang sewa tu. Rumah ni rumah banglo, 5 bilik.

Post-box rumah. Rumah no.22. 
Salah satu benda yang aku suka ambik gambar masa travel ialah gambar 'peti surat'. hehe.

Ini permandangan di hadapan pagar rumah

Kawasan kejiranan kat sini. Itu semua kereta jiran-jiran sebelah rumah

Kitaorang suka sangat-sangat rumah ni, sebab besar dan selesa, dan halaman dia pun cantik sangat. Permandangan kat luar cantik.

 Ini kat halaman rumah. Kalau main 'hide & seek' pun best sini. hihi

Ini view dari dalam rumah. Nyaman jer.

Ini kat luar. Lepak sini minum kopi sangatlah syoook.

Ini ruang tamu. Kitaorang tak tengok pun TV tu. TV tidak menjadi keutamaan masa travel, yang penting ada internet. hehe.

 Ini kitchen yang terus bersambung dengan living room.


Sedang menikmati sekotak epal percuma yang dibawa balik dari Cromwell.

Ini 'ruang keluarga' kat luar rumah. Kalau ni rumah aku, aku letak treadmill kat situ. hihi. 


 
Ini 'laundry area' yang merupakan pintu masuk rumah ni. Maam pelik sikit la, pintu masuk kena tengok laundry dulu. Tapi OK lah, sebab ni bukan rumah aku. hihi. Kat sini ada mesin basuh & drying machine. So, sesapa nak basuh baju, boleh la.


Ini master bedroom. Rumah ni ada 5 bilik tidur, 2 bathroom.





Ini bathroom. Ada 2 bathroom dalam rumah ni.


Then, lepas semalaman tidur disini, kitaorang begerak ke Dunedin. So, boleh baca entri-entri pasal Dunedin pulak. Lepas stay kat Dunedin, kitaorang pergi ke Queenstown.


So, sudi-sudilah baca Travelogue New Zealand aku . Entry pasal NZ yang sebelum ni ialah  - 'Dunedin Railway Station, New Zealand'.

Selamat berhujung minggu. bye!
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up! from http://halloweendayusa2018.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! u really make my day. thank you so much for reading this article and thank you so much for your nice comment.

      Delete
  2. Luas betul rumah nya! best kan Airbnb...suka juga sewa through Airbnb sebab kemudahan dapur dan mesin basuh. HAHA~

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah betul luas rumah ni.. selesa la. yess, dapur & mesin basuh wajib ada jugak untuk saya bila travel. hihi

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE