Rindunya Nak Ke Istanbul Lagi

in , , by dorsett pink, August 18, 2018
 

Bila tengok je miniature Blue Mosque ni, hatiku menjadi rindu untuk menjejakkan kaki lagi ke Bumi Suci - Turki. Pertama kali (dan kali terakhir) aku ke sana ialah semasa tengah preggy (6 bulan) Kakak FL dulu 4 tahun lepas. Aku sampai di Istanbul melalui Vienna  dengan menaiki pesawat Turkish Airlines.

Blue Mosque sangat terkenal di Istanbul. Kebanyakkan Masjid-masjid di Istanbul ni berbentuk macam Blue Mosque. Tapi Blue Mosque yang original ialah Masjid Sultan Ahmed. 
 

Kebetulan masa ke Istabul dulu, aku stay di hotel betul-betul depan Blue Mosque ni. So setiap kali tiba waktu solat, aku berpeluang bersolat jemaah di Masjid Biru ni. Aku dapat rasakan 1 ketenangan yang luar biasa mengerjakan solat disini. Alaaaa, sama macam korang rasa masa pergi Mekah-Madinah la. 

Kita dapat rasa Islam tu dekat sangat di hati kita. Duduk sana rasa tak nak balik Malaysia dah. Sebab macam best je buat ibadat kat sana. Kan? Kan?


 Tempat yang wajib dikunjungi di Istanbul ialah Grand Bazaar Istanbul sebab Bazaar ni merupakan pasar yang terbesar dan tertua di dunia.


Memang besar giler pasar ni. Kalau pergi sana, kebarangkalian untuk jumpa semula pintu masuk yang kita gunakan untuk masuk ke dalam Bazaar ni adalah sangat rendah. So, kalau pergi dengan teman, jangan sesekali tinggalkan teman korang tu. Nanti tak pasal-pasal terus hilang. Kalau pergi dalam group yang ramai, pecah-pecahkan pada group-group kecil, pastu nanti jumpa jer kat hotel semula. hahahhahhaa.. Sebab tempat ni besar giler. 



Macam-macam barang dijual kat bazaar ni. Salah satu nya ialah seramik ni. Kalau nak beli souvenir murah, beli kat depan Blue Mosque. Kat situ lebih murah dari yang jual kat Bazaar ni.
 
 Salah satu tourist attraction yang buatkan aku jatuh cinta dengan Istanbul ialah Topkapi Palace.

Sebab di Topkapi ni lah, aku tengok barang  peribadi kepunyaan Rasulullah saw dan Sahabat-Sahabat Baginda SAW. Antaranya macam capar, gigi Rasulullah saw, pedang, baju besi dan banyak lagi lah. Masa tengok tu, meremang bulu roma aku, air mata aku jatuh titik demi titik, terasa Rasulullahsaw dekat di hati ini. 

Dapat aku rasakan jiwa perjuangan Para Sahabat di zaman kegimilangan Islam dulu-dulu, berjuang, berjihad hanya kerana Allah swt. Betapa Islam tu dekat sangat di hati mereka, sebab itulah Islam menjadi agama gemilang ketika itu. Pedang-pedang Sahabat dan baju-baju besi semuanya diukir dengan kalam Allah. No wonder, Islam boleh menang dalam setiap perang menentang musuh.

Tapi sorry takde gambar, sebab tak dibenarkan ambik gambar dalam bilik tu.

Jika ada lagi rezeki dan kesempatan, aku nak lagi ke sana, especially nak lagi ke Topkapi Palace dan Blue Mosque.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Bolehla repeat DP...duit lira pon tengah rendah skrg ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. tengah murah currency skrang best jugak kalau pergi waktu Winter ni. hihi

      Delete
  2. Replies
    1. KOS?? hahhaaha. Tak tahulah brapa kos nya sebab tak kira. Hari tu saya ke Istanbul, saya ke tenpat--tempat lain dalam Europe jugak, and Istanbul was the last destination kami sebelum balik Malaysia. Lepas balik tu pula, tak kira kos-kos kerugian. hehe. Sorry, tak dapat nak membantu

      Delete
  3. pasang angan2 dan cita2 nak ke Turkey juga, insyallah one day kalau ada rezeki =)

    ReplyDelete
  4. Instanbul memang salah satu tempat yang Tarot nak pergi, kira bucketlist jugak lah. Sekarang nak kumpul duit lagi sikit dan cari masa untuk melawat Instabul

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE